Bab 9: Kemunculan Tak Terduga

104 11 0
                                    

          Mangga pada pintu dihadapan ini kubuka dengan tenaga yang sudah hendak mencapai klimaks. Manakan tidak, baru juga memasuki kelas pertamaku setelah seminggu menjalani orientasi, tugas sudah diberi layaknya tiada hari esok. Ditambah pula semua bahan yang harus diolah dengan bahasa pengantar inggeris. Boleh pengsan aku dibuatnya, walaupun aku selalu menggunakan bahasa inggeris itu tidak menjamin bahawa tatabahasa aku akan betul ketika menaipnya dalam laptopku nanti. Materi yang aku dapatkan sekarang itu lumayan sukar untuk difahami. Fakta-fakta bertuntaskan sejarah musik dan not-notnya sungguh membuat mata aku memberat bak rak. Aku memang menyukai musik tapi aku benci fakta yang terpapar pada layar lebar itu, membosankan sungguh. Pembawaan pensyarahnya juga sangat lamban dan datar, menambah lagi kesan malas dalam ragaku. Hendak sekali aku keluar dari kelasnya waktu itu juga. Waktu pengajarannya pun tak kalah lama, empat jam. Empat jam dia membebel, empat jam juga badanku lenguh menatapnya sembari membongkok kerana penat.

          "Aku ingatkan bila dah mula belajar tu bolehlah aku rehat, tapi makin stress pula jadinya." Seraya meleraikan cengkraman salah satu sisi besi berbentuk konsonan U tersebut, mulut aku turut sama mencipta suara yang menampakkan aku semacam sedang berleter. Seusai pintu di hadapanku ini terbuka mangga pada telapak tanganku, aku sangkut semula pada tempatnya. Apabila pintu sudah kupastikan berkunci lantas tubuhku mendarat di atas katil bersaiz queen tersebut hingga berbunyi rangka besi itu menerima hemparan tubuhku. "Leganya," aku mengusut sepatah kata dek terlalu merasa nyaman berlimpang di atas objek tersebut. Setelah sekian lama menopang kaki akhirnya tubuhku mendapat rehat, entah cukup entah tidak itu belakang kira. Saking nyamannya perasaan ini, aku hingga lupa caranya hendak berdiri. Dengan tidak mengganti bajunya, dengan badan melekitnya apa mahu jadi anak perjaka seorang ini. Perlahan mataku mula terasa memberat, demi mencegahnya netra ini aku kedipkan tapi usahaku sepertinya agak sedikit sia-sia kerana kian lama kesedaranku mula diambil hingga akhirnya aku terlelap.

          Tapi belum lama mataku terkatup bunyian bingit seketika tersalurkan ke gegendang telinga. Yang awalnya tidak aku tanggapi berhujung membuat aku kesal kerana bunyinya tiada henti menyerbu pendengaranku. Akhirnya dengan perasaan murka kerana tidurku terganggu, aku langsung mendatangi punca suara tersebut. Bersama muka tegang aku membuka pintu bilik, terpampang wajah orang yang entah kemana hilangnya selama seminggu di depan bilikku. Siapa lagi kalau bukan Agus. "Bisa gak aku nginep di kamarmu buat sebulan?" dia berucap dalam nada berbisik. Mataku seketika mengecut, satu patah pun tidak aku faham walaupun bahasa kami hampir sama tapi aku tetap tidak faham apa yang dia ucapkan. "Hah? Apa kau cakap ni? Pakai bahasa melayu boleh tak?" keras perkataan itu keluar dari mulutku, rasanya penghuni bilik di sekitar aku pun boleh terganggu, dan betul sekali sesaat setelahnya orang di sebelah kiri bilik aku memunculkan kepalanya di balik pintu dan berkata, "Perlahankan sikit suara tu, aku nak tidur!" lelaki itu kulihat matanya agak  bengkak berwarna gelap mungkin kerana faktor kurang tidur. Seusai berucap pintunya langsung digempur pada ruangnya. Habis tersentak kami dibuatnya. Penghuni tadi tu kalau tak salah memang selalu keluar sampai lewat malam dan akan balik bila petang. Rasanya masa tu jelah dia tidur.

          "Kau nak apa?" aku berujar lagi dengan suara yang lebih perlahan, takut saja orang lain akan turut menengking kami seperti tadi. "Aku mau nginep di kamarmu, boleh?" untung saja kali ini dia menggunakan perkataan yang tidak asing bagi telingaku. Jadi tidak perlu juga aku bersusah payah memikirkan maksudnya. "Asal nak tidur tempat aku? Bilik kau depan aku je kan?" jawabku sembari menuding biliknya yang berada 10 meter dihadapan aku. Seketika dia menjawap, "Kunciku ilang, tadi juga baru nyadar kuncinya udah gak ada di tasku." Wajahnya jelas memamerkan ekspresi cemas, kulihat beg pada bahunya tergantung dengan keadaan masih terbuka lebar. "Kasih aku nginep please... Aku udah gak punya tempat lain buat pergi dan jujur cuman kamu yang aku kenal disini," dia menampalkan kedua telapak tangannya, digabung pula dengan memek muka meminta kasihan. Jikalau wajahnya setampan ini, mana mungkin aku mampu mengatakan tidak. Mukanya memang memiliki ciri khas Indonesia apalagi bentuk wajahnya. Aku menghela nafas panjang, jawapan tidak aku berikan sebaliknya aku berbalik arah mendekati almari dan lantas mengambil pakaian ganti bersama tuala.

          Perasan yang manusia itu tidak berganjak dari muka pintu, aku seketika menceletuk, "Kau nak tunggu sampai kiamat ke kat situ? Masuklah!" perkataan akhir itu, aku ucap sedikit tegas tapi dalam nada yang masih tergolong sederhana. Segaris lengkungan terbentuk pada bibirnya lalu membuka langkah, "Permisi." Ucapnya, memberi salam agaknya. Lantai kosong yang tersedia diduduki Agus seraya mengimbas kawasan sekitar. Mulutnya berkumat-kamit mengatakan sesuatu yang bahkan tidak boleh aku dengar, rasanya kalau aku dengar pun aku belum tentu faham. Jadi aku tak perlu ambil peduli. Selesai semua barang mandi aku ambil, aku bingkas bergerak menuju ke pintu keluar masuk, mahu mandi gamaknya. Dah ada orang nak tidur bilik aku, mestilah kena jaga penampilan nanti kena cakap pengotor pula. Dah alang-alang tidur aku kena ganggu tadi, baik aku mandi saja. "Mau kemana?" melihat aku memapah beberapa kain, mengundang rasa ingin tahu dalam diri pemuda itu. "Tak nampak ke aku bawa tuala ni? Mestilah aku nak mandi, buta." Bola mata ini aku putarkan 90 darjah ke samping kanan. Baru setengah badanku melepasi pintu, otakku mengingat sesuatu, "Jangan buat masalah selama kau tinggal dalam bilik aku. Kalau tak, nahas kau!" pandangan helang aku tujukan padanya dalam kitaran lima saat seperti itu, kemudian aku melanjutkan perjalanan ke kamar mandi. "Galak bet, dah kayak emak-emak tetangga di komplekku dulu." Kupingku mendengar ucapannya barusan, namun aku tidak mengetahui erti dari apa yang dia katakan. Berkemungkinan itu suatu ayat makian untuk aku.

          Pintu bilikku kubuka, seusai mandi tadi aku langsung membuat keputusan untuk memasak makanan pantas yaitu mi segera atau orang Melayu akan selalu panggil Maggie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Pintu bilikku kubuka, seusai mandi tadi aku langsung membuat keputusan untuk memasak makanan pantas yaitu mi segera atau orang Melayu akan selalu panggil Maggie. Inilah satu-satunya makanan yang boleh aku santap sekarang memandangkan duit aku terbatas, mahu menangis tapi beginilah hidup sebagai seorang mahasiswa tidak bergaji. Rasanya aku memang perlu cari kerja sambilan selepas ini. Sebelah tanganku membimbing sebuah mangkuk bersaiz jumbo, ya panas tapi macam mana juga aku mahu membuka pintunya kalau tidak begini. Sangat mustahil jika aku memusing gagangnya dengan kaki, aku bukan ahli akrobatik untuk memiliki badan selentur itu. Apabila besi pada lubuknya diregut keluar, pantas pintunya ku tolak maju. "Aduh, panas panas panas!" lantas mangkuk tersebut kuletak di atas lantai. Telapak yang terasa seakan terbakar kukibaskan ke udara, tidak lupa dengan tambahan tiupan hebat pada kulit bagi membuat sakit itu mereda. Melihat keadaan sekeliling sepi, nampaknya dia masih mandi. Aku menggeleng sejenak walau rasa lapar menggerogoti ragaku, aku harus sabar.

          Tiba-tiba sosok tubuh seorang manusia bertelajang dada muncul pada daun pintu yang belum sempat aku kunci tadi. Memandangkan aku  menghadap katil cuma sekilas saja aku melihatnya, tapi apabila aku menoleh untuk memastikan, tubuhku membeku. Membelalak netra ini melihat manusia tersebut tidak mengenakan sebarang kain untuk menutupi bagian atas tubuhnya. Cuma tuala yang kuberi saja menutupi bagian pinggang ke bawah. Kotak yang terbentuk pada perutnya begitu terlihat tajam, belon kecil bagai ditiup di bagian dadanya membentuk gelembung besar yang terlihat begitu selesa untuk dipegang. Garisan V yang tegas pada bagian depan pinggul, berserta lekuk tubuh ideal yang menggiurkan sesiapapun yang menatapnya. Rambut basah itu menambahkan lagi kesan 'seksi' pada penampilannya sekarang. Sungguh mencabar keimananku tuk goyah. Bersama sejuta ucapan syahdu aku menghembus nafas.

"Sesungguhnya aku sangat lemah, Tuhan,"

To Be Continue...

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now