Bab 1: Aku

379 23 0
                                    

Ditulis dan direvisi oleh:
RASYAD

          Seperti hari-hari biasa, aku bangun dari katil kecil ini yang hanya terlapisi oleh kain cadar bercorak petak-petak dengan warna hitam putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Seperti hari-hari biasa, aku bangun dari katil kecil ini yang hanya terlapisi oleh kain cadar bercorak petak-petak dengan warna hitam putih. Hmm, warna dan corak yang sangat tidak asing ditelinga para penggemar Twitter. Abaikan itu kembali pada pemuda tadi, muka aku penuh toya memandangkan ini adalah hari pertama aku akan memasuki universiti, dan pastinya beberapa minggu pertama ini aku akan menjalani minggu orientasi yang mana aku tahu itu sangatlah membosankan. Aku melamun seketika di penjuru katil memandang lelangit ruangan. Tidak sedar, lima minit telah pun berlalu dan aku hanya terduduk membelenggu diri di situ. Tidak sehingga notifikasi dari telefonku memecah suasana. Aku menggeleng sedikit lalu gadget berbentuk segi emat tepat di atas meja kayu itu aku capai.

          "Lah dari Shah rupanya," aku berkata pendek, masih membelek mesej yang dia kirim melalui aplikasi WhatsApp. Mesej yang Shah kirimkan terus-menerus dispam berulang-ulang kali. Dari atas hingga ke bawah hanya perkataan 'Woi' sahaja yang dihantar. Aku dengan gerakan cepat pun menanggapi masalah tersebut dengan hati yang masih berat memikul beban hidup berdikari. Belum pun sempat aku mahu menaip sesuatu dia sudah terlebih dahulu menghantar ayat penuh yang menyatakan, 'Woi! Mana kau? Lama bodoh aku tunggu! Kau tahu tak fasi tu dah tercegat tunggu kat gerbang tu?' membaca sahaja pesanan daripada Shah, membuatkan aku baru teringat kembali kalau aku ada buat janji dengan dia nak pergi ke uni sama-sama.

          "Ohh, shit!" aku sedikit mencarut di penghujung kata, tanpa membalas WhatsApp daripada Shah aku langsung bergegas menuju bilik air. Mencuci muka selagi mampu sebelum aku bergerak ke uni yang berjarak berkilometer jauhnya, entahlah aku pun tak tahu lah kalau aku sempat ke tidak. Jujur okay, aku sebenarnya nak masuk dorm asrama atau biasanya orang kat situ panggil kolej tapi dah penuh sebab aku daftar lambat sangat, jadi aku takde pilihan lain selain cari rumah sewa. Tapi yang buat aku makin nak bunuh diri adalah, semua rumah sewa yang ada dekat-dekat dengan universiti tu semuanya penuh juga kalau tidak pun, mesti harga sewa dia cekik darah. Memang ada juga rumah sewa yang dekat dengan universiti yang aku pergi tu, tapi bila aku tengok keadaan rumah sewa tu macam tak terurus langsung, aku terus kecut perut nak tinggal situ. Siapa je nak tinggal dekat tempat yang kotor dan berikan kau vibes-vibes filem horror? Kalau aku taknak. So in the end, aku dapat rumah sewa dengan harga yang sangat ramah dengan duit dalam dompet aku, tapi tulah jarak dia mak aih jauh benar.

          Selesai sahaja membersihkan muka, aku langsung menyarungkan pakaian yang semestinya diwajibkan di mana-mana universiti sekalipun. Kemeja berwarna putih digandengkan bersama seluar slacks bernuansa gelap. Sedangkan aku cuma mengenakan sehelai tali leher hitam sebagai pelengkap. Perlu sekurang-kurangnya 10 minit untuk aku berpakaian lengkap. Sesekali aku mengerling jam yang terpapar pada skrin telefon. Detak jantungku berdegup begitu pantas, perasaan cemas mengerumuni diriku. Tanpa menghiraukan notifikasi WhatsApp yang semakin menderu-deru, aku memasukkan semua peralatan yang patut ke dalam beg sandang bertona hitam pekat. Termasuklah skincare yang aku beli sebab tak cukup masa, jadi masukkan sahaja lah semua. Kasut hitam yang aku beli juga turut aku sarungkan pada kaki. Lantas aku keluar daripada ruangan tempatku menginap, bahkan aku juga sangat tergesa-gesa ingin menguncinya.

          Untuk pengetahuan anda, rumah sewa itu memiliki lima bilik tidur yang dalam erti kata lain adalah bilik sewaan. Empat bilik pertama, berada berjajaran dan kedua-dua bilik berada dalam posisi saling menghadap. Sementara bilik terakhir pula terletak paling hujung sekali, berdekatan dengan tandas dan dapur, betul-betul berhadapan dengan pintu untuk keluar daripada rumah. Kembali ke cerita, sedang aku mengunci pintu, terdengar bunyi suara tapak kaki bersamaan pintu yang terbuka menggema di seluruh penjuru rumah. Bunyi demikian terdengar sangat jelas dibelakang telingaku. Tetapi aku hanya mengabaikannya. Apabila aku ingin bergerak pergi, automatik ekor mataku menangkap kelibat seorang lelaki yang hampir sama tinggi dengan aku. Akan tetapi aku tidak menghiraukan makhluk kasar tersebut, sebaliknya aku hanya meneruskan perjalanan dengan tempo yang pantas disebabkan, aku dah lambat sangat ni. Seraya aku melangkah, aku memesan kenderaan melalui perkhidmatan Grab untuk menghantar aku ke universiti. Yelah, tak mungkin betul kalau aku nak jalan kaki dari rumah sewa ni pergi universiti yang aku pergi tu, maunya tahun depan pun belum tentu sampai lagi.

