Bab 7: Berdua

106 12 0
                                    

          Direnjisnya tanganku ke udara sembari mengurap langkah satu demi satu. Lega sedikit abdomenku seusai melepas hajat di kamar air. Pulang sahaja ke tempat semula, kelibat Shah langsung tak kelihatan melainkan aku hanya dihidangkan pemandangan Zairul yang sedang menekuk kedua lengan pada dadanya. Bola mata ini digulingkan ke samping, kesal betul hati ini melihatnya. Tidak menghiraukan dadaku yang naik turun menahan geram akhirnya aku tetap berjalan ke arahnya. Tanpa sepatah kata, samping kirinya yang kosong aku hinggapi walau jaraknya memang agak sedikit jauh. Lengan kemudian aku silangkan pada bahagian dada mengikuti posisi Zairul. Merasa seakan menjadi fokus utama aku langsung berucap, "Apa tengok-tengok? Nak bayar hutang?" dapat aku lihat mukanya sedikit kesal, "Perasan." Mendecih Zairul mendengar kata-kataku.

          "Mana Shah ni? Haduh!" Detik waktu pada jam telefon kulirih, sekitar 10 minit juga sosok tubuh Shah itu tidak timbul. Naik jenuh aku menunggunya, dahlah yang di sebelah aku ni syaitan tak berperasaan mahu tak mencekam situasi ketika itu. Aku perasan hujung mata lelaki itu masih lagi memandang aku. Lantas muka ini ditolehkan menatapnya dengan mata membelalak. "Kau apasal tengok aku je dari tadi hah? Kau ada nak bagi tau aku sesuatu ke? Atau kau cuma nak cari nahas dengan aku." Tegas ayat penamat itu aku tekankan, masih bersama wajah datar dia menjawap. "Kau... Kau sampai bila nak berdiri dekat situ? Taknak gerak ke? Atau kau memang datang sini nak menyusahkan orang saja?" Pertanyaan aku dijawap dengan lebih banyak pertanyaan daripada mulut Zairul. "Habis tu Shah? Nak tinggal je ke? Manusia macam apa kau ni tinggalkan orang lain macam tu saja!" lantang aku berbicara pada mukanya, untung saja kewujudan manusia di mall ketika itu sangat sedikit, jadi tidaklah juga aku menjadi pusat perhatian seperti di dewan universiti di hari pertama hari tu. Iyalah sudah namanya hari berkerja memang akan sedikit pengunjungnya.

          Mendengar saja penjelasan dariku, Zairul langsung berkeluh, "Shah dah jalan dulu, katanya ada yang hendak dibeli," ternganga kecil mulutku mendengarnya berbicara. Sakit hati di dalam ragaku semakin kambuh sejurus menerima gelombang bunyi darinya. "Kalau dah macam tu kenapa tak bagitahu aku awal-awal? Dah macam orang bodoh kau tahu aku tunggu macam tunggul kat sini, sial betullah kau ni!" bola matanya ku renung dalam-dalam, makin benci rasanya hatiku padanya. Namun balasannya yang singkat jauh lebih membuat aku serasa ingin gila, "Dah kau yang tak tanya, buat apa aku bagitahu." Like literally, does this guy even have any common sense in the first place, dia ni memang kalau tak menyakitkan hati memang tak sah. Perlu ke semua benda ditanya dulu baru diberi tahu? Tolonglah kalau sesuatu informasi itu penting, bagitahu jelah tak perlu simpan sendiri macam rahasia dunia. Tak boleh dibawa kemana pun benda alah tu. "Kau! Kau memang... Eii, sakit hati aku." Hampir sahaja kesabaran ku punah dari lubuk dunia. Untung sahaja aku masih mampu menahannya, jikalau tidak memang sudah lama penumbuk aku melayang di mukanya.

          Bersama hati yang bengkak akan kalimatnya aku melangkah pergi, tak berapa jauh aku menderap kaki di atas simen bangunan itu, kepalaku tak semena-mena dicengkam cukup keras. Hampir sahaja badanku tersungkur kebelakang akibat perbuatan manusia tersebut. "Sakit, anjing!" pantas kepalaku menoleh ke arah belakang ingin melihat siapakah gerangan yang berani melakukan hal demikian, dan ya aku tidak terkejut orang itu adalah Zairul. "Kau tak boleh ke hentikan aku baik-baik? Dalam banyak-banyak tempat, kepala aku juga kau tarik," masih tak berperasaan muka dipasangnya, "Stop acting like a child, kid. You're already a grown adult now, so please act like one!" juling sahaja mata ini menatapnya. Aku sungguh sangat tidak berpuas hati dengan kalimatnya, namun aku sudah kehabisan kata-kata untuk diludahkan pada Zairul, jadi aku hanya sekadar berbuat diam. Mahu marah juga sepertinya dia tidak akan mengerti. "Now just follow me, understand KID?" nampak sungguh dia menekankan kata-kata kid itu dihadapan aku. "Apa-apa jelah," mood aku sudah luntur bahkan sebelum aku tiba ke mall ini, ditambah pula dengan keberadaan syaitan bergelar Zairul. Bayangkan sajalah seberapa hambarnya hari aku.

