Bab 3: Hari Terburuk

152 12 2
                                    

          Cairan masin menuruni jidat, wajah dan tengkukku. Sudah beberapa kali aku berpusing-pusing satu universiti ini, namun aku tidak menemui titik pertemuan siswi dan siswa baru sama sekali. Dahlah cuaca pada hari ini sangat panas. Padahal matahari belum pun naik ke atas kepala tapi teriknya sudah seperti gurun pasir. Inilah aku malas tinggal di bandar, habanya terlalu tinggi. Mungkin inilah yang cikgu aku kata kan sebagai pulau haba suatu ketika dahulu. Salah aku juga tak ikut dari mana asalnya suara pengacara itu berada, sebaliknya aku membuat andaian sendiri, kan dah sesat. Untungnya aku telah tiba ke hadapan sebuah bangunan dengan seni bina moden. Menggema-gema suara juru hebah di dalam memberi ceramah. Sebelum aku memasuki tempat tersebut, aku menyempatkan diri untuk membalas beberapa mesej daripada Shah. 'Aku dah sampai ni, kau kat mana? Sorry lambat balas, aku sesat weh tadi.' Begitulah kurang lebih yang aku taip sebelum memasukkan kembali telefon pintarku ke dalam poket. Udara ku sedut dalam-dalam, apabila aku bersedia aku langsung membuka pintu.

Krek!

          Keadaan seketika menjadi hening, aku turut terdiam apabila menyedari semua mata tertuju ke arahku. Tak guna! Rasanya aku masuk dari pintu yang salah sebab aku dapat melihat begitu banyak kerusi bersusun menghadap ke arah aku dan begitu juga posisi sarjana, semuanya memang langsung melihat ke hadapan, posisi dimana aku berada. Dari bawah ke hingga atas, semuanya memandang aku dengan kekok menunggu pembawa acara memecah situasi. Dari kejauhan aku melihat Shah menggeleng kepalanya bersama tangan yang terombang-ambing ke kanan dan ke kiri dihayun pada leher, seakan ingin mengerat kepala tapi nyatanya ia mempunyai maksud lain. Beberapa manusia di atas pentas kemudian berujar, "Awak dipersilakan naik ke pentas," gadis yang tampaknya seperti salah seorang fasi disitu bercakap pada permukaan mikrofon, yang mana menghasilkan longsoron bunyi pada pembesar suara di seluruh ruangan. Mengapa aku tahu bahawa dia fasi? Itu sebab dia menggunakan kad ID dengan gambar dan nama di lehernya. Dikeranakan aku tidak mahu menimbulkan masalah lebih lanjut, aku terpaksa menuruti kemahuannya.

          Berdirinya sahaja aku di tengah pentas tubuhku langsung menjadi soroton awam semua sarjana. "Apa nama awak ye?" alatan bekas percikan liur gadis itu suguhkan padaku. "Rafiq Shafiee, boleh panggil Rafiq saja," ulasan balas aku berikan sedemikian rupa. Berujar dengan wajah yang tidak terlalu banyak memainkan ekspresi dan perasaan. Walau dasarnya dadaku saat ini berdetak begitu kencang. Ditariknya lagi mikrofon itu mendekati wajahnya. "Baiklah semua, sila berikan tepukan gemuruh buat saudara kita ini! Rafiq, yang telah berani maju ke hadapan sebagai sukarelawan dalam aktiviti kita sebentar lagi." Penuh berwibawa fasi itu membawakan acara, nada suaranya sangat beralun membimbing suasana yang hening sejenak menjadi lebih meriah dipenuhi sorak dan sorai. Aku pula hanya sebatas bertepuk lemah bersama senyuman tidak ikhlas, sebab aku sendiri pun tidak tahu apa yang aku akan lakukan selepas ini.

          Aku melabuhkan punggungku di sebelah Shah, yang duduk di barisan kedua teratas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Aku melabuhkan punggungku di sebelah Shah, yang duduk di barisan kedua teratas. Penat juga aku melaksanakan aktiviti yang diberi tadi. Mana taknya aku disuruh menjadi ketua bagi aktiviti paling memalukan dalam sejarah tambahan lagi aku harus membuat demonstrasi awal bagi semua pelajar. Aktiviti apakah yang aku gelar memalukan itu? Aktiviti tu tak lain tak bukan adalah chicken dance, ya tarian ayam. Kau tak tahu seberapa malunya aku buat tarian tu kat depan semua orang. Like, kenapa dalam banyak-banyak aktiviti, aktiviti ini juga yang dipilih para akak-akak dan abang-abang fasi? Dorang memang nak aku malu ke macam mana ni? Kembali ke cerita, pantas Shah melantunkan secercah soal selidik apabila tubuhku menyentuh bangku, "Lama betul kau, dari mana je? Naik jenuh aku tunggu kau kat gate tapi tak pernah muncul. Yang ditunggu lain, yang datang lain," dengan muka mencukanya dia memandang aku. Dua barisan gigi, aku hadiahkan padanya. Sedikit informasi tentang Shah, dia rakan karib aku semenjak sekolah menengah. Jadi aku sudah kenal benar perangainya itu seperti apa. Aku sejujurnya tidak menyangka bahawa aku akan memasuki kampus yang sama dengannya semua terjadi tanpa terduga. Dia kebetulan mengambil jurusan yang sama dengan aku iaitu muzik dan seni persembahan.

          "Kau tahu tak? Disebabkan aku lama sangat tunggu kau, ada sorang mamat ni dia tiba-tiba marah aku tak tentu pasal weh, habis rosak mood aku." Ucap Shah dengan memek muka geram, seraya telapak tangannya menggumpal erat seakan mahu melepaskan berdas-das tumbukan. Aku mengangguk sembari mengeluarkan bunyi vocal O dengan panjang, tahu sangat manusia mana yang dimaksud Shah itu. Pastilah manusia- ehh tidak, syaitan itu adalah jantan yang aku temui pagi tadi. Jadi memang tidak hairan kalau shah juga turut kesal dengan dia apalagi mulutnya yang tidak bertapis tu dah macam mulut longkang pun ada aku nampak. Mesti mak bapak syaitan tu rasa menyesal besarkan anak macam gitu. Entahlah aku pun tak tahu, lagipun aku bukan dari keluarganya entah-entah mak bapak dia pun sama sahaja mulut tidak berinsurans, macam orang tua-tua selalu cakap bapak borek anak rintik. Tapi aku tidak mahulah membuat andaian sendiri macam aku kata tadi, aku bukan bagian dari keluarganya jadi manalah aku tau perangai sebenar dia so whatsover lah.

          "Sebelum kita berehat, kami ingin menjemput salah seorang senior kamu yang paling popular dekat universiti ni. Dia pernah menjadi figura paling terkenal beberapa semester lalu dan penghargaannya dibawa hingga ke hari ini, rasanya kebanyakan dari kamu mesti kenal punya dia siapa," acuh tak acuh, monolog fasi itu aku dengarkan. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, Ucapannya tidak membuatku tertarik, aku bosan, secara keseluruhan angin aku hari ini sangat buruk. Dari awal aku menjejakkan kaki di tempat ini, aku sudah merasa seakan-akan tidak diterima atau lebih tepatnya memang hari ini adalah hari terburuk untuk aku. "Baiklah saya mempersilakan abang Zai untuk naik ke pentas, sila beri tepukan yang gemuruh buat senior korang!" anak kuliah baru lainnya cuma menurut saja, sedangkan aku dan Shah memandang ke seorang lelaki yang bergerak dari samping kanan ke atas mimbar. Dari tangga bawah, kami menatapnya. Ragaku tak tenang, ibarat cacing kepanasan tahu sekali siapa wujud itu. "Tulah orang yang aku kata menyakitkan hati tu," Shah berujar perlahan agar cuma orang terdekat sahaja yang mampu mendengar. "Tak perlu bagitahu Shah, aku pun tahu dia orangnya. Aku dah bertembung dengan dia masa aku lambat tadi." Balasku, pandangan mendatar aku hantarkan buat peneraju majlis yang seterusnya.

          Berdirinya seorang lelaki di atas mimbar tersebut bingkas membuat semua manusia terdiam membisu. Dapat dilihat pemuda tersebut seperti menganalisis persekitarannya dari bawah, samping kiri, samping kanan dan atas semuanya dia telusuri. Aku pun tak tahulah mamat ni buat apa lagi nak tengok-tengok, ni bukannya ujian mata pun nak imbas-imbas macam GPS. Seakan menjumpai titik terang, dia langsung mengutarakan percakapan pada mikrofon di depan mukanya. "Kau yang duduk atas tu mari sini!" matanya memandang ke arah aku. Tapi aku berfikir mungkin dia melihat orang yang berada di belakang aku jadi aku biarkan saja. Sarjana yang lain memandang ke atas, lebih jelasnya memandang haluan menuju ke arah tempat aku dan Shah berada. "Woi budak baju putih rambut sarang burung turun cepat! Kau jangan sampai aku tarik kau turun dengan tenaga aku, silap-silap haribulan kau boleh masuk parit depan uni kejap lagi." Aku dengar dia cakap macam tu pun terus bingung, penghuni kerusi belakang aku tengok. Tapi pelik menyambar diriku apabila ku lihat rambutnya itu lurus saja tidak juga macam sarang burung. Jadi yang dia maksud budak rambut sarang burung tu siapa? Takkan aku kot, rambut aku rapih je takde pula macam sarang burung. Seketika Shah menepuk bahuku, "Rasanya orang yang dia maksud tu kau lah weh," ujarnya dalam nada berbisik. Kerutan di dahiku pantas terbentuk. "Woi budak! Kau tengok apa lagi kat belakang tu, yang aku maksud tu kau lah bodoh, turun sekarang!" Free free mamat tu hadiahkan kata-kata mutiara untuk aku. Diikuti rentetan gema, aku berjalan turun memalui haluan kosong yang tersedia di pertengahan setiap bangku.

"This is a total bad day for me ugh!"

To Be Continue...

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now