          Aku kemudian berdiri di tepi jalan raya, menunggu ketibaan kenderaan yang telah menerima permintaanku untuk dihantar ke destinasi yang hendak dituju, melihat dari kedudukan kereta pada aplikasi Grab, dia berkemungkinan akan tiba dalam waktu tujuh minit lagi. Dadaku tidak sedikit pun berhenti berdegup dengan pantas, mungkin sebab ini adalah hari lalai buatku, sebelum ini aku tidak pernah sekali pun lambat. Jadi inikah rasanya panik? Rasanya seperti adrenalin pada otot-ototku bergejolak ingin memaksaku berlalu jauh dari realiti ini. Bukan hanya hatiku yang cemas, tetapi tubuhku juga turut merasakan hal yang sama. Apalagi di bahagian kaki, tumit yang dilapisi kasut Sneakers hitam, berulang kali aku hentakkan pada dataran dimana aku berpijak. Kata orang aktiviti ini mampu membuat kita merasa tenang, entah betul ke tidak aku tak tahu. 'Cepatlah sikit sampai tu,' getus batinku cemas. Rasa untuk aku tidak menghadiri minggu orientasi yang diadakan pada hari pertama perkuliahan adalah 80 peratus.

          Demi menenangkan ragaku yang kian gusar, netra ini aku halakan pada keadaan persekitaranku. Dari pengamatanku, terdapat begitu banyak kenderaan beroda yang dipandu ke sana ke sini. Memandangkan ini hari isnin, pastinya ada ramai pekerja yang akan mulai melaksanakan tugasan untuk mencari nafkah buat keluarga mereka, atau tidak pun mereka hanya ingin mencari mata wang ringgit demi meneruskan hidup di zaman milenial ini. Dikala aku melihat persekitaran, sesusuk tubuh yang berdiri tidak jauh dari tempatku berada, menarik perhatianku. Melihat dari ekspresinya dia terlihat sedikit cemas, dia juga seakan khusyuk menatap telefon pintarnya. Itu saja lah yang mampu aku lihat. Aku tidak mahu terlalu jauh menyiasati keadaan manusia tersebut, aku takde masa nak menyibuk pasal tepi kain orang lain. Daripada buat perkara tak berfaedah tu, baik aku risaukan pasal diri aku sendiri.

          Selang beberapa minit, sebuah kereta hitam muncul dari haluan kiri jalan raya, dan mendaratkan sisi kenderaan benar-benar dihadapan wajahku. Perlahan-lahan kaca pada tingkap longsor diturunkan secara bertahap sehingga memperlihatkan, siapakah gerangan pemandu di dalamnya. Mampu dilihat, seorang lelaki berumur mungkin sekisar 30 tahun menyimpul secalit senyuman. "Encik Rafiq ahh?" aku tersenyum kembali sembari mengangguk kepala sebagai balasan daripada sapaannya. "Yang ini mesti encik Agus punya kan?" dahiku berkerut sesaat ketika mendengar lelaki itu bertanya lagi, dan siapa pula Agus ni? Diakibatkan perasaan ingin tahuku terlalu tinggi, aku akhirnya menoleh ke samping. Alangkah ingin sahaja ragaku kembali ke sang pencipta, apabila menyedari jejaka di pesisir jalan tadi sudah berada di sebelahku. "Iya pak," jawap pemuda bergelar Agus itu ringkas pada pemilik kenderaan, sambil tangannya dilambaikan sedikit pada lelaki dengan umur kepala tiga itu.

          Mataku masih menatap jejaka didepanku ini tanpa henti, aku bukannya usha dia tapi aku terkejut. Macam mana lah aku tak terkejut, kalau tadi aku baru je nampak dia dekat tepi situ, berdekatan tempat pembuangan sampah dan dalam beberapa minit sahaja dia sudah berada berdekatan dengan aku. Ditambah lagi, jarak dia yang begitu rapat dengan aku kerana ingin turut sama menyapa pemandu demikian, tapi jujur sahaja perbuatan dia itu membuatku merasa sedikit tidak selesa. Menyedari yang aku terus menatapnya, dia langsung menegakkan kembali tubuhnya yang sedari tadi agak membongkok untuk melihat ke dalam kereta, lalu dia kemudiannya memandang tepat pada anak mataku seraya menghadiahkan senyuman tipis padaku.

"Ada apa dengan mamat ni?"

To be continue...





Hi hi kembali lagi bersama Rasyad disini, setelah sekian lama Syad tak tulis cerita apa-apa, akhirnya Syad publish juga cerita yang Syad dah lama rancang nak tulis, semoga karya Syad ni mampu buatkan para pembaca menghayati kisah yang Syad gubah sendiri.

PS: chapter ni Syad terpaksa tulis ulang sebab terdelete masa proses editing pagi tadi, jadi Syad memang agak penat masa menulis tu.

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now