          Tanpa sedikit pun rasa ingin melegakan hati aku Zairul pantas bergerak menjauh, diikuti aku ibarat babu dibelakangnya. Baiklah, kau nak mengharap apa dari syaitan ini minta maaf? Pfftt... Seribu tahun pun belum tentu lagi dia minta maaf, dari sisi aku pula walau dia meminta maaf sekalipun tidak akan aku validkan. Dalam kamus hidup aku, tidak tertulis kata maaf untuk orang yang sudah termasuk dalam senarai hitam aku dan Zairul adalah salah satu darinya. Dari lif pertama naik ke atas aku mengikuti Zairul, punat mana yang ditekan barusan juga tidak aku perhatikan, sepengamatanku Zairul seakan sudah arif dengan selok belok mall itu tidak sedikit pun dia mempamerkan ekspresi bingung mungkin kerana dia memang sudah lama tinggal disitu, tidak tahu juga. Jalan punya jalan, akhirnya Zairul berhenti dihadapan sebuah kedai yang ditutupi benteng kaca. Seorang seorang lelaki berseragam hitam saman rompi digandengkan dengan pita gelap pada kolarnya, berdiri penuh megah disamping pintu kaca yang sudah terbuka lebar.

          Baru beberapa detik aku mengimbas tempat itu lenganku langsung ditarik oleh Zairul. "Mornin, is there any VIP tables that available today?" bersama suara berwibawa lelaki berparas melayu di depan kami menjawap kembali, "Yes Mr.Zairul, if you want to I'll lead you there." Tawaran orang yang sepertinya pekerja di tempat itu diiyakan sahaja oleh Zairul. Seperti orang kebanyakan dia menuntun jalan layaknya pekerja pada umumnya. Aku disamping Zairul walaupun masih agak kurang faham dengan situasi ketika itu aku hanya menurut saja. Memang aslinya tidak ada banyak yang boleh aku lakukan. Dalam pada berjalan itu, mata ini melilau melihat keadaan sekitar, dari yang aku lihat tempat ini tidaklah penuh tapi tidak juga sepi tapi yang aku lihat orang-orang di tempat tersebut seperti orang berada semua. Bukanlah mahu menghakimi dari luarannya saja, tetapi aku melihat begitu banyak sungguh pengguna beg-beg branded, megah dan mewah. Teguk ludahlah aku jadinya. "Here's the seat Mr.Zairul," salah satu kerusi di sisi meja kubus itu ditarik, mempersilakan Zairul untuk duduk. "Thank you," Kemudian dia menarik pula kerusi di hadapannya, menyuruh aku untuk turut mengambil tempat. Tak lama setelah melabuhkan punggung pada permukaan bangku, aku langsung mengucapkan hal yang sama Zairul ucapkan tetapi dalam Bahasa Melayu.

          Merasa semua sudah sedia, lelaki itu pantas bertanya mengenai pesanan yang hendak diminta, "As usual. Thank you," jawapan Zairul jelas menunjukkan bahawa dia sudah biasa bersantap di sana. "Okay, and you sir?" bersama muka bodoh aku menjawap dengan suara paling familiar di telinga para orang melayu yakni, "Hah?" serius otak aku masih lagi blur dengan keadaan ketika itu. Jari manusia terkutuk itu perlahan mendorong sebentuk kertas tebal ke hadapan aku dengan mempamerkan ekspresi santai. Tidak perlu waktu lama, aku pun langsung menggapainya dan diangkat separas bahu. Aksara dengan font sans serif tersebut aku amati dengan teliti. Baru menu pertama sudah membuat mataku membulat, semua makanannya ditulis dalam bahasa Itali dan satu patah pun tidak aku faham. Entah makanan apa, tidak aku tahu. Kalau english boleh juga aku mengerti serba sedikit. Sedar bahawa aku mengambil masa terlalu lama untuk memilih makanan Zairul mencelah, "Just bring the same thing for us," pemuda tersebut mengucapkannya, sembari jemarinya perlahan merebut kasar menu pada cengkamanku. "Okay sir, please wait up for a moment it may take some time," pelayan di meja kami perlahan pergi sambil tersenyum tipis. Aku pula mengangguk kecil walaupun mindaku masih memproses situasi sekarang.

          Kelibatnya pergi sahaja pantas pandangan mencekam aku alihkan pada manusia dihadapan aku. Dia terlihat membelek menu pada kertas itu, cuma ekspresi datar terpapar. Perasan dengan pandangan aku, matanya perlahan tertuju ke mata ini juga. Seketika dia bermain dengan keningnya, kedua bulu alis itu dia jongketkan ke langit. "Kenapa? Ada masalah? Kalau ada cakap terus." Walaupun suaranya kecil saat itu intonasi tegas masih jelas kedengaran pada telinga aku. "Kau buat apa bawa aku ke tempat mahal macam ni syaitan!" aku berhenti sejenak sebelum menyambungnya semula, "Aku bukannya kaya kau tahu? Duit aku cuma cukup untuk bayar sewa bulanan je bongok itu pun dah nak habis aku pakai." Kalau korang perasan tadi bila mata aku membulat tu aku sebenarnya nampak harga tiap makanan kat situ dah macam bil api saja. Makanan yang paling murah pun harganya 80 ringgit, tak ke cekik darah namanya tu. Tempat ini hanya untuk orang have have, bukan untuk yang miskin macam aku. Pergi tempat macam ni sama saja dengan bunuh diri kau tahu? Zairul masih dengan muka datarnya bertutur, "Ada aku suruh kau bayar ke? It's all on me, tapi kalau kau nak bayar pun boleh." Sinis senyuman dia hadiahkan, "Kau pergilah cuci pinggan dekat belakang tu," mendengar saja ucapannya, buku lima aku angkat pada mukanya dengan memek muka kesal. Dia tampak menikmati reaksi balasan dariku. Mataku aku gulingkan ke samping akibat sakit hati.

"Oh my, this guy is defenitely cute,"

To Be Continue...

Jadi Kekasihku SajaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora