Bab 4: Kisah Yang Larut

117 12 0
                                    

          Aku akhirnya menghempas tubuhku ke atas tilam mini yang telah terbentang di atas rangka ranjang. Besi yang menampung badanku mengeluarkan bunyi dek terlalu keras menghempapnya. Sekujur tubuhku menghadap katil yang mana dalam erti kata lain aku menyembamkan badanku. Kesukaran untuk bernafas dan rasa tidak selesa dalam keadaan itu hujung-hujungnya membuat aku memalingkan seluruh tubuhku menghadap bumbung. Datar saja memek wajahku saat itu, entahlah aku tidak tahu harus bereaksi seperti apa lagi setelah menjalani hidupku yang gusar ini. Apalagi setelah menjalani hari ini, hari dimana semua ketidakadilan dunia menimpa diriku yang mulai terasa penat. Sebuah nafas panjang aku hembuskan membiarkan ia kembali berbaur dengan oksigen di sekitar. "Boleh penat aku satu minggu ni kalau tiap hari balik jam macam ni," ujarku sembari menatap jam pada layar telefon. Manakan tidak dah lah semua mahasiswa, mahasiswi kena balik jam satu pagi, lepas tu boleh pula dorang nak kami ni pergi universiti jam empat, lima pagi untuk sambung aktiviti lain. Sebagai seorang mahasiswa, kami ni manusia juga nak dapatkan rehat secukupnya, takkan lah demi sebuah program MDS, orientasi macam ni pun kena buat macam tak ada hari esok.

          Dikala aku masih termenung, secercah notifikasi muncul di bahagian teratas skrin telefonku. "Dia ni tak tidur lagi ke macam mana?" berkerut keningku melihat pesanan yang datang dari Shah. Begini mesejnya berbunyi, 'Ingat besok kau jangan lambat. Kau dah janji nak awal, kalau tak memang mengamuk lagi lah mamat tu weh.' Aku sedikit tertawa apabila membaca perenggan yang hendak mencapai penghujung itu. Teringat pula aku dengan lelaki syaitan tu pagi tadi. Bukan main lagi dia membebel depan semua orang, mulutnya sudah seperti mulut murai saja aku lihat. Percakapannya bagaikan tidak menemui penghujung untuk terus menerus membuat para cendekiawan di dalam ruangan itu merasa gerun dengannya. Aku pun boleh lah juga dikatakan agak takut dengan dia. Iyalah, muka dah bengis macam pengganas, siapa saja tidak takut. Aku rasa kalau kau nampak sendiri muka dia macam mana pun rasanya kau mesti menggelupur juga.

          Pantas aku membalas semula mesejnya dengan menaip beberapa kata, 'Iyalah, kau pun jangan lambat. Kau tu tinggal kat kolej. Dekat je, aku ni apa? Rumah sewa pun jauh dah macam nak merentas desa kau tahu? Ni belum campur lagi kalau aku perlu pergi fakulti nanti, sah sah mati katak.' realitinya jarak rumah sewa aku dan universiti yang menjadi jarahan aku sangatlah jauh, makan waktu sekitar satu jam juga nak sampai, kalau jalanan jammed mungkin akan ambil masa lebih lama. Jadi boleh bayangkan seberapa jauh jaraknya. Sesudah aku menghantar pesanan barusan, lantas dimatikannya telefon di genggamanku dan ditelantarkan di sebelah bahu aku. Sesudah itu aku hanya menjadikan lelangit sebagai fokus utama berkedip sekejap, berkedip lagi setelahnya. Bingung mengherdik mindaku. Hatiku seakan sedang mencari sosok seorang manusia namun mindaku menafikannya.

          Seketika telefon di sebelah kembali ku buka, aplikasi WhatsApp yang sedari tadi tidak aku tutup saat telefon dimatikan, hanya ku geser hingga terjumpa suatu nama. Helaan kecil berbunyi menandakan aku agak sedikit penat. Kotak mesejnya ku tekan, ratusan mesej yang berurutan daripada aku terpapar. Semuanya pesanan sejak setahun yang lalu, seperti biasa mesej dari aku tidak pernah dibaca. Yang boleh dilihat cuma satu garis kelabu yang biasanya dipanggil one tick, dari atas aku tarik ke bawah skrinnya agar aku mampu melihat ruangan percakapan yang berada paling atas. Rancak saja dulu aku berbual dengan pemilik nombor tersebut, rasanya 6 tahun juga aku mengenalnya, keluh kesahku semua aku kongsi dengannya. Tidak ada rahasia antara kami, layaknya sahabat. Lebih tepatnya pasangan hidup, kerana kami telah pun menjalin hubungan secara diam-diam. Namun entah mengapa dia menghilang dua tahun yang lalu, tidak ada jejak langsung dia tinggalkan. Semua laman sosialnya menghilang Instagram, Facebook hingga ke Twitter lesap begitu saja dari pengamatanku dan itu membuatku hampa. Cukup lama aku menunggunya, ku tulis semua rentetan masyghul yang aku rasai pada lamannya tapi tak ada satupun yang dibaca. Seperti manusia pada umumnya aku kian lama lelah, mesej terakhir yang aku hantar adalah pada tahun lalu, 5 hari bulan Ogos 2021.

