BAB 07

41 20 4
                                    

"I pun tak sangka yang kawasan kampung macam ni, ada perempuan secantik you," ujarku sekadar mahu menarik tali dengannya. Ibu sudah tersenyum malu-malu sedangkan aku disini sudah panas hati. Mungkin ibu sudah lupa bagaimana rupa anaknya sendiri. Wah, begitu tuakah ibu? Lebih tua daripada ayah yang baru menginjak 60 tahun?

"Hihihi. You ni pandai, eh? Geram I." Dengan reaksi wajah nakal, ibu berkata. Digigit bibir bawah lantas mata disepetkan bagai mahu menerkam aku. Ibu, ibu. Malu sungguh aku jika harus mengaku wanita dihadapan aku saat ini ialah ibuku. Ya Allah, jauhkanlah dirinya daripada aku dan seluruh kaum kerabatku.

Tangan naik menguak rambut hitamku tanpa mengalihkan pandangan ke arahnya walau seinci. Raut yang sebelumnya awet sekarang sudah berubah sedikit. Bagaimana aku tahu? Kerutan di bawah matanya terlihat meski sudah ditutupi mekap tebal. Hambar sungguh wanita ni.

Aku kerling jam tangan. Sudah lebih setengah jam aku meninggalkan ayah seorang diri. Jika dahulu, benarlah kalau aku tidak menghiraukannya namun sekarang keperimanusiaan aku tiba-tiba ada... masih adakah? Entahlah. Aku malas fikir.

"Oh, mia madre. I think I got to go. See you when fate meets us again," ucapku lantas bangkit dari duduk. Wajahnya jelas mempamerkan riak yang tidak membenarkan permergian ku namun aku tidak mengendahkannya. Sinis diukir.

Aku berlalu ke parking lot dimana kereta ku diparkir. Kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket sebelum sebelah tangan dikeluarkan bersama telefon yang disimpan sebentar tadi. Nombor Fawwaz didail sebelum dilekapkan di telinga. Tidak lama menunggu, panggilan terhubung.

'Hurm?' gumam Fawwaz bagai terjaga dari lelap. Aku kerling jam seketika sebelum membuka pintu kereta yang sudah dibuka kuncinya.

Pintu ditutup lantas enjin dibuka. Sambil menunggu enjin untuk panas, aku mengerling jam lagi sekali. San Diego jarak masanya 16 jam lewat dari Malaysia. Jadi jika Malaysia 11 pagi, San Diego baru 7 malam. Sah malaun ni menjahanamkan rumah aku. Tunggu kau, Fawwaz. Tak sampai seminggu aku takde.

"Dengan siapa pula kau membuta ni, Fawwaz Akashah?" tanyaku sarkastik sambil jari mengetuk stereng tidak henti. Aku stres! Rumah aku tu, Fawwaz!

"Mana adalah..." rengeknya. Aku menghembus nafas panjang sebelum brek dilepas lantas stereng dipusing lalu kereta bergerak keluar dari kawasan pasaraya itu.

Telefon masih setia ditelinga sebelum ditukar ke earbuds. Aku menahan diri daripada meletus apabila suara rengekan manja seorang perempuan menyapa indra pendengaranku. Kau bawa perempuan lagi, Fawwaz!

"Siapa tu?" tanyaku lagi. Fawwaz merengek bagai tidak mahu menjawab sebelum akhirnya membalas soalanku dengan sindiran.

"Kenapa? Tiba-tiba aje kau sibuk hal aku? Selama ni pun kau sama aje macam aku, Haidar. If aku try yang ni, mesti kau nak juga and it's goes to me too. Kita sama ajelah, Haidar Eskandar. There's no difference at all," jawab Fawwaz, berjaya menyentak aku. Mujur juga lampu merah kalau tidak, mahu accident. Aku raup wajah hingga naik ke rambut. Iya, semua yang Fawwaz katakan adalah benar. Semuanya.

Baru aku mahu menjawab, Fawwaz tutup panggilan dahulu. Shit, I made him mad! Tanpa sedar, aku ketuk stereng kuat. Stres!

Mata naik memandang lampu yang sudah menyala hijau namun kereta dihadapan bagai tidak mahu bergerak. Hon ditekan kuat dan barulah kereta itu berlalu, memberi laluan untukku dan yang lain bergerak menuju tujuan masing-masing.

Pedal minyak ditekan. Segala jenis kenderaan aku lintas. Aku stres sekarang! Stres!

+++

BREK aku tarik. Nafas syukur aku hembus apabila nyaris-nyaris aku melanggar seorang wanita yang bagai tidak perasan dengan kewujudan aku tadi. Mujurlah aku tidak melanggarnya. Kalau tidak, satu lagi masalah akan timbul.

Enjin dimatikan lantas pintu aku buka. Tubuh ayah yang sedang menyapu daun-daun kering di laman rumah menyapa pandangan. Bagaimanalah reaksi orang tua itu jika mengetahui tentang apa yang aku lakukan dibelakangnya selama ini? Argh, lantaklah! Mereka juga sebab kenapa aku begitu.

Bonet kereta aku tuju. Pantas barang-barang yang sudah aku beli diambil. Ayah yang baru sedar kehadiranku memandang lantas mendekati ku.

"Nak, bak sini. Ayah tolong angkatkan," pinta ayah namun aku hanya menggeleng. Tubuh ayah ditolak perlahan agar menjauh daripada ku. Dapat aku rasa bahawa ayah memandangku aneh. Mungkin kerana tindakanku tiba-tiba sahaja. Ayah, tolong faham Haidar sekarang... Haidar tertekan, yah!

Aku meletakkan barang-barang itu di atas meja dapur. Nafas aku hela panjang. Fawwaz! Kenapa kau ungkit benda tu? Aku dah insaf! Seketika aku tersentak. Mata terus membundar.

"Aku dah... insaf?" soalku sendiri. Benarkah semua itu? Bila aku solat? Bila aku puasa? Bila aku sedekah dan bila aku buat semua tu?! Bila, Haidar Eskandar?!

Aku mempersoalkannya sekadar di hati. Tidak mampu mengutarakannya terus dari dua celah bibir yang telah indah Allah kurniakan... dan aku celakannya dengan bibir-bibir wanita yang bukan mahram ku. Argh, aku malas fikir! Biarlah kalau dosa aku bertimbun sekalipun! Hidup aku masih panjang! Aku percaya tu!

"Haidar..." panggil ayah yang baru memasuki ruangan dapur bersama beberapa plastik barang-barang yang tidak aku ambil tadi. Pantas aku memandang ke arahnya. Dek terkejut dengan barang yang dibawanya, aku lantas mengambil semuanya dari tangan tua itu sehingga membuatkan ayah kedu.

"Kenapa ayah bawa? Biar Haidar aje yang bawa. Berat, ayah," ujarku bersama sedikit kerutan di dahi. Aku risau jika ayah jatuh atau apa-apa kerana barang yang ayah bawa sebentar tadi agak berat. Beberapa kapit beras dan sabun pencuci baju. Beratlah.

"Ayah nak tolong Haidar aje, nak..." jawab ayah sayu berserta serba salah. Entah mengapa, rasa bersalah menyerang hati. Aku mengeluh buat sekian kali sebelum mengangguk jua.

"Haidar tak marahkan ayah pun. Lain kali, kalau Haidar kata jangan, jangan okey? Haidar tak suka kalau orang tak dengar kata Haidar, faham?" ucapku sekadar mengatakan sifatku yang sebenar. Ayah bagai menerima segalanya apabila diangguk kepala itu beberapa kali bersama senyuman yang bagiku tiada beza meski sudah berusia.

Aku pejamkan mata sebelum tubuh ayah aku bawa ke kerusi. Didudukkan lantas disuruh agar tidak menolong aku memasak. Niat dihati mahu memberikan orang tua itu air namun lupa apabila air juga tiada didalam peti lama itu. Sekian kali, aku mengeluh lagi. Tak apalah ayah. Minum ajelah air yang Haidar beli tadi.

"Terima kasih, nak," ucap ayah apabila air berperisa kopi itu disambut olehnya. Aku senyum tipis sebelum mengeluarkan barang-barang yang akan aku gunakan untuk memasak kali ini. Mee goreng mamak menjadi menu untuk kali pertama aku memasak setelah sekian lama aku tidak menyentuh peralatan dapur rumah ini.

Sedang asyik memasak sambil berbual kosong dengan ayah, tiba-tiba ayah memanggil ku. Aku menyahut panggilan itu tetapi tidak memalingkan badan, menghadapnya.

"Ada orang call ni," kata ayah. Aku menutup api setelah semuanya selesai. Ayah aku dekati lantas telefon dihulur kepadaku. Seketika aku kaku lagi.

Fawwaz? Apa lelaki ini nak setelah mengamuk tadi? Jangan kata yang dia mahu ungkit tentang hal tadi. Aku sudah penat.

"Apa kau nak?" tanyaku sekadar berbasa basi. Aku hanya mempamerkan riak biasa meski hati sudah berdegup kencang.

"Busy, huh?" sindir Fawwaz. Fck! Fck! Fawwaz dihujung talian bagai tidak mahu berhenti tarik tali dengan ku.

"Can't talk right now, boss?" sindirnya lagi. Aku pejamkan mata seketika. Fawwaz... kau cabar aku!

[ON HOLD] INFERNO HEARTSWhere stories live. Discover now