BAB 03

49 27 6
                                    

PERIH masih terasa meski sudah dua hari berlalu. Ngilu terasa apabila makanan ditelan paksa. Aku hembus keluh. Sudu dan garfu diletak lalu ditolak pinggan ke tengah. Hilang selera setelah suapan ketiga namun tetap sama. Sakit.

"Sakit lagi ke? Aku ambilkan ubat kejap." Fawwaz bangkit bagi mengambil ubat di dalam biliknya. Aku sandarkan badan pada kerusi kafe itu. Sepatutnya Fawwaz menyuruh aku untuk makan di dalam bilik sebab dia risau. Katanya,

"Kau belum sembuh sepenuhnya. Aku takut kau sakit bila jalan nanti."

Begitulah. Fawwaz dan risau bagai isi dengan kuku. Tetapi dia menjaga seorang Haidar Eskandar yang keras kepala, tidak ubah seperti batu. Memerlukan sesuatu yang istimewa untuk menghancurkan batu itu.

Telefon bimbit aku capai. Tanpa menghidupkannya, aku tilik hujung dahiku, berdekatan anak rambut. Garis luka masih tersemat disitu. Tiba-tiba fikiranku menerawang ke kejadian yang berlaku 13 tahun lalu.

Aku terteleng ke kiri. Bibir yang baru ingin sembuh kembali berdarah. Aku meringis perlahan. Air mata mahu mengalir namun ku tahan. Aku tak nak kena pukul lagi. Sakit! Ya Allah, sakit!

"Kau memang tak guna! Aku suruh beli barang dapur, bukan beli perempuan!" jerit ayah tepat di hadapanku. Tanpa menunggu penjelasan ku, tumbukan dilepaskan lagi di pipi kanan ku. Lagi sekali aku terjatuh. Ya Allah, dengarlah aku! Sakit!

Aku memang beli barang-barang dapur! Aku cuma tolong perempuan tu! Perempuan tu sakit! Salah ke tolong orang yang memerlukan? Hati berusaha untuk bersuara namun hormat kepadanya masih menguasai.

"Kau bangun, budak! Lepas satu, satu masalah datang! Menyesal aku tak bunuh kau masa kecil dulu!" marah ayah lagi. Aku tak tunggu lama. Matanya aku pandang tepat.

"Bunuhlah! Bunuh. Biar Haidar mati... Kalau itu boleh gembirakan ayah dan ibu." Aku berkata berani. Ayah kelihatan tegang. Mungkin kerana ini kali pertama aku melawan katanya.

Tidak menunggu lama, satu lagi tumbukan dilepaskan tapi dapat aku rasakan bahawa tumbukan ini lebih kuat dari yang tadi. Aku dah naikkan amarah ayah... Aku dah naikkan amarah ayah!

"Kau memang nak kena kan, budak?! Kau sini!"

Aku dirangkul erat sebelum berkali-kali tumbukan dihayun ke arah aku tanpa aku lawan walau sekali. Hanya menerima sehingga yang terakhir. Sepakan diberi sehingga membuatkan aku terdorong ke tangga di belakang. Aku mencuba menstabilkan diri namun tidak berjaya sehingga aku terjatuh. Pedih menyengat di kepala sebelum aku sedari bahawa luka sudah terbentuk di hujung dahi.

Mata sudah berpisat namun aku bangkit apabila ayah memaksa. Ya Allah, Kau kekalkanlah rasa kasih dan sayang dalam hatiku untuk mereka...

Oh, aku ingat. Kesan terkena bucu tangga. Tak sangka akan tinggal parut. Rambut yang menutup dahi aku kuak ke atas. Aku tak suka dahi aku terlindung dengan rambut atau apa-apa sekalipun. Biarlah orang tengok 'keistimewaan' yang sebilangan kecil aje yang ada dan aku salah satunya.

Makanan yang dihidangkan untukku aku renung. Nak makan! Ditahan hasrat tetapi tidak berjaya apabila tangan sudah naik memegang garfu tanpa aku sedar. Eh, aku tak perasan pun!

Roti bakar yang sudah disapu jem itu dipotong kecil sebelum disua ke mulut. Argh, aku nak makan! Setelah dikunyah, aku telan dan terus terasa perih. Shit, it's hurt!

Pantas aku turunkan tangan, meletak garfu. Niat untuk menghabiskan makanan sudah hilang. Tak apalah kalau macam ni. Aku lebih rela minum aje meski sakit juga namun tidaklah sekuat makan.

Hati sudah menangis apabila kopi kepunyaan Fawwaz menyapa pandangan. Nak kopi! Aku merengek kecil. Kalau tidak diingatkan bahawa aku sakit, sudah lama kopi itu aku minum. Well, we don't know the ingredients in that coffee.

Baru aku mengangkat kepala bagi mencari Fawwaz yang bagai hilang seusai berlalu tadi, aku disapa seseorang. Pantas aku memandangnya yang berdiri di sisi meja.

"Excuse me, sir? Can I sit here?" tanyanya. Aku hanya mengangguk. Tak apa kan jika dia duduk di tempat Fawwaz? Biarlah. Sepertinya Fawwaz akan mengambil masa yang lama untuk kembali.

Aku pandang perempuan yang sudah berada di hadapanku saat ini tetapi tidak lama sebelum terhala semula ke makanan yang aku mahu makan tetapi tak boleh kerana sakit yang menyinggah.

"Urm... Can I ask you some things?" tanyanya memecahkan hening. Aku mengangkat wajah malas memandangnya sebagai jawapan. Mataku redup kan sekadar mahu. Sebenarnya aku malas mahu menjawab apa-apa soalan. Dahlah perempuan ni mahu menanya 'some things'. Banyaklah maksudnya.

Dapat aku lihat lehernya yang naik turun, mungkin menelan liur sebelum melanjutkan pertanyaannya. Ingat aku kisah ke? Yang aku kisahkan sekarang adalah tentang Fawwaz. Manalah budak ni menghilang? Ambil ubat ke buat ubat?

Aku kembalikan pandangan ke arah layar gajet yang menyala setelah beberapa saat perempuan itu kembali diam. Seketika kemudian, dapat aku dengar dehaman sebelum butir bicara pula.

"Actually... Can I know about your wounds?" tanyanya berhati-hati, takut jika mengena sensitif ku mungkin. Aku angkat pandangan kembali. Pandangannya aku sambung intim. Kenapa tiba-tiba aje perempuan ni tanya tentang luka-luka aku? That's sus.

Tidak mengeluarkan suara, sebelah keningku diangkat. Cukuplah menyuarakan balasan ku. Terkejut dengan jawapan ku mungkin, iris perang gelapnya bergerak tidak tentu arah. Sometimes to the left, sometimes to the right. It look so fibrous.

Bagai tergugat dengan gerak-geri mata itu, tangannya yang bebas aku gapai sehingga menyambungkan kembali pandangan kami. This is what I want.

"What do you want, mia hermosa?" Aku bersuara.

Dia tersentak.

+++

AKU kerling sekilas. Senyum aku tahan agar Fawwaz dihadapan tidak perasan. Entahlah, tiba-tiba pula rasa bersyukur apabila Fawwaz tiba lewat meski rasa sedih juga setelah lelaki itu tiba tidak lama setelah kami mulai selesa... Kami selesa? Kami? Selesa? Hahaha lawaklah kau, Haidar. Entah-entah aku sendiri aje rasa. Berharap lagi. Hah...

Fawwaz yang sedang berborak dengan salah seorang investors hotel kami aku pandang sekilas dua sebelum dikerling lagi ke tempat yang sudah menjadi favourite buat masa sekarang kerana si dia berada di situ. Mengindahkan lagi tempat yang sudah indah. Is this how it feels when you fall in love? Wait- Am I in love?

Fawwaz aku pandang. Langsung tidak terganggu. Investor itu juga. Sama-sama kelihatan tidak terganggu. Mujurlah mereka tidak perasan akan mataku yang sudah nakal memandang ke arah sesuatu yang indah tercipta.

Cuma, aku hanya mahu menjelaskan sesuatu. Aku sedar, aku tidak mencintai atau menyukainya tetapi hanyalah selesa. Iya, aku hanya selesa. Sekadar nafsu yang mahukan lebih. Itu sahaja.

Aku hembus nafas perlahan. Harap semua yang aku fikirkan benar. Aku hanya selesa.

"How, sir? Do you approve it?" Soalan daripada invenstor itu menyedarkan aku kembali. Ke arah tujuan kenapa Fawwaz boleh berada di hotel ini. Sebenarnya, Fawwaz sedang mengendalikan sidang pembicaraan tentang hotel kami yang akan berlangsung tidak lama lagi. Jadi, para pelabur utama haruslah bercampur tangan dalam hal ini jika mahu yang terbaik nanti.

Aku hanya mengangguk, seakan faham akan segalanya sedangkan tidak. Fck you, girl. You made me miss everything.

"So, that's all for today I think. I hope everything will be okay later," akhir Fawwaz seusai bangkit dari duduk. Mereka berjabat tangan dan tidak lupa juga aku. Senyum diberi oleh Fawwaz kepada invenstor itu dan dibalas olehnya. Senyum tipis aku beri. Bibirku masih sakit untuk senyum lebar. Macamlah lebar sangat aku senyum sebelum ni.

"Hah... Five days more before all of this end," kata Fawwaz penat setelah kerusi itu didudukinya kembali seusai investor itu berlalu pergi. Aku turut duduk kembali. Memang penat untuk uruskan dua kerja dalam masa yang sama. Kejap, dua ke lebih? Semalam tu apa?

"Aku rasa, ada benda lebih besar yang kau perlu handle," ujarku, berjaya menarik perhatiannya. Tegak badan lelaki itu seperti mahu membantah namun ditahan.

"Apa pula?" tanya Fawwaz dengan keluhan. Aku betulkan kedudukan sebelum aku sambungkan pandangan.

"Marco dah jumpa aku."

[ON HOLD] INFERNO HEARTSWhere stories live. Discover now