Bab 12: Syarat Bersama

121 9 0
                                    

          Dalam kabut peristiwa lalu memburu lagi, ucapan yang selalu aku ingat berputar dalam mimpiku berulang kembali buat kali yang entah keberapa. "Maaf ya, aku harus pergi." Dapatku lihat seorang remaja lelaki dengan wajah yang kabur tertutupi kabut berjalan menjauh, jauh dari gapaianku anehnya tiap aku mengejarnya dia sudah berada jauh dihadapan. Tiap aku mengejarnya aku juga selalu tertinggal dibelakang, bak roket yang meninggalkan sisa pelancarnya bagi menambah laju pada pergerakan di udara. Jauh lebih pelik apabila disetiap dia menghilang, aku akan merasa hibah. Masyghul dalam dadaku kian terasa sejurus saja dia lenyap dari penglihatanku. Tiap itu juga aku akan menangis meratapinya, entahlah sesuatu tentang hal ini sedikit sebanyak membuatku tertanya.

          Bersama kelopak yang sedikit basah aku membuka mata. Wajah indah seorang insan menyambut pagiku, membulat irisku menatapnya terlelap disampingku. Tapi jujur aku tidaklah terkejut, cuaca malam semalam memang sangat sejuk aku sendiri hampir tidak mampu menahan. Hawanya benar-benar menusuk hingga ke tulang sumsum. Memandangkan tenaga aku belum cukup untuk bangkit, aku ambil kesempatan itu untuk mengimbas wajah Agus lagi. Kalau kau ada diposisi aku, aku jamin kau memang takkan pernah jenuh tengok muka dia, wajahnya memiliki daya tarikan tersendiri. Tak mahu aku miripkan wajahnya dengan sesiapa kerana aku sendiri tidak tahu siapa saja yang miliki wajah seperti dia. Tampan? Ya dia benar-benar tampan, tidak aku pungkiri itu adalah perkara yang betul, hingga aku sesekali merasa bahawa ada yang kurang dari diri aku sebagai seorang lelaki. Setidaknya dia memang segak dimata aku.

          Secara sedar aku menyentuh sisi dagunya yang terdedah pada cahaya. Sebahagian kulitnya terasa lembut tetapi ada beberapa bahagian yang bertekstur agak kasar, angkara jerawat pastinya. Lagipula aku bukannya tidak boleh melihat tompok-tompok putih nan merah itu berserlah pada kulit sawo matangnya. Bekas jerawat dengan tona gelap pun dapatku lihat berselerakan di pipi dia. Terlepas dari semua itu, Agus sudah pada dasarnya memiliki kelebihan dari segi penampilan. Kalau saja dia merawat mukanya dengan lebih kerap, dipastikan kesempurnaan akan datang menjamu. Lama jemariku meraba pipinya sembari termenung, sampaikan aku tidak sedar yang dia sudah mula mendapatkan kesedarannya semula. "Eluslah pipiku selama apapun yang kamu mau, aku tidak akan memarahimu." Hanya netra kirinya yang terbuka memandangku, senyuman tak lupa ia lekatkan pada bibir berkilau itu. Suara parau khas orang yang baru sahaja bangkit dari lenanya membuatku terpukau, sepertinya sudah lama aku tidak merasa dipukau layaknya detik ini. Aku seakan anak kecil yang baru mengenal dunia.

          Seketika kemudian mata ini kututup seerat-eratnya lalu kubuka kembali, suaranya hampir sahaja membuat aku gila. "Bangunlah, tolong aku masak." Ekspresiku barusan, langsung bertukar datar. Telapak aku yang masih menyentuh wajahnya perlahan aku alihkan, berpura-pura yang ianya adalah hal yang tidak disengaja. Tak lama setelah itu, aku turut bangkit dari katil, refleks pupil ini tertancap pada suatu objek yang menjulang tinggi di balik selimut. 'Pura-pura tak nampak saja lah,' aku membatin pendek. Bukannya aku tidak pernah melihat itu sebelum ini, ia juga bukan suatu perkara yang boleh ditutupi. Semua lelaki mengalami hal yang sama saat pagi menjelma, orang-orang mengelarnya fasa Morning Wood. Mengabaikan perkara yang baru saja aku lihat, kain tebal pada pinggang dan kebawah itu aku singkap ketepi. Kaki kuinjak pada lantai lalu tuala yang bersangkut pada pintu kugapai. Jujur masih ada satu hal yang mengganjal pada benakku, bagaimana boleh dia memahami setiap ucapanku? Ya aku tahu, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tidaklah jauh berbeza, namun bahasa Melayu di sebelah utara ini sudah banyak tercemar dengan bahasa buatan. Kita ambil contoh perkataan retis yang membawa maksud artis, aksara demikian tidak pernah wujud dalam kamus dewan, tapi ia tercipta kerana evolusi bahasa. Maka dari itu aku agak pelik, mengapa dia boleh mengerti setiap bait ucapanku.

          Ratapan pendek berjuntai dari bucu alur matanya, Agus memasang raut gembira apabila dia berkedudukan selang satu bangku dariku. Sungguh tidak aku sangka bahawa kami ialah dari fakulti yang sama, walau aliran dia adalah tarian dan aku pula adalah musik, tapi kenyataannya kami tetap berada dalam jangkauan serumpun. Adakah ini suatu kebetulan lagi? Aku harap ia tidak, sebab jika benar maka akan aku salahkan takdir kerana mempertemukan kami sekali lagi, cukuplah di rumah sewa saja wajahnya kutatap, janganlah sampai ke kampus juga digarap sekali. Naik pitam dadaku menjaga perilaku ini agar kekal dalam kawalan, bukan suatu hal yang mudah untuk bersikap profesional dikhalayak umum. "Kita dari jurusan yang sama ternyata," kata pemuda itu berseri, memandang mukaku yang ketat ibarat tayar kereta. "Ya." Satu kalimat kuucap datar, malas betul aku mahu melayan karenah dia. Serius, kata-kata yang dia lontarkan saat pertanyaan aku ajukan sebelum ini masih berlegar dalam tengkorak mindaku.

          "Sampai bila kau nak tinggal sini?" seraya menyarungkan seragam saman bernuansa biru gelap pada kulit tanku, sosok lelaki bersurai sedikit serabut itu aku lirih pada pantulan cermin. Agus masih bertelanjang dada, punggungnya membongkok memunggah satu per satu pakaian yang tersisa dalam begnya. "Apa aku ngomong kurang jelas kemaren, kalau aku ingin menginap selama satu bulan?" mendengar dari susunan ayatnya, ngomong dalam kalimat barusan mungkin bermaksud cakap, dan berlandaskan pemahaman itu aku menjawap kembali, "Aku cuma nak pastikan apa yang kau cakap tu betul." Bersama sentuhan terakhir pada rambut, aku berpaling memandangnya. "Kau boleh tinggal sini sampailah tuan rumah balik, tapi ada syaratnya." Kesibukannya terbantut dengan hanya mendengar ucapanku tergantung di pertengahan jalan. Seketika mata kami bertaut, lalu ayatku barusan kusambung semula. "Kau jangan timbulkan masalah dan kau mesti tolong aku tanpa bantahan, faham?" pantas dia menyetujui perjanjian tersebut, tapi tak semena-mena dia berjalan ke arah aku. Beberapa meter dihadapan aku, Agus seketika memanjangkan lehernya mendekati muka ini. "Aku juga punya syarat," dahiku berkerut, ini masalahnya bilik aku kenapa dia nak kena ada syarat juga? Tak faham betullah aku dengan dia ni.

          "Apa syaratnya?" Wajah Agus kian lama kian mendekat, leherku sedikit berundur agar tidak bertembung dengan mukanya, tidak lawak jika bibir kami tiba-tiba berlaga dalam keadaan tersebut. Kening Agus menjadi sayu, bibirnya mula mencipta garis yang sukar untuk aku ungkapkan itu senyuman apa. "Kamu harus lebih ramah ke aku, pokoknya gak boleh marah, lalu luangkan juga sedikit waktumu untuk aku. Bisa?" mata ini aku kedipkan berjuta kali, bingung dengan susunan ayat yang dia bina, kepalaku hingga tak mampu memprosesnya. Agus lalu tertawa kecil, "Oiya, aku lupa kalau kamu kurang ngerti. Jadi simpelnya gini, kamu gak boleh marah dan kamu harus ngeluangin waktu sama-sama aku." Alis tebal ini menjongket ke langit, akhirnya ada juga pencerahan dari balik silang katanya. Ingatkan syarat yang dia terapkan akan susah, tapi realitinya sangat mudah. "Okay, asalkan kau ikut syarat aku, aku akan ikut syarat kau." Seringai pada wajahnya kian melebar, "Baiklah, kalo gitu entar temenin aku ke kampus bareng ya," pakaian yang sedari tadi sudah bertapak di tangan Agus mula disarungkan perlahan ke lengan hingga ke bahu. Sekali lagi, muka aku memperlihatkan ekspresi bingung yang teramat sangat. Susah betul aku hendak memahami bahasanya, banyak benar perkataan yang tidak pernah aku dengar sebelum ini. Agus menghela nafas, bersama pakaian yang baru separa terpasang bibirnya bersinggah ke telinga ini. "Kamu jangan jauh-jauh dari aku," nafasnya berderu pada daun telinga, walau nadanya perlahan akan tetapi suara pemuda itu terdengar begitu jelas, ibarat tak ada satu kata pun yang tidak bertandang di kepala.

          Ya, itulah yang terjadi beberapa detik lalu, aku sampaikan tidak habis fikir bahawa kami berada di rumah sewa yang sama, di bilik yang sama, di kampus yang sama dan di fakulti yang sama. Sebenarnya apa yang hendak buana ini tujukan pada aku dengan semua kebarangkalian ini? Adakah aku benar-benar disatukan dengan dia? Beberapa ketika lalu dia bukanlah sesiapa dan sekarang pun ia masih kekal sama. Jadi mengapa aku harus bersama dengan dia dalam tempoh sebulan? Satu bulan bagi aku bukanlah jumlah hari yang sedikit, ia bagaikan sealaf lamanya buat peribadi yang tidak menyukai percakapan tak bererti. Entahlah, fakta demikian sesekali membuat kepalaku runsing. Ditambah dengan kekangan komunikasi, apakah kalian berfikir bahawa aku akan terus bergebang dengannya jika tutur bicara sahaja cuma boleh dipahami oleh satu pihak? Itu suatu yang justeru mensia-siakan masa. Ibarat mencurah garam ke laut, ia sama saja perbuatan yang tiada faedah. Sesaat itu, senandika yang berjeram sirna, apabila pengajarnya tiba ditempat. Diwaktu-waktu berikutnya tak perlu diterangkan kerana tiada banyak yang berlaku hanya saja sekali-kali aku menyedari bahawa ada mata memerhati aku. Yang penting ia bukan dari Agus tapi tempat lain, namun disetiapku melihat kawasan sekitar, hasilnya nihil. Siapapun itu, aku harap dia tidak berniat buruk. Dari sudut terhujung, seorang jejaka menatap sambil tersenyum.

"New member? Maybe."

To Be Continue...

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now