Bab 8: Hidupku Kisahku

92 12 0
                                    

          Rakus barisan gigi ini melahap daging kambing panggang di atas meja. Tak aku pedulikan gaya makanku terlihat seperti apa dimata manusia lain, yang penting hasrat makan aku terpenuhi. Tidak berkutik manusia di hadapan aku menatapku menyantap sajian yang tersergam di atas pinggan kaca berwarna putih. Memang lazat benar rasa isi dagingnya, daging kambing yang diperap dalam perencah dan akhirnya dibakar di atas mesin panggang. Rasa renyah dari isi luarnya digandeng pula dengan tekstur berair atau biasa dipanggil juicy di dalam. Sungguh keenakan yang luar biasa, ditambah pula dengan dagingnya yang lembut dan tidak terkesan kasar pada lidah menambah lagi perisa dari setiap lagaan organ perasa dengan serpihan daging tersebut. Rasa umaminya benar-benar berada di tahap yang hampir sempurna, jadi aku tak hairan restoran ini tergolong mewah. Namun satu sahaja masalahnya, kerana kuantitinya yang boleh terbilang sedikit, ia tidak memerlukan banyak waktu untuk habis aku telan.

          Jelas terpapar ekspresi tidak puas hati pada wajah ini, pinggan di hadapanku bersih hanya meninggalkan bercak sos berwarna gelap. Jadi terang lagikan bersuluh, alasan mengapa aku masih belum merasa puas adalah nafsu abdomen ini masih belum terpenuhi. Perutku berkeroncong meminta lebih dari sekadar itu. Manakan nasi tidak diberi, yang disuguhi pula cuma setitis air, bagaimana mampu tuk menutupi rasa laparku. "Tell me about your life," Zairul yang sedari tadi masih membingung bisu tiba-tiba berucap membuatku tercengang. "Hah?" balasku dengan wajah berkerut, tidak faham dengan percakapan pemuda tersebut. Dia berkeluh pelan sebelum membalas, "Ceritakan tentang diri kau lah. Pekak ke?" jengkel? Iya aku jengkel, boleh naik pitam aku melayan manusia yang satu ini. Hendak saja kucarik-carik mukanya sampai berdarah. "Kenapa aku perlu bagitahu kau pasal hidup aku? Penting ke bagi kau?" datar tatapannya padaku, sekali lagi dia berkeluh. "Can you just answer my question?" tidak terbentuk sebarang memek muka saat dia berkata-kata membuatkan ucapannya barusan terdengar serius. "Pertanyaan? Rasanya kau tak bagi pertanyaan pun," mendengar ucapanku dia langsung memeluk tubuh seraya memasang ekspresi tegas, lekuk maskulin di wajahnya menambahkan lagi kesan gerun pada gaya pengamatannya padaku.

          "Kalau aku tak nak jawap?" sejurus ucapanku selesai, pinggan yang hampir belum disentuh sama sekali disodorkan sedikit ke hadapanku. "Kau boleh ambil makanan aku. I can cook this myself anyway and I guess mine is far more scrumptious than this one," dia seketika memangku dagu dengan sebelah tangan kanannya saja. Sekali lagi kerana wajah maskulin itu dan ekspresinya yang tidak terlalu menonjol membuat setiap ucapannya terdengar begitu serius. "Hmph berlagak," mataku, aku gulingkan ke samping kanan tanda kesal. Namun melihat makanannya yang seakan belum ternodai membuat aku berfikir sejenak. Jikalau aku menerimanya maka aku harus memberitahunya tentang segala sesuatu perkara mengenai hidup aku, tapi jika aku menolak maka perutku harus menahan sejuta rasa lapar dan kerongkongku harus sering menenggak ludah kerana hasrat makanku yang tidak terpenuhi. Sungguh pilihan yang membuat aku bingung walaupun hanya hal tidak berguna. Melihat wajahku yang masih celaru dia menambahkan sesuatu yang membuatku tertarik, "Kalau kau nak, kau boleh tambah lagi," atensi mata ini langsung tertuju padanya bersama seringai yang terbit pada garis bibir. Kemudian dengan tegasku berkata, "Deal!" kini, tak ada ragu dalam aksiku. Lekas piring lebar itu kutarik mendekat. Garfu pada pinggan yang sebelumnya, kuambil lagi dan kutusuk pada daging dalam perhatianku sekarang.

          "So?" mata pemuda itu melihat kearahku yang sudah mulai melahap. "So apa?" bersama mulut yang masih mengunyah aku kembali melontarkan soalan kepadanya. Sejurus mendengar ucapanku, perubahan gaya pandangan terbentuk sangat jelas pada wajahnya. Seketika kemudian, aku menghela nafas tahu yang dia sebenarnya menanyakan perihal kehidupanku. Aku malas sebenarnya mahu memberitahunya tapi apa boleh dikata janji tetaplah janji. Sudah menganyam batik, manakan boleh mengurai kembali, "Haih... Yelah aku cerita, tapi kau jangan menyesal pula. Kisah aku ni membosankan, jauh beza dengan kau yang hidup dalam kesempurnaan dunia." Dia kemudian melipat tangannya di atas meja sembari mendekatkan kerusi dan sedikit membongkokkan tubuhnya, mahu memasang telinga barangkali. "Tapi sebelum tu, kau pun kenalkan lah diri kau juga," keningnya berkerut tidak mengerti. "Asal pula?" kedua netraku menjulang ke langit, ingin saja kutunjal kepalanya dengan tulang jariku. "Kau fikir aku nak kenalkan diri aku dekat stranger macam kau ke?" garfu yang sedang menusuk sepotong daging kutuding padanya sebelum setelahnya kumakan juga.

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now