"Kau masih ingat?" soal Qisya agak tidak percaya. Ariq mengangguk.

"Jap.. Kenapa aku rasa macam kita sedang diperhatikan?" kata Qisya setelah perasan sesuatu, seram pula rasanya.

"Kann?" Ariq juga merasa hal yang sama dari tadi.

Mereka pun menoleh ke arah Akhtar yang masih memerhati sambil memakan keropok di tangannya. Dah macam tengok drama depan mata.

"Dah habis? Aku nak balik ni." Akhtar menayang muka comel. Ingat tak penat ke jadi nyamuk?

"Alaa aku lupa dia masih ada.." Ariq menepuk dahi seketika. Kasihan kawan baru dia tu. Qisya hanya tertawa kecil.

🅻🅾🆅🅴,🅰🆁🅸🆀 🅵🅰🆁🅷🅰🅽

Tegang saja suasana di dalam rumah mewah TS6. Masing-masing sibuk melakukan tugasan yang diberikan. Aish yang baru tiba mengambil tempat duduk di sebelah Putra. Dia baru ada masa untuk ikut serta ahli yang lain namun dia tetap tahu perkembangan semasa.

"Hai guys.." Aish menyapa Putra, Zafiy, Izzat dan Syafiq. Mereka hanya mengangkat tangan.

"Ray.." Panggil Putra. Aish membalas tatapan mata Putra.

"Pasal H.."

"Kau dah jumpa dia ke?" soal Aish agak teruja.

"Tak. Tapi maybe dia yang serang Qisya semalam." Jawab Putra, setelah disiasat semua bukti tertuju pada H.

"Why dia buat macam tu? Sebab Qisya tu bakal isteri Far ke?" soal Aish lagi sekaligus menduga.

"Maybe.."

"Hm what if dia ganggu isteri dan anak-anak aku juga?" Aish mula panik, dia tidak mahu hal itu terjadi. Cukuplah sudah ramai yang terkorban disebabkan dirinya.

"Kau jangan risau, Ray. Kami akan cuba gagalkan semua plan H." Pujuk Zafiy dengan yakinnya.

"Tapi kenapa dia target kami? Apa hubungan dia dengan arwah Harith and Ziyad?" soal Aish, dia tidak dapat memikirkan siapa orang disebalik huruf H itu.

"Tu aku tak pasti. Maybe dia orang terdekat korang juga?" Teka Zafiy. Aish hanya mengangkat kedua belah bahunya.

"Ray, aku nak tanya ni.." Keempat-empat orang jejaka yang berada di ruangan itu terus menoleh ke arah Putra ketika dia bersuara.

"Apa?"

"Arwah Ziyad.. Dia mengaku ke yang dia tolak arwah Harith?" Putra menanyakan juga hal itu walaupun dia sudah tahu situasi sebenar.

"Arwah cuma kata, Rith mati disebabkan dia. Rith nak selamatkan Yad waktu Yad nak terjun dari bangunan tu." Ujar Aish sekaligus mengingati ucapan arwah Ziyad dulu.

"Betul lah tekaan aku selama ni."

"Pasal ada orang yang sengaja nak bunuh arwah Rith ke?" soal Syafiq pula.

"Haah. Aku rasa orang tu memang sengaja nak perangkap arwah Harith. Dia bagitahu lokasi Ziyad waktu tu sebab dia tahu arwah Harith akan selamatkan arwah Ziyad,"

"Aku rasa kemungkinan besar H tulah pembunuh sebenar." Putra yakin akan hal itu.

"Kalau betul dia, apa motif dia lagi? Dia nak bunuh aku pula ke? Or dia target Far? Ish tak boleh lah macam ni.." Banyak persoalan bermain di fikiran Aish. Paniknya datang semula akibat kemunculan H ini.

"Kau pun tahu kan pihak atasan aku yang dulu tak suruh aku siasat pasal kes ni. So aku tak boleh minta bantuan sesiapapun. Mereka dah lucutkan jawatan aku and now aku hanya mampu jadi detektif persendirian." Sayu nada suara Putra berkata apabila teringat statusnya yang sekarang. Dia bukan lagi seorang polis. Dia hampir lupa kenyataan itu.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now