"Semalam you chat I nak ajak I study sama-sama di library. Remember?" soal Lilia mengingatkan Harlem.

"Really? I lupa kut." Harlem garu kepala.

"You guys nak ikut sekali? Lagi ramai lagi best. Kan, Harlem?" ajak Lilia memandang Nadine dan Armani.

"Tak apa lah. Awak dengan Harlem pergi je. Kitaorang nak pergi makan di kantin. Leanna dah tunggu di sana." tolak Nadine berbohong.

Menerima ajakan Lilia hanya akan melukakan hatinya lagi. Mungkin Harlem juga tidak mahu jika Nadine ikut serta bersama.

Armani pandang Lilia atas bawah. Karang kalau kitaorang setuju nanti kempunan lah kau nak menggatal dengan Harlem.

"Lah yeke? It's okay. Kalau macam tu kitaorang gerak dulu lah." pamit Lilia dan mula melangkah pergi.

Harlem membuntuti Lilia dari belakang tanpa menghiraukan Nadine di situ.

"Ish, sakit betul mata aku tengok si Lilia tu. Kau tak rasa ke dia tu penuh dengan kepura-puraan? Berlakon saja lebih. Menyampah aku." pantas saja mulut becok Armani bersuara.

"Shhh. Nak mengata orang pun tunggu lah orang tu jauh sikit. Karang kalau Lilia dengar, kecik pula hati dia." Nadine menyiku lengan Armani.

"Tak payah lah kau nak jaga sangat hati perempuan tu. Dia tu bukannya baik sangat pun. Si Harlem tu pun satu. Haih, sakit pula hati aku dibuatnya. Kalau aku jadi kau-"

"Jom, kantin. Tak nak belanja birthday girl makan-makan ke hari ni? Birthday girl lapar la." pintas Nadine mengubah topik.

Malasnya dia mahu membalas soal tadi. Rasa cemburu, kecewa dan patah hati biarlah Nadine pendam seorang diri.

Armani menjeling tajam.

"Pandai melencong topik lain ya? Ha yelah. Aku memang nak belanja kau pun. Kita cari Lea di kelas dulu. Lepas tu kita pergi kantin."

"Nice! Jom!" Nadine jadi teruja.

Nasib baik ada Armani dan Leanna.







* * * * *

Potongan kek strawberry di atas meja belajarnya, Nadine pandang sepi. 10 minit yang lepas, kegembiraan Nadine menyambut hari jadinya bersama Encik Adlee musnah setelah ayahnya mendapat panggilan telefon.

Katanya, fasal kerja dan mustahak. Jadi tepat jam 9:00 malam Encik Adlee bergegas keluar dari rumah untuk menyelesaikan 'pekerjaan' nya.

Sejak akhir-akhir ini, pekerjaan Encik Adlee tidak menentu. Pulang rumah pun lewat. Tidak seperti biasa. Dan yang paling menghairankan Nadine, kalau Encik mendapat panggilan telefon dia akan menjauhkan diri dari Nadine.

Seakan ada sesuatu yang mahu dirahsiakan darinya.

Entahlah. Semoga semuanya baik-baik saja.

Kek perisa strawberry itu Nadine makan dengan perlahan.

Bosan.

Sunyi.

Itu yang Nadine rasakan sekarang.

Kalau tahu jadi seperti ini tadi, lebih baik dia tidur di rumah Armani saja malam ini.

Keluhan perlahan dilepaskan.

"Nadine..."

"Mak kau!"

NADINE SOFEAजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें