'Abi dah tahu?'

Alyssa menghadapkan telefonnya betul-betul di depan wajah Aryan. Terkejut Aryan lalu menepis lembut telefon Alyssa. Nasib baik dapat elak kereta yang baru keluar simpang tadi. Aryan mengerling wajah tidak bersalah Alyssa.

"Aku baru balik dari rumah abi kau lah ni. Abi yang bagitahu aku kau pergi jumpa kawan kau dekat supermarket." Alyssa mengangguk lemah.

'Abang Aryan baru balik kerja ke?'

Sekali lagi telefonnya berada di depan wajah Aryan. Alyssa buat macam Aryan ni buta sangat pula. Telefon ditepis lembut lalu Aryan mengeluh kecil. Dah nampak Aryan dengan uniform tentera, kasut bootnya pun belum sempat tukar boleh pula dia tanya soalan kurang bijak macam itu.

"Tak ada lah aku baru habis bersenam. Sekarang aku nak bersenam dengan kau pula." Sinis Aryan. Alyssa mengerutkan kening sebelum menulis sesuatu di dalam notesnya lagi.

'Kita nak pergi gym ke? Bukan abang Aryan kata kita nak pergi pilih baju pengantin ke?'

"Allahuakhbar.." kata Aryan meleret sambil meraup wajahnya. Dadanya disapu-sapu menahan marah dengan sikap polos Alyssa.

Pasrah Aryan lalu terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Pedal minyak ditekan kuat agar mereka cepat sampai ke destinasi. Lagi lama duduk dalam kereta dengan Alyssa boleh naik hantu Aryan.

Sesampai di butik pengantin, Aryan dan Alyssa dibawa ke satu tempat untuk membincangkan tentang majlis mereka.

"Hi you alls, nama I Candy. I pemilik butik ni. Dua bakal pengantin yang cantik lagi tampan ini nama apa?" soal Candy dengan senyuman lebar. Tangan Aryan silang di atas dada sambil memandang Candy atas bawah.

"Nama aku Aryan nama dia Alyssa." Senafas Aryan berkata. Candy mengangguk faham.

"Ok you berdua nak tema apa? Ada apa-apa tema yang you guys minta or you guys nak idea daripada I? Candy can make everything, anything that you guys dream comes true!" Kata Candy dengan teruja. Wajah Alyssa berubah kagum dengan kata-kataCandy.

Berkerut dahi Aryan memandang Candy dan Alyssa. Kenapa lembut sangat lelaki ni? Dah macam sotong kepanasan dah. Yang Alyssa ni terkejut lebih dah kenapa? Suka yang senget ke?

"Kitorang nak tema melayu klasik. Not too much. Just simple, classy and elegant" kata Aryan dingin. Candy mengangguk faham. Ternaik sebelah kening Alyssa kerana tidak bersetuju dengan tema yang dipilih Aryan.

"How about you lady? You nak tema apa?" Alyssa mengeluarkan telefon pintarnya sebelum menulis di atas notes.

'Saya bisu.. Saya nak tema fairy tales'

Telefon dihadapkan ke depan wajah Candy. Tersentak Candy.

"Oh you bisu eh? It's okay, it's okay. Candy boleh settlekan-" belum sempat Candy menghabiskan ayatnya Aryan sudah memotong.

"Kau ingat ni birthday party ke nak buat tema fairy tales? Takde, takde aku nak tema melayu klasik juga." Bantah Aryan keras. Alyssa menulis di atas notes nya lagi.

'No! Alyssa nak tema fairy tales juga! Alyssa nak jadi princess!'

Kening Alyssa berkerut macam angry birds. Kalau dengan Datin Katrina memang Alyssa lemah lembut tapi bukan dengan Aryan. Dia berani melawan Aryan walaupun Aryan garang macam singa.

"You're a grown up don't be such a childish. Princess only for kids. Ikut je adat melayu kita bukan barat." Suara Aryan naik seoktaf. Aryan dan Alyssa berbalas pandangan tajam. Dada mereka turun naik.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now