Prolog

79 7 14
                                    

Titik permulaan, titik pertengahan dan titik akhir pasti semuanya akan bertembung melalui satu garisan dari semasa ke semasa dengan konsep lampau, kini dan masa depan. Mereka tak tahu tentang garis waktu, mereka hanya mengikut arus berjalan ke depan.

Sesusuk tubuh seorang wanita berpakaian serba besi, terduduk khusyuk di meja bulat yang tersedia untuk tujuh orang. Fikirannya tenang dengan secangkir teh dipegang hujung jari, dia sepertinya menunggu kehadiran orang lain.

Dalam tak sedar masa berlalu dengan pantas, dia tidak sedar akan kemunculan seseorang di sebelah sambil memegang sebotol minuman keras dengan raut wajah mabuk. Wanita itu hanya beraksi seolah anak kecil dengan tindak tanduk sendiri nan penuh berhibur.

"Baby, baby yeahh. I like you the most!" bermula dengan dengungan terus berakhir nyanyian yang bising di benak kepala wanita berbaju kebal itu.

"Corazon, kau bising." ucapnya dengan kepala menoleh ke arah wanita mabuk yang bernama Corazon itu.

"Alah, kau ni tak best lah. Buat pesta teh tapi tak ada air kegemaran aku."

"Minuman busuk hanya ganggu perbincangan saja. Kau lebih ke arah kanak-kanak dari biasa Cora, tunjuk sikit adab pada pewaris terkini." ajunya cuba merampas botol minuman Corazon namun tak lepas dari pelukan dan rengekan.

"Jangan! Ni nyawa aku tau."

"Terserah." wanita itu menyerah kalah lalu postur tubuh mula konsentrasi akan kemunculan empat orang yang lain di depan meja bulat.

Keempat mereka terlihat agak serius apabila berhadapan Corazon dan wanita berbaju besi itu, terus bibir dari salah seorang mereka digerakkan.

"Sudah lama tak jumpa, pewaris pertama." kata seorang perempuan bertopi, matanya penuh dengan sanjungan ke atas jemputan ini.

"Ya, jemput menyatap santapan ringan para pewaris dulukala." pelawa pewaris pertama pada mereka pelbagai jenis makanan manis yang disesuaikan untuk pesta tehnya.

"Terima kasih." Corazon laju mencekak makanan dengan telapak tangannya yang besar buat pewaris lain hanya terdiam tak terkata akan tindakannya.

"Sepertinya pelawaan kau pasti ada sesuatu hal yang penting."

"Tepat, aku ingin memulakan semula pertandingan antara 7 pewaris." balasnya, serentak mata-mata dari pewaris lain membulatkan bijinya.

"Jika kau bercakap pasal tu pewaris ketujuh belum datang lagi."

"Eh fikirkan sudah cukup orang." sampuk seorang pewaris dengan mata tertutup oleh sebalut kain.

"Urutella, maaf atas kekurangan kau tapi dia, si pewaris ketujuh akan diganti pada kehadiran pewaris terakhir." Balasnya buat semua termangu seketika namun tawa terbahak dari Corazon hanya membelah suasana.

"Jadi kau pelawa Yuu ke pesta teh kau, cukup berani."

"Yuu? Siapa dia." hairan perempuan bersayap hitam.

"Pewaris keempat, Itou. Kau lebih dekat dengan dia kan kenapa tak bagitahu?" ujar Corazon dengan tatapan mata ke arah Itou yang hanya mendiamkan diri dengan keheningan.

"Tak ada urusannya untuk sekarang."

"Baiklah, mari aku ceritakan sikit pasal Yuu tu. Dia pewaris terakhir iaitu 30 tapi yang lebih menariknya dia bukan perempuan melainkan lelaki dan mengalahkan benda apa entah makhluk yang menyerupai dewa buatan." jelas Corazon buat tiga orang pewaris tergamam.

"Apa, dia lelaki." perempuan bersayap hitam itu mengetuk meja dengan tangannya.

"Mustahil lelaki boleh jadi pewaris." Perempuan bertopi itu tak kalah terkejut mendengarnya.

"Apa dia dulu perempuan yang menukar jantina dengan sihir?" Urutella berteori.

"Tak, dia lelaki tulen yang tak ada sihir dalam badan. Guren, Urutella dan Lilita... Aku harap kau tak mengacau dia." ancam Corazon.

"Macam lah si Yuu tu tampan sangat, pasti muka macam pakcik kebun." sindir Lita.

"Kalau dia lelaki pasti masa kecilnya dia comel." sampuk Urutella dengan bayangan anehnya.

"Kalau tak silap akulah, dekat dunia ada masalah konflik buat langit pecah jadi mungkin dia yang selesaikan."

"Betul tu Guren, bijaknya kau."

"Sudah bercakap kosong! Aku akan mulakan dengan nama. Corazon si pewaris kedua, Guren si pewaris ketiga, Itou si pewaris keempat, Urutella si pewaris kelima dan Lilita si pewaris keenam." apabila si pewaris pertama memanggil nama mereka, kesemua serentak berdiri tegak kecuali Corazon dengan berat punggung.

"Kamu semua akan berdepan dengan Yuu si pewaris ketiga puluh secara bergilir-gilir, siapa yang memenangi pertandingan antara pewaris maka dia akan dianugerahkan satu ganjaran." jelas sang pertama buat yang lain mengangguk dan lenyap dari pandangan setelah sumpah itu dinyatakan.

"Nampaknya pertarungan antara pewaris pasti akan menarik kecuali permintaan kau." ucap Corazon yang masih berada di sebelah pewaris pertama dengan tatapan serius, fikiran berlegar-legar akan kecurigaan.

"Kau sedar ya..."

"Kau tahu, Yuu pasti tak hadir sebab dia tak mengetahui akan jemputan kau setelah sekian lama Eye of Circle tak muncul di atas langit. Syarat pertarungan ni bermula hanya dengan kemunculan bulatan mata." terang Corazon.

"Dia sedia atau tak kesemuanya ditentukan sendiri oleh takdir dan pertarungan ni takkan terhenti walaupun dia tak hadir." kata pewaris pertama sambil mengangkat tubuhnya berjalan ke arah lain.

"Pertarungan antara pewaris, pasti ada titik yang tak sah buat pertandingan ni berakhir dengan keburukan." kata Corazon pula meninggalkan meja bulat sebagai tirai penutup bagi pesta teh itu, dia masih mencari kebenaran yang tersirat.

Unknown Story 7 Heirs
•Arc 4 : Pertarungan 7 Pewaris •
Bermula!

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Where stories live. Discover now