BAB 05

43 22 5
                                    

BANGKU aku tuju. Pantas aku melabuhkan duduk di situ apabila rasa kebas di kaki semakin menyengat. Setelah dua puluh minit aku terpaksa berdiri, akhirnya kesesakkan lapangan terbang itu semakin berkurang. Dapatlah aku menikmati nikmat dunia buat sementara waktu.

Badan disandarkan lantas tangan naik memeluk tubuh. Beg bagasi diletakkan dekat denganku. Fawwaz tidak dapat menghantar aku buat kali ini tetapi itu bukanlah halangan untukku. Biarlah dia selesaikan dahulu semua kerjanya. Selepas itu, barulah masuk campur hal aku.

Aku pejamkan mata dek kantuk yang terasa. Jika mahu katakan yang aku tidur lewat semalam, tidak. Baru menginjak 11 malam, aku sudah diulit mimpi yang tidak bisa aku khabar. Mungkin kerana bosan yang melanda. Hah... Boleh jadi itu alasannya.

Setelah beberapa minit berlalu, aku berlalu apabila penerbangan ku dipanggil. Setelah semuanya selesai, kapal terbang itu menjadi tujuan langkahku.

Bagasi diletakkan di dalam compartment lantas seat aku duduk. Perjalanan akan makan dalam sehari dari San Diego ke Kuala Lumpur. Lebih baik aku pejamkan mata, menyambung rehat yang tergendala. Mujur juga Fawwaz ambil business ticket. Lebih selesa dari yang lain.

"Hah..." Aku hembuskan nafas lelah setelah badan selesa bersandar pada kerusi. Selesa yang amat meski sekadar airplane seat. Cukuplah untukku lena.

Tanpa sedar, mata terpejam dan terus aku terlelap tanpa sempat aku maklumkan kepada Fawwaz.

+++

AKU melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA2. Hangat! Itu reaksiku apabila aku sudah menjejakkan kaki di negara kelahiran aku. Aku suka suasana ni.

Bagasi dirapatkan denganku. Baru nombor pembantuku didail, namaku dipanggil dari tepi. Aku palingkan wajah, memandang pembantu peribadiku di bumi Malaysia ini. Aku hela nafas. Mahu marah namun aku sabarkan sahaja. Lewat!

"Sorry, boss. Jalan jammed tadi," ucapnya. Aku hanya mengangguk malas sebelum tangan dihulur.

"Key. I wanna drive," kataku dan langsung kunci kereta diberikan kepadaku. Bagasi aku bawa walaupun pembantu peribadiku sudah mempelawa untuk membawanya untukku namun aku tidak mahu. Ini beg aku, biar aku yang bawa.

Kereta hitam berjenama Audi RS7 itu aku tuju. Tahulah aku bahawa kereta itu milikku. Tengok sahaja nombor plat kenderaan itu. H 9421 E. Indah terukir. Kunci dibuka lantas pintu tempat pemandu aku buka. Dibuka bonet bagi meletakkan bagasi lantas aku memasuki kereta. Hanya aku seorang yang akan menghuni kereta ini sehinggalah ke destinasi yang sebenar.

Tanpa menunggu lama, kereta itu aku pecut membelah jalan raya yang sesak. Pandangan ku fokuskan kepada jalan walaupun fikiran melayang memikirkan reaksi mereka nanti. Terkejut... atau,

"Tersayang?" soalku sendiri sebelum tergelak sinis. Lawak kau ni, Haidar. Kalau mereka sayang kau, tak akan ada semua ni. Kau takkan senang macam ni. My toxic traits say I should throw them away but I will not.

"Because I loved them." Pedal ditekan meski kereta sudah laju menyelurusi jalan. Sebab aku sayang mereka.

+++

BREK ditarik. Kereta diparkirkan di bahu jalan kecil itu. Susah nak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ini. Pandanganku dipenuhi dengan kawasan rumah ibu dan ayah yang jelas menunjukkan perbezaan.

Enjin aku matikan sebelum kunci ditarik keluar. Pintu dibuka lalu perlahan aku membenarkan matahari menyentuh seluruh tubuhku. Rumah itu aku pandang, tidak berubah arah.

Aku mengeluh perlahan. Rumah itu tidak ubah seperti rumah terbiar lama. Kawasan yang dipenuhi semak belukar, rumah yang luntur warnanya, kereta ayah yang tersadai di bawah rumah. Sungguh! Aku tak sangka yang aku akan disajikan dengan semua ini.

Tanpa mengambil bagasi, aku melangkah ke rumah. Penuh berhati-hati langkahku dibawa, takut jikalau terpijak apa-apa yang bakal mencederakan. Sampai aje tepat di hadapan rumah itu, aku pandang sekeliling. Tangga juga aku kerling. Kayunya terlihat rapuh. Jika dipijak, kemungkinan besar untuk runtuh.

Dengan membuka langkah besar, aku melangkah naik ke atas pangkin rumah. Risau juga terasa. Risau jika aku akan menghancurkan pangkin rumah ini. Nampak gayanya, cuti ku akan dipenuhi dengan renovate rumah ini.

Seketika aku teringat. Patutlah rumah ini bagai berantakan. Dahulu, hanya aku yang menguruskan kawasan dalam dan luar rumah. Hanya aku yang menebas semak samun, bukan ayah. Hanya aku yang mengemas rumah, bukan ibu. Hah... Patutlah. Besar juga impak yang aku tinggalkan.

Pintu kayu itu aku pandang lama. Nafas dihembus perlahan sebelum tangan naik mengetuk pintu itu. Tiga kali namun tiada sahutan. Aku mengetuk pintu itu untuk beberapa kali lagi namun masih tiada sahutan. Nafas ditarik sebelum dihembus, sekadar mahu mencari keyakinan yang tiba-tiba menghilang. Mungkin kerana rasa sakit yang mula menyeliputi hati aku kembali setelah lama aku buang.

Klek

Aku memulas tombol pintu itu. Aku mengharapkan sesuatu yang boleh membuatkan aku sedar tentang semuanya dan ya. Aku disajikan dengan sesuatu yang berjaya membuