Bab 2: Fasi Mental

227 16 0
                                    

          Bingung menghempur jiwaku, membuatkan aku hanyut dalam halusinasi. "Haiya, mau sampai bila kamu orang mau duduk luar ohh? Cepatlah masuk nanti saya tidak boleh hantar tepat waktu," sang pemandu akhirnya bersuara dengan loghat pekat miliknya. Suara tersebut bagaikan renjatan elektrik, ia mengejutkan aku daripada lamunanku yang panjang. Sedar-sedar sahaja tinggal aku seorang lagi yang masih tercegat di depan pintu. Lantas aku memasuki badan kereta Chery Maxime putih tersebut. Seusai aku memasukinya pintu di sampingku, aku tutup secara berhemah agar tidak menimbulkan sebarang calar serta kerosakan pada mana-mana bahagian dalam kereta tersebut. "Sorry, uncle," aku berujar pendek, agak malu sebenarnya. Mampuku lihat pakcik itu sekadar menggeleng sahaja sebelum dia mula menggerakkan tangannya pada tuil gear. Aku lemparkan pandangan pada manusia yang bersandar pada kerusi penumpang sebelah kanan.

          Telapaknya lambat-lambat menyisir surai hitam yang jatuh, kembali ke pangkal rambut. Manik bertona coklat gelap yang seakan-akan hitam milik pemuda tersebut, menatap ke lelangit kereta seraya membetulkan rambut yang agak serabut. Satu saat, dua saat, tiga saat. Tak lekang aku memerhati kelibatnya, rasanya kalau korang nampak muka aku sekarang ni mesti korang gelak. Yelah dengan muka seriusnya, pandang orang macam nak dimakan saja. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Agus memandang ke arahku. "Kenapa? Emangnya ada sesuatu di wajahku?" ujar jejaka tersebut dengan ekspresi ingin tahu. Masih dengan wajah serius aku berujar, "Takde," aku hanya mengatakan satu patah perkataan, lalu aku palingkan mukaku menghadap jendela yang bertutup dengan cermin. Kerana keadaan kereta sekarang sedang meluncur pantas, ia membuatkan aku sukar untuk menikmati pemandangan di luar sana, semua yang aku lihat cuma sebatas sepintas lalu. Tapi ianya tidaklah penting, aku cuma ingin membuang pandangan ke arah yang bertentangan dengan lelaki itu. Samar-samar aku lihat daripada pantulan kaca memaparkan ragaman lelaki tersebut seperti kebingungan yang akhirnya membuatkan dia memandang kembali ke hadapan. Tidak lama setelahnya pemuda tadi, mula membuka bicara.

          Hamburan tawa terlepas dari dalam tekak kedua manusia itu, aku sebatas mengikuti saja walaupun memang caraku tertawa agak sedikit dipaksa

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

          Hamburan tawa terlepas dari dalam tekak kedua manusia itu, aku sebatas mengikuti saja walaupun memang caraku tertawa agak sedikit dipaksa. "Pak, kok bisa ya bapak ngambil kita berdua sebagai penumpang?" Agus melontarkan pertanyaan yang tidak perlu pun waktu lama langsung dijawap oleh si pemandu. "Ohh, itu ahh? Aiya, saya nampak request kamu berdua loh, tempat yang kamu mau pergi sama saja jadi saya ambil lah. Lagipun saya memang mau untung," lelaki dengan rambut separa ubanan tersebut tertawa keras detik perkataannya mencapai titik akhir, Agus selaku jejaka extrovert menurut aku, menyambut tawa itu dengan lapang dada. Permata bundar milikku, aku gulingkan ke kanan. Jujur sahaja, aku agak malas mendengar perbahasan mereka, disebabkan aku ni memang bukan jenis yang suka bercakap, sebelum kau kata aku introvert tak, aku bukan introvert aku memang hati busuk. Aku tak suka keadaan bising sebab, benda tu boleh buat telinga aku sakit. Aku kemudian mengeluarkan telefon dari dalam kocek seluarku, tertancap saja mataku pada layar telefon hanya keluhan yang terdengar.

          Pacuan empat roda dengan nuansa putih yang kunaiki perlahan-lahan mulai melambat dan lantas berhenti apabila telah mencapai destinasi. Menyedari perkara itu aku pantas menyodorkan uang kepada lelaki di tempat duduk hadapan, diambilnya duit itu lalu dia mencari duit kecil dari dompetnya untuk mengembalikan uang lebihan. Mendapat sahaja baki yang aku perlu, pintu disampingku aku tolak. Seusai aku menutupnya kembali, aku terus berlalu pergi tanpa menggubris sedikit pun jasad jejaka dengan rambut beralun itu. Jelas lagikan terang wujud manusia bersilang tangan di bahagian dada, berdiri sambil menghentakkan kaki menunggu tak jauh di hadapan. 'Ni mesti fasi yang bertugas untuk program orientasi harey, apalah nasib kau kali ni Rafiq?' senandikaku berpasrah semuanya pada Tuhan yang maha esa. Reda sahajalah yang mampu aku lakukan pada masa ini, dah aku yang buat keputusan untuk datang juga jadi mestilah kena tanggung semua kemungkinan yang akan terjadi termasuklah di denda.

          "Freshman, right?" setibanya aku dihadapan gerbang, aku bukannya disambut dengan senyum manis tapi tatapan membunuh. Bengis sekali wajah yang manusia itu perlihatkan. Dengan sejuta nyali aku mengangguk jujur. "Kenapa lambat?" suaranya terdengar mendatar seakan benda mati tanpa perasaan. "Rumah sewa aku jauh dari universiti, jadi memang perlu waktu untuk sampai. Tadi pun jalanan jammed-" dia seketika mencelah di pertengahan kalimatku. "Kau nampak muka aku ni macam aku kisah ke? Itu masalah kau bukan masalah aku. Tempat kau jauh ke, tempat kau dekat ke, kau tetap lambat!" nada suaranya meninggi, marah benar gamaknya mamat sorang ni. "Kau fikir dah jam berapa sekarang ni?" dia mengetuk jam tangannya dengan jari telunjuk, seraya matanya bergantian memandang aku dan jam hitamnya. Aku mendiamkan diri tidak membalas, mahunya kalau aku balas makin bising mamat depan aku sekarang. "Engkau ingat aku ni takde benda lain ke nak buat? Engkau fikir, aku ada kat sini cuma nak tunggu kau sampai kiamat ke hah? Ehh tolong lah, dah tahu tempat tu jauh jalan lah awal sikit! Bukan nak tunggu matahari tenggelam baru kau nak jalan!" Agus kemudian muncul dari belakangku, berdiri tepat di sebelah aku. Mata lelaki dengan pakaian kotak-kotak di hadapanku mengecil melihat pemuda yang diberi nama Agus.

          "Hah, baguslah ni lagi sorang lambat!" aku memandang lelaki di sebelah aku, dia turut melakukan hal yang sama, berhujung saling bertatap-tatapan. Agus kemudian mengucapkan sesuatu yang membuatkan keadaan menjadi semakin tegang. "Maaf bang," ya, dia hanya meminta maaf namun perkara tersebutlah yang justeru membuatkan lelaki berbaju biru gelap itu memandangnya seakan mahu dibunuh. Agus dipandang dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, lalu fasi tersebut berujar. "Indon, kuli dengan tuannya memang tak jauh beza. Umpama lembu dicucuk hidung. Sorang lambat yang satu pun lambat ergh," pandangan helang Agus pancarkan pada lelaki tersebut. "Tolong lah ehh, aku ni kalau bukan sebab korang aku dah lama tidur dalam bilik. Sejauh ni aku belum lagi pernah nampak junior bodoh tahap gaban macam korang, yang boleh dengan sesuka hati datang lambat. Kau tahu tak, manusia macam korang ni lah yang menyusahkan kerja aku tahu?" beruntun celoteh dia lemparkan dalam satu masa yang sama. Naik bengkak telinga aku mendengarnya. Sudah seperti emak-emak saja dia berucap, tak terbata sedikit pun mulutnya menutur kata.

          "Bagi nama kau cepat," nadanya kali ini perlahan tapi terdengar sangat tegas. Untung lah aku yang salah dalam kes ni, jadi aku kena turutkan saja mahunya. Tangkas aku memberikan dia nama hadapanku. Tapi dia membentak, berkeras menginginkan nama penuh aku. Jadi dengan terpaksa, aku bagi juga nama penuh berserta nama bapak, atok, moyang aku sekali biar dia puas. "Kau kalau lain kali aku nampak lagi lambat, memang siap kau aku kerjakan," ditudingnya jari telunjuk pada muka aku. Ceh, ingat seram lah tu dia buat macam tu. Hmph, ini Rafiq lah setakat manusia macam kau, aku takkan gentar. Aku lebih takut anjing jalanan kejar aku daripada kau mamat poyo. Berjuta makian dan cacian aku hamburkan dalam hatiku buat pemuda itu. Entahlah, dari first impression saja lelaki itu sudah terlihat seperti pesakit yang mempunyai masalah mental dan perkara tu lah yang buatkan aku rasa macam jengkel sangat dengan dia. Hujung matanya beralih ke lelaki di sebelah aku, aku tahu sangat cara dia pandang tu, renungan malas.

          "Namaku-" tidak sempat pun Agus menamatkan ayatnya. Pemuda tadi sudah terlebih dahulu menyampuk. "Aku tak perlu nama kuli, kau boleh pergi berambus!" lidahnya tajam bagaikan mata pedang, pedas seperti carolina reaper, perih umpama luka. Dari wajah Agus terpampang seakan dia mencuba tenang setelah dicemuh sebegitu parah. Rasa macam nak je aku belasah muka mamat ni tapi memandangkan ini merupakan hari pertama perkuliahan, aku harus menahan segala geram dan kesal. Aku tak mahu baru hari pertama sudah melakukan masalah berat seperti memukuli siswa dengan alasan remeh. "Kau tunggu apa lagi? Masuk lah aduh! Itu pun aku nak kena bagitahu ke? Lain kali otak tu pakai bukan letak dekat lutut. Kau simpan otak tu nak buat apa? Bagi anjing makan?" dengan muka tidak berperasaan dia berujar begitu. Makin lama aku dengar percakapan dia yang tak bertapis tu, makin panas darah aku. Bersama langkah sebesar gaban aku berjalan pergi. Kalau korang tanya Agus dimana, dia sudah berada jauh di hadapan aku, derapan langkahnya sangat pantas meninggalkan aku di belakang. Mungkin dia terasa hati dengan perkataan syaitan tu. Mana taknya, sifat dengan bangsa-bangsanya sekali dihina macam tiada harga diri, siapa saja yang tidak sakit hati? Kalau aku kena pun of course akan sakit hati.

"Dasar indon!"

To Be Continue...

Jadi Kekasihku SajaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora