BAB 08

37 19 4
                                    

SOFA itu aku duduk. Disandarkan badan sebelum didongakkan memandang siling rumah berukir bunga itu. Tertekan apabila teringat akan perbualan antara aku dan Fawwaz pada siang tadi.

Wajah diraup hingga ke rambut. Rambut yang mula panjang aku pegang sebelum ditarik ke hadapan muka. Rambut di depan sudah menyamai bibir. Aku kuak rambut ke belakang setelah sudah mengambil ukuran... kononnya.

Tangan aku rehatkan pada sofa berangkai dua itu. Keluh aku hembus perlahan. Segenap ruangan tamu itu aku tilik, tiada alasan. Ayah sudah meminta izin untuk rehat setelah selesai makan malam tadi. Biarlah orang tua itu rehat. Lagipun sudah lewat. 12 malam.

Entah kenapa, aku pula yang berasa segar pada waktu-waktu sebegini sedangkan siang tadi, banyak peluh ku menitik dek membersihkan halaman rumah. Mungkin kerana mindaku masih mengerah tenaga untuk berfikir hal yang tak sepatutnya.

Pintu aku tuju setelah bangkit dari duduk. Dibuka lantas aku melangkah keluar sebelum ditutup kembali. Kereta dituju sebelum dibuka kunci yang memang sedia ada di tanganku sedari tadi. Sekotak rokok dan mancis aku ambil sebelum ditutup lantas kereta dikunci semula.

Seingat aku, tidak jauh dari sini ada sebatang sungai yang mengalir terus dari air terjun di hujung kampung. Langkahku terus dibawa ke sana. Ayah? Tak apa. Kalau ayah mahukan apa-apa, aku sudah sediakan dan kalau ayah risau, aku bawa telefon.

Pandangan dipenuhi dengan kawasan air sungai yang mengalir perlahan. Cantik, masih macam dulu.

Dari batu ke batu, aku langkah sehingga ke sebuah batu yang agak besar dan tersorok dari yang lain. Tempat diambil lantas punggung dilabuhkan di situ. Sekeliling tempat itu aku pandang. Rindu juga pada tempat ini meski tempat ini jugalah yang menyebabkan terhasilnya parut di dadaku sekarang.

Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak lantas dibawa ke bibir. Aku menyalakan api di hujungnya sebelum disedut rokok itu. Sambil menilik sungai itu, aku menghembus asap rokok tersebut.

Tidak lepas sungai itu aku lihat. Indah yang tak terkata. Lagi-lagi apabila waktu malam menjelma.

Dikosongkan kaki yang bersarungkan selipar lalu diletakkan di sisi sebelum perlahan ku sentuhkan kaki dengan air yang mengalir tenang itu. Sejuk tetapi hangat dalam masa yang sama. Ke aku aje yang rasa macam tu?

Nafas ku hela tenang. Kedua-dua belah kaki sudah tenggelam di dalam air sungai itu namun tidaklah dalam. Sekadar bawah betis sahaja. Jangan risau. Sudah ku sinsing seluar sehingga bawah lutut.

Tangan naik menguak rambut. Serabut juga apabila asyik bermain berdekatan mata. Kadangkala menjamah permukaan mata sehingga mendatangkan pedih yang jika boleh, tidak mahu aku panggil tetapi begitulah. Nak potong, malas.

Badan ku tundukkan, ingin membasahkan tangan. Lantas rambut ku kuak dengan tangan yang basah. Alasannya hanyalah kerana aku tidak mahu rambut itu jatuh menutupi dan mengganggu wajahku lagi. It's so fcking annoying!

"Haidar?"

Seketika aku tersentak apabila satu suara seakan menyeru nama aku menyapa pendengaran. Kepala diteleng ke kiri sebelum diangkat kerana kedudukannya yang berdiri. Tanpa sedar, keningku bertaut.

"Hannah?"

+++

"DON'T worry lah. Aku boleh handle," yakin Fawwaz. Aku hela nafas panjang sebelum mengiyakan sahaja. Hati aku tak tenang sekarang. Lagi-lagi bila dapat mesej daripada salah satu anak buahku memberitahu bahawa markas diserang. Shit! You don't know how much money I spent to build that base!

Panggilan diputuskan oleh ku sepihak. Sekeliling ku pandang, mengharap agar segala rasa kusut yang mula membalut jiwaku berlalu pergi.

Baru aku mahu bangkit untuk ke dapur, mataku disaji sebuah kereta Honda City merah yang mula memasuki kawasan rumah. Sebelah kening diangkat, keliru. Siapa pula ni? Kawan ayah ke?

Aku berdiri lantas tangga kecil itu aku turun. Selipar disarung tanpa mengalihkan pandangan dari memandang ke arah kereta mewah berwarna merah itu. Huh, my car is way more expensive!

Pintu belah pemandu dibuka namun pemandunya masih belum menunjukkan diri. Takkanlah aku kena bentangkan karpet merah dulu baru kau nak keluar? Cukuplah kereta kau pun dah merah menyala macam nak suruh terkeluar biji mata.

Aku tidak menunggu lama. Selipar ku cabut semula sebelum tangga aku daki untuk masuk. Niat dihati mahu sahaja kunci terus pintu. Tak payah bagi tetamu tak diundang itu masuk. Datang sekadar mahu menunjukkan kereta merah tu aje. Baik balik ajelah. Tak ada orang layanlah setakat kereta brand tu. Eh, kejap. Asal aku emo semacam? Datang bulan ke?

Rumah aku masuk tanpa menoleh ke belakang walau sekejap. Meja kopi di ruang tamu menjadi tujuan sebelum diletakkan kunci kereta yang entah kenapa aku ambil tadi.

"Siapa datang tu?" Soalan ayah berjaya membuatku terkejut. Terhinjut bahuku sedikit sebelum pantas tubuhku dibawa menghadapnya. Dahi ku kerutkan sedikit. Tangan naik menyentuh dada yang berdegup sedikit kencang itu.

"Ayah! Terkejut Haidar," kata aku sehingga mendatangkan senyuman di bibir pucat ayah. Ayah memohon maaf sebelum berlalu ke halaman rumah bagi menyambut kedatangan tetamu tak diundang tadi. Langkahku turut ku atur mengikuti langkah tua itu.

"Assalamualaikum, Pak Cik Hashim."

Entah kenapa, suara lembut itu bagai pernah aku dengar baru-baru ini. Ke bayangan aku aje?

"Waalaikumussalam. Marilah berteduh dulu. Panas tu!" balas ayah bersama aluan. Aku berkerut dahi lagi sekali. Kenapa tak ajak naik aje? Kan lebih mudah nak berbual. Seusai aku tiba disamping ayah, mataku terpana seketika. Oh shit! That's really her!

"Hannah ada belikan barang sikit untuk Pak Cik Hashim." Wah, boleh gila aku! That's her! That's really her!

Hannah berjalan mendekati ayah yang sudah turun ke pangkin bersama beberapa plastik barang di kedua-dua tangan kecilnya. Damn! I wanna hold her hands so fcking bad!

"Ya Allah, tak usah susah-susahlah, anak oi!" Ayah menolak namun disambut jua. Hannah tersenyum sehingga menampakkan susunan gigi putihnya. Aku masih ingat dengan jelas how Hannah is. Lagi dilarang, lagi dia akan buat. Jenis tak makan saman!

"Wait. Am I miss her?" Bagai tersedar dari lamunan, aku bertanya diri sendiri. Did I? But why? The reason is?

Seperti yakin bahawa aku takkan dapat menjawab soalanku sendiri, langkah ku buka menuju ke pangkin dimana ayah dan juga Hannah berada. Sempat aku menangkap gelak ketawa mereka silih ganti. Hannah seorang yang kuat menyakat. Bagaimana aku tahu?

"She was my home," ucap ku entah ikhlas atau tidak, sekadar aku sahaja yang dengar. Tetapi kita tak tahu apa yang hati kita kata. Takut jika mulut kata lain, hati kata lain. Sekejap. Hati kata... lain?

[ON HOLD] INFERNO HEARTSWhere stories live. Discover now