"Alang-alang Aryan cuti seminggu apa kata Aryan dengan Alyssa pergi beli cincin tunang sama-sama" kata Datin Katrina lalu tersengih kepada Aryan. Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alyssa semakin menundukkan kepala dengan pipi memerah.

"Kalau diam tu tandanya setuju lah kan? Mansur dengan Alyssa tidur mana malam ni?" soal Datin Katrina lagi.

"Kami belum cari lagi. Rasanya kami tinggal di hotel murah sebab kami datang sini 3 hari je." Datin Katrina memandang ke arah Dato Mustafar sebelum mengangguk perlahan.

"Tak payah lah rugi duit kau pergi tinggal dekat hotel. Tinggal je dekat sini rumah ni ada banyak bilik tetamu" kata Dato Mustafar. Alyssa menoleh memandang Mansur. Dia berharap sangat Mansur akan menolak.

"Eh, tak perlu susah-susah. Kami boleh je tinggal dekat hotel murah. Kami tak nak mengganggu keluarga kau, Mustafar" jelas Mansur.

Umur Dato Mustafar dan Mansur tidak jauh beza. Mereka juga sahabat baik sejak hari pertama Mansur bekerja dengannya sebelum kahwin dengan Datin Katrina dulu. Sebab Mansur juga Dato Mustafar dan Datin Katrina disatukan. Banyak jasa Mansur kepada keluarga Mustafar.

"Tak apa Mansur, tak susah pun tinggal je dekat sini. Kau berdua ni tetamu kami lagipun hanya kami berdua je tinggal dalam rumah ni. Aryan akan tinggal dekat villa dia." Mansur tersengih sambil menggaru kepala.

"Katrina, tunjukkan bilik tetamu dekat tingkat atas." Tanpa menunggu jawapan daripada Mansur Datin Katrina mengajak Alyssa dan Mansur naik ke atas.

Aryan memandang Alyssa tidak putus. Dato Mustafar berdehem lagi. Aryan terus memandang ke arah lain sambil menggaru belakang kepalanya. Anak terunanya ini memang tak reti cover line. Kata tak nak kahwin tapi pandang anak dara orang macam nak terkam.

Haniff

'Ryan datang markas sekarang kami ada maklumat baru tentang Rico'

"Daddy, Aryan minta diri dulu ada hal." Aryan salam tangan Dato Mustafar penuh hormat setelah mendapat satu anggukkan daripada Dato Mustafar. Dato Mustafar memang tidak boleh nak halang Aryan bila dia dapat panggilan sebab itu mesti urusan negara.

Aryan berjalan ingin keluar dari rumah tetapi ditegur Datin Katrina dari tingkat atas.

"Aryan nak pergi mana tu?"

"Aryan ada hal sikit mummy. Nanti Aryan datang balik." Sempat Aryan mengerling Alyssa di sebelah Datin Katrina sebelum keluar dari rumah. Saja nak cuci-cuci mata.

Laju Alyssa larikan pandangannya. Aryan tersenyum segaris.

"Alyssa, nanti bila kamu dah kahwin dengan Aryan kamu kena hadap benda mengejut macam ni. Bila-bila masa je Aryan akan dapat panggilan dari pihak atasan untuk menjalankan misi" kata Datin Katrina. Alyssa mengangguk faham.

"Abang Aryan kerja apa mummy?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat. Datin Katrina mengasuh Alyssa dari kecil jadi dia faham sedikit sebanyak bahasa isyarat.

"Aryan tentera sama macam Afiq. Tapi Afiq sekarang tengah bertugas sebab itu tak ada dekat rumah. Dia akan tinggal dekat kem beberapa hari." Alyssa mengangguk lagi.

Datin Katrina membawa Alyssa ke biliknya di tingkat tiga memandangkan tingkat tiga terletaknya bilik lama Alyssa.

"Ini bilik Alyssa." Datin Katrina membuka pintu bilik tetamu itu. Alyssa mengekori Datin Katrina masuk ke dalam bilik yang besar itu.

"Alyssa ingat lagi tak bilik ni? Mummy tak tukar apa pun dalam bilik ni semua warna pink macam yang Alyssa suka dulu" kata Datin Katrina. Alyssa mengangguk laju dengan tersenyum manis.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now