          Dentingan ribut meliputi barisan jiwaku, raga layaknya membeku di antara dua kutub. Mengapung di atas lautan pasifik, perasaanku menderu keras berteriak namanya ingin kembali. Tapi semuanya tidak mendatangkan hasil, renjana yang menimpa hati ini tak mampu terbendung lagi. Pada akhirnya dia hanya menganggap aku sebagai saudagar biasa. Kecewa? Ya aku kecewa, kecewa pada diri aku sendiri mengapa boleh aku menyukai sahabat aku sendiri di waktu itu? Benar, dia membalas cinta ku, namun mampu ku lihat pantulan dimatanya berkata lain waktu itu. Sedangkan aku hanya membutakan diri, tidak memperdulikan perasaannya terhadap aku seperti apa. Kalau sahaja aku tahu dia tidak pernah menyimpan secebis pun perasaan pada ku, mungkin akan ku hapus rasa ini dari tercipta. Aku bukan pelipur lara, sekadar manusia biasa tanpa kebahagiaan apapun. Yang boleh aku lakukan hanya belajar, belajar, dan belajar. Untung sahaja mata aku ini masih sihat walau sudah acap kali menatap buku hingga ke larut malam.

          Sejujurnya cuma musik sahaja yang mampu memahami perasaanku, seribu satu pilu yang aku rasa adalah sama halnya dengan melodi pujangga yang ditulis melalui curahan jiwa. Di saat ku sedih musik selalu menjadi pedoman dalam sanubari ini kalau tidak kerana lantunan melodi riwayatku mungkin sudah tamat tak lama dulu. Seseorang telah mengajar aku untuk mencurahkan semuanya dalam lagu, serahkan perasaan pada setiap kalimat yang tertulis dalam rangkaian kata itu. Biarkan ia membawamu melewati lautan berombang-ambing, percaya yang ia akan mendakapmu dalam kehangatan baru. Semuanya ini aku belajar dari lelaki itu. Perkara yang sering dia ajarkan pada ku, membuat aku jatuh cinta untuk yang kesekian kalinya. Tak pernah terdetik sekali pun untuk aku menjauh darinya. Tapi begitulah, takdir selalu berkata lain mungkin inilah takdir aku, dipisahkan dengan orang yang sudah aku anggap sebahagian dari ku. Menyedihkan memang layak aku dipanggil begitu, aku terlalu berharap hingga tak sedar bahawa aku cuma menipu diri sendiri. Itulah sebabnya aku mencipta jarak dengan semua orang, tidak mahu aku jatuh cinta lagi yang mana aku tahu itu cuma akan berakhir dengan kekecewaan yang berpanjangan. Sama seperti yang aku alami ketika aku kehilangan insan itu. Terlalu banyak bersedih sehingga kesihatan aku memburuk.

          Tak lama setelahnya, aku menutup telefon yang telah menjadi bahan tatapan selama 10 minit lamanya. Tidak ada guna juga untuk aku kekal bersedih dengan kehilangannya dalam hidup aku, jikalau aku terus begitu maka aku hanya merugikan diri aku sendiri. Seketika wajah pemuda bernama Agus tadi pagi berlegar dalam mindaku. Sesuatu tentangnya membuat aku mendapat bayangan kisah silam. Wajahnya sangat mirip dengan orang yang telah aku anggap sebahagian dari ku. Perasaan nostalgia yang sangat menyengat dapat aku rasakan datang darinya. Alasan mengapa aku merasa begitu juga tidak ku tahu, ditambah lagi aku sama sekali tidak mengenal dia. Mungkin hanya kebetulan sahaja entahlah. Aku kemudian mengkatup kulit mata ingin merehatkan diri dalam lelap walaupun cuma beberapa jam.

"Aku akan setia menunggu,"

To Be Continue...

Jadi Kekasihku SajaWhere stories live. Discover now