BAB 02

56 27 2
                                    

"Kau ingat orang akan suka kau dengan perangai kau macam ni?!"

MATA terbuka luas. Nafasku sudah termengah-mengah. Kertas-kertas yang berada di atas meja aku pandang keliru sebelum badan ditegakkan. Aku menyandarkan tubuh apabila tersedar bahawa aku terlena di tempat kerja. Tali leher dilonggarkan seraya membuka dua butang baju supaya selesa menjamah atmosfera ku. Butang kedua-dua lengan baju turut aku leraikan sebelum menyingsing ke atas.

Jam di pergelangan tangan kanan aku kerling. 1:21 pagi. Sudah lewat.

Wajah aku raup sehingga naik ke rambut. Rambut yang sudah sedikit kusut aku betulkan sekadar biasa. Segala kertas aku kemas sebelum kot yang berada di sofa aku gapai. Terus aku menuju ke lif. Butang G ditekan.

Tidak lama menunggu, lif terbuka lantas aku masuk. Lif tertutup tidak lama selepas itu lantas aras yang ku tekan menjadi tujuan. Sebenarnya, aku masih mamai. Kantuk masih menyapa.

Ting

Langkah terus dituju ke arah kereta hitam milikku. Lamborghini Huracan. Bangga apabila segala peluh yang menitik dibalas dengan kejayaan yang aku mahu. Santai kaki melangkah menuju ke satu-satunya kenderaan yang berada disitu.

Tiba-tiba firasat aku mengatakan sesuatu. Langkah aku mati apabila mata disapa dengan sekumpulan lelaki bersenjata yang seperti sedang menunggu aku setelah selekoh dilalu. Wah, aku ditunggu!

Sinis terukir buat mereka. Aku selesakan kedudukan yang sudah terhenti langkahnya. Keningku angkat sebelah, sekadar mahu mencabar mereka yang memang sedang menunggu ku. Alang-alang orang dah tunggu. I mean... why not?

Tiga orang dari mereka berjalan mendekati ku tetapi fokusku lebih kepada orang yang berada di tengah. Berjalan sedikit hadapan dari yang lain. Confident! I like it- no, I love it.

Aku gigit bibir bawah no reason. Mereka berhenti tepat di hadapanku. Aku terpaksa menurunkan kepala yang ku angkat angkuh semata-mata untuk memandang mereka yang hanyalah separas dadaku. Mataku penuh dengan wajah-wajah pecah mereka. Oh no, I need to wash my eyes later.

"Anything I can help you, sir?" tanyaku sarkastik. Sinis masih ku lukis tanpa ada niat mahu memadamnya.

Riak mereka sedikit berubah, mungkin disentak dengan soalanku. Tangan aku silang ke dada. Sekilas aku lihat ke belakang. Ramai mereka bawa malam ni. Seperti tahu-tahu bahawa aku akan pulang sendirian tanpa pengawasan seperti biasa. Senjata-senjata di setiap tangan mereka aku tilik. Wah, bertuahnya ada senjata. Maaflah, aku lupa nak bawa apa-apa tadi.

"Hayder Essar! You chose the wrong person to be your enemy!" ugutnya sambil jari telunjuk dituding ke arahku. Aku gelak sinis. Pandangan matanya aku sambung intim.

"Me..." Aku berjeda seketika sebelum merapatkan wajahku ke wajahnya tanpa memutuskan pandangan yang ku hubung.

"Or you?" Serentak dengan itu, tangannya yang ralit memegang pistol aku gapai pantas diambil senjata api itu. Laju dua orang yang turut mendekati aku sebentar tadi ku hala lantas tembakan dilepas kepada mereka.

Dapat aku dengar picu pistol ditarik sebelum aku memusingkan tubuh lelaki yang berkata-kata denganku tadi menghadap yang lain. Pistol diacu ke kepalanya sementara pandangan melawan pandangan-pandangan gentar pihak lawan. Mereka hanya mengacukan namun tidak melepaskan.

"What are you guys waiting for?! Shoot him! I almost died!" arahnya. Aku dapat lihat dengan jelas bahawa mereka semua hanyalah budak-budak kelas bawah. Tengoklah. Langsung tidak berani untuk menolong tuan mereka yang sudah diambang maut.

Seketika telingaku menangkap bunyi derap kaki melangkah dari sisi. Mindaku merangka strategi pantas. Aku mengundur dua langkah perlahan tanpa mereka sedari. Laju tangan yang memegang pistol aku hala ke sisi lantas ditekan picu.

"Argh!" jerit salah seorang daripada mereka, mengena dengan sasaran ku. Nak serang hendap aku, kena tahu taktik dulu. Bukan terus serang. Bodoh!

Fokus kembali dibawa ke hadapan apabila berdas-das tembakan dilepaskan ke arahku. Tubuh lelaki itu aku jadikan pertahanan.

Ralit aku membalas tembakan mereka setelah bersembunyi di balik tiang besar di parking lot itu. Picu ditekan buat sekali kali tetapi tidak berguna lagi apabila aku sedar senjata itu kehabisan peluru. Tubuh tidak bernyawa yang dipegang aku campak ke tepi. Jika tidak boleh lawan melalui senjata, fikizalku masih elok terbina.

"Shoot!" Suara mereka mula kedengaran mendekat.

Aku pandang kanan kiri, berharap jikalau ada mana-mana senjata berdekatan. Sebuah pisau belati yang berada tidak jauh dariku aku gapai pantas. Nafas ku tarik dalam sebelum bangkit dari duduk. Mereka yang masih mendekat aku intai sedikit. Tembakan juga sudah tidak dilepaskan lagi.

Aku membuka langkah menghadap mereka sebelum pisau itu aku lempar ke arah salah seorang daripada mereka. Mereka aku tuju lantas tumbukan dilepaskan kepada satu persatu sehingga tidak bermaya.

Aku bangkit dari jatuh. Perut yang ngilu akibat ditendang benar-benar membuatkan dadaku sesak. Hujung bibir aku lap sebelum pisau yang terlekat pada dada salah satu mereka aku tarik lantas sambung menyerang.

Nafas aku hembus sesak apabila semua sudah tewas. Menyembah ke tanah. Laju tangan naik menutup luka di perut. Shit! I've lost a lot of blood!

Lamborghini Huracan milikku menjadi tujuan. Permukaan keretaku banyak dihiasi lubang akibat kesan tembakan tadi. Nanti-nantilah aku repair. Kunci dibuka lantas aku membolos masuk di tempat pemandu. Kot sudah hilang entah ke mana. Argh, itu tak penting sekarang!

"Argh!"

Mata terpejam rapat seketika apabila kaki menekan pedal. Stereng kereta aku kawal menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri sudah kaku menekan luka yang tidak henti mengeluarkan darah. Dibahagian lain hanyalah kecederaan ringan.

Laju kereta mewah itu aku pandu membelah jalan raya. Hotel milikku dan juga Fawwaz menjadi tujuan. Hanya disitu tempat aku selalu bersembunyi apabila terluka seperti ini.

Ringisan aku tahan agar tidak terlepas. Mata aku pejam seketika. Perih yang teramat apabila sudah lama aku tidak terluka sebegini teruk. Kereta itu dihentikan tepat di hadapan pintu masuk hotel. Pantas aku keluar dari kereta itu tanpa dihentikan enjin. Argh, tak kisahlah kalau kena curi sekalipun! Yang penting sekarang, aku tak nak mati awal!

Pintu dibuka paksa. Pandanganku tiba-tiba bersambung dengan seorang perempuan. Argh, ikut kaulah perempuan! Aku nak Fawwaz sekarang! Mana Fawwaz?! Hati sudah menjerit bagai orang gila. Mahu diungkap melalui kata-kata, tenaga sudah tidak banyak untuk aku membuka mulut.

Kaki laju melangkah menuju ke sebuah bilik yang aku kenal tuannya. Pintu itu aku ketuk tidak berirama. Tubuh sudah sepenuhnya bergantung pada pintu itu. Diketuk juga tanpa menghiraukan sekeliling. Hampir aku jatuh menyembah apabila pintu dibuka dari dalam. Mujur tubuhku laju disambut olehnya. Kalau tidak, entah sedar entah tidak.

"Weh, kau kenapa ni?!" tanya Fawwaz risau sambil tubuhku dipegangnya kemas agar tidak jatuh. Tanpa membalas soalannya, kepala aku jatuhkan pada bahunya sebelum semuanya berubah gelap.

+++

"THANKS." Suara Fawwaz menyapa pendengaran aku apabila mata sudah boleh dibuka walau masih samar-samar pandangan. Fawwaz mendapatkan aku yang terbaring di katil biliknya sebelum bertukar arah ke meja kecil bersebelahan katil. Ubat dan air diambil lalu disua ke arahku. Aku menyambutnya meski ngilu menyapa tubuh. Argh, sakit!

"Makan ubat tu. Nanti aku bawakan makanan, okey?" Prihatin sungguh Fawwaz. Aku pula yang berasa bersalah apabila mengingati segala tindakanku kepadanya tetapi dia tetap positif. Aku menyandarkan badan dibantu oleh Fawwaz lalu dia pamit untuk membeli makanan untukku dan juga diri sendiri.

Ubat itu aku telan walaupun pahit yang teramat mengarahkan aku supaya memuntahkannya semula namun aku telan jua. Gelas yang berisi air kosong itu aku teguk sehingga habis.

Aku terlalu penat akibat peperangan yang berlaku semalam. Aku seorang melawan mereka yang lebih 30 orang. Mujurlah semuanya tidak mempunyai kemahiran tinggi dalam berlawan. Bolehlah untuk aku kekal hidup meski terluka teruk.

Eleh, cakap macam pertama kali terluka seteruk ni. Dulu lebih teruk dari ini. Aku ada bukti.

Aku pejam mata. Biarlah aku rehat walaupun badan tidak dibetulkan kedudukannya. Nanti bila Fawwaz balik, pandai-pandailah dia betulkan. Aku penat, nak rehat. Mata dipejam dan tanpa sedar, aku terlelap dengan sangat lena.

[ON HOLD] INFERNO HEARTSWhere stories live. Discover now