Bab 11: Memori Lama

101 11 0
                                    

          Dalam kegelapan ruangan, wajahku masih lagi disinari cahaya biru yang menyilaukan mata. Jari ini masih ligat menekan punat pada papan kekunci, menyiapkan tugasan yang diberi semalam, padahal aku sudah mengetik sedari jam 10 malam tadi lagi, tapi hingga ke sekarang tugasanku bagai tak kunjung mencapai titik penamatnya. Penat sungguh aku mahu mencari bahan untuk subjeknya. Manakan pula aku harus memandang laptop murahan ini untuk sepanjang malam, boleh buat mata aku buta tidak lama. Sembari menatap layar laptop, aku menyeduh air kopi yang aku buat tak lama sebelumnya. Kopinya sudah mendingin, tapi apa mahu dikata? Aku sudah malas memanaskan air minumku lagi dan lagi. Sungguh aku ingin beradu ketika ini, tapi tugasan yang diberi harus tuntas hari ini untuk dihantar kemudian. Jikalau tidak, markah semesterku yang terdampak. Sesekali mulutku melepaskan bunyian syahdu, ingin mengajakku bergelimpang pada dataran jahitan kain itu. Kantuk yang kian bertumpuk di benak kuhiraukan, sebolehnya perasaan itu ingin aku buang sejauh-jauhnya.

          Seketika, pandangan aku palingkan pada susuk tubuh yang bersandar pada sisi ranjang. "Kata nak tunggu aku siap kerja dulu, baru tidur." Aku menggeleng ketika mengingat ucapan lelaki itu malam semalam. Mulut boleh berjanji, tapi kenyataannya dia telah tumbang terlebih dahulu. Siapa sahaja yang tidak memeluk mimpi kalau menunggu seharian lamanya? Lantas aku berdiri, mengambil selimut yang dari tadi aku guna untuk berkubang di balik sejuknya hawa, lagipun cuaca diluar sedang hujan. Kesian saja kulihat Agus beradu tanpa sebarang penghangat. Aku membungkuk sedikit mahu menutupi tubuhnya dengan selimut. Sembari melakukan hal demikian, wajahnya kutenung sengaja. Ekspresi lena terpapar pada iris ini, tidurnya cukup tenang tanpa pergolakan apa pun, tidak seperti aku yang setiap kali memasuki alam mimpi pasti akan bergerak kesana kemari. "Hensemnya lah jodoh orang, aku tenung sepanjang hari pun tak bosan kalau macam ni rupanya." Aku berbisik perlahan, aku tidak mahu dia mendengarnya. Siapa tahu dia sebenarnya terjaga tapi berpura-pura tidur, tak ke malu aku jadinya?

          Jika bertanya sudah berapa lama aku mempunyai perasaan terhadap lelaki, aku akan berkata ia sudah ada sejak aku darjah enam lagi. Bagaimana aku tahu? Itu tidaklah sukar, waktu itu aku sangat suka melihat lelaki apalagi ketika mereka tidak mengenakan sebentuk baju pada tubuh mereka. Memang waktu itu aku berfikir bahawa ianya normal, akan tetapi semenjak berganjak usia aku sedar bahawa perasaanku itu adalah hal yang cukup taboo di Malaysia, dimana majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Fakta tersebut membuat aku memaksakan diriku untuk kekal tertutup dengan orang luar. Menjadi orang yang bukan diriku sendiri itu sangatlah membebankan minda dan batin. Harus berlakon seperti lelaki normal, walau pada dasarnya perhatianku hanya tertuju ke lelaki. Berat sungguh berat, andai kau tahu cabarannya banyak sekali disaat kebanyakan orang beranggapan bertelanjang dada sebagai seorang lelaki itu biasa, aku menganggap hal tersebut adalah hal yang tidak biasa kerana ia menggundang nafsu syahwatku. Hal yang paling ingin kututupi sebaik mungkin.

          Seusai menampal kain tebal itu pada tubuhnya, aku kembali ke tempat awal iaitu di atas katil. Tugasku harus segera selesai atau aku akan terlambat ke kelas pagi nanti. Sekurangnya aku harus mendapat tidur walau cuma sebentar, setidaknya aku masih memiliki tenaga. Laman sesawang yang berbeza-beza aku cari, apabila mendapat bahan aku akan menaipnya kembali di dalam perantiku. Begitulah kurang lebih yang aku lakukan untuk jam-jam berikutnya. "Akhirnya siap!" Aku bersuara diiringi uapan yang cukup panjang. Regangan pada ototku yang melenguh tak lupa aku lakukan. Enak sungguh rasanya apabila isi dalam tubuhku melepaskan bebanan yang telah kupikul sedari malam tadi lagi. Sekali lagi sebelum aku memasuki tidurku, aku pastikan semula bahawa semua hal yang telah kutulis sudah disimpan ke dalam fail dokumen PDF. Merasa semuanya telah lengkap kuselesaikan, menu shut down pada laptop tersebut aku tekan diikuti punat mati yang turut kusentuh setelah skrinnya menjadi gelap. Walaupun penat membujukku untuk terus tertidur, tapi aku masih perlu untuk merubah tata letak laptop pada pangkuanku ke tempat yang lebih selamat. Usai semuanya telah aku bereskan, aku sekarang sudah boleh berfokus mengumpul tenaga. Posisiku menghadap ke samping katil, memandang almari justeru berdempetan dengan Agus. "Goodnight." Ucapku seraya tersenyum tipis. Hatta, aku memeluk tubuh buat mencipta kehangatan tersendiri. Tak perlu waktu lama, alam bawah sedar akhirnya memanggilku.

Agus P.o.V

          Netraku perlahan melek dari katupan yang larut, kerana merasa sensasi aneh pada kulitku. Saat ia terbuka sepenuhnya, himpitan benang menyelubungiku memberikan rasa hangat. "Perasaan kemaren aku gak pake selimut," bingung diriku apabila melihat kain tebal itu berada dalam dakapanku. Lantas aku melihat ke belakang punggungku. Sedikit membulat mataku memandang pemuda itu tidur tidak bersarung. "Loh, emangnya dia gak kedinginan apa?" pantas selimut yang menutupi tubuhku, aku kembalikan pada tuannya. Keadaan di luar bilik kulihat masih gelap dari balik jendela, bahkan bunyi gerimis itu masih tidak berhenti. "Udah jam berapa sih ini?" telefon pintar yang tergeletak di sampingku, aku capai. Lima setengah pagi menjengah pada mataku. "Masih awal sih, tidur lagi ahh. Tapi dingin banget ini mah." Badanku separa menggigil akibat suasana yang agak lebih dingin dari biasanya.

          "Bakal sadar gak yah kalau aku tidur disampingnya?" aku berfikir sejenak seraya memeluk tubuh yang rasanya makin dingin saja. Dinginnya bagai membuat sesuatu dibawah sana turut terbangun. "Bodo amatlah, dingin kali ini," ucapku tidak tahan, ranjang besi itu kupanjat. Sekaligus aku berbaring disampingnya, tidak tahulah dia akan terbangun atau tidak mendengar rangka katil itu menghasilkan bunyi desing yang amat mengganggu pendengaran. Kain tebal yang menyeliputinya aku selak untuk menyertakan diri aku kedalamnya. Aku tidak peduli seberapa biadapnya aku terlihat dihadapan dia, yang penting aku cuma mendapatkan kembali kehangatan yang pergi seketika tadi. Sedetik kemudian aku menghadap wajahnya, molek sungguh dia terlelap. Aku mencipta segaris senyuman, merasakan suatu hal yang agak nostalgia. "Jadi keinget sama Rizki," memori aku sekaligus tertuju ke seorang lelaki yang pernah muncul beberapa tahun lalu. "Andai saja kau masih hidup, aku pasti sudah sangat berterima kasih padamu..." memori dimana aku sedang berbicara dengan sosok seorang pemuda bernama Rizki mula diputar layaknya filem pendek.

          "Apa kamu tahu? Aku kenal akan seseorang di suatu tempat di Malaysia, tipikalnya sih rada bandel dan kadang edan juga." Suara kerongkongnya terdengar begitu berat, bagai sudah seperti orang yang belum mendapat rehat. Bulu alisku menjongket, merasa tertarik akan ucapannya. "Hee... Siapa?" dia yang duduk di sebelahku aku tatap dengan fokus penuh. Terdengar dia terbatuk cukup keras sebelum berucap, "Rafiq, laki-laki muda yang jujur sih aku sayang banget... Tapi, dengan kondisiku yang seperti ini mana mungkin aku bisa bertemu dengannya lagi." Disela setiap dia berucap pasti akan terselit batuk yang sangat parah, membuat aku makin risau pada kondisinya. "Kamu sebaiknya rehat saja." Ucapku tegas, sembari menidurkan lelaki itu ke katil kembali. Setelah tubuhnya aku baringkan dia seketika memanggil namaku, "Agus," lirih suaranya memanggilku. "Iya," mata aku yang tadi tertuju ke bawah ingin merapihkan selimut pada tubuhnya bangkit melihat wajahnya pula.

          "Bisakah kamu tolong sampaikan pesanku padanya? Kamu kan mau kuliah di Malaysia sebentar lagi," dahiku berkerut sekaligus aku melepaskan keluhan. "Tapi aku kan gak kenal Rafiq siapa," dia seketika menguntum senyuman tipis pada bibirnya. "Aku yakin kamu akan mengenalinya," ucap pemuda yang terkulai lemah itu. Jujur aku bukanlah jenis orang yang suka berlagak seperti boleh melakukan semuanya tapi jika yang menyuruh aku adalah dia, maka aku tidak ada pilihan lain selain menerimanya. "Akan aku coba cari orang yang kamu maksud tapi aku gak janji," apakah aku berbohong? Mungkin iya, lagipun bagaimana caranya aku hendak mencari manusia dengan nama yang cukup banyak digunakan disana? Nama Rafiq bukan hanya digunakan oleh satu orang sahaja tetapi banyak. Aku bukannya tidak mahu jujur, tapi itu mungkin akan membuat keadaannya jauh lebih teruk dari sekarang. Senyuman pada bibirnya makin melebar, tanpa segan silu dia langsung mengatakan apa yang sebenarnya mahu dia sampaikan pada lelaki yang bahkan tidak aku kenali. Usai dia berucap ekspresiku jelas sudah bertukar, dapat aku rasakan yang dia bersungguh mahu aku menyampaikannya. Matanya sedikit layu memandang tangannya yang masih tersambung tiub penyalur nutrisi.

          "Ucapkan salam aku ke dia. Waktu aku mungkin bakal sebentar lagi," kata-katanya di saat tersebut masih segar aku dengar pada dua telinga ini, ia seperti baru sahaja terjadi kelmarin. Aku di detik itu memang tidak menganggapnya serius kerana aku tahu yang dia adalah seorang yang kuat, tapi beberapa hari setelah itu. Aku mendapat khabar yang pemuda tersebut sudah benar-benar pergi buat selamanya. Kenyataan ini jelas menampar ragaku, sebolehnya mahu saja aku tolak realiti itu agar tidak mendekatiku tapi realiti tetaplah realiti, ia bukan halusinasi euphoria yang boleh dirubah setiap saat. Kembali ke masa sekarang, sekilas wajah Rafiq kupandang, mengamati setiap inci butiran data pada wajah lelaki tersebut. Perlahan mataku terkatup semula, seraya meniti segaris senyuman tipis.

"Apa aku bisa bertemu dengan orang yang kau maksud Rizki?"

To Be Continue...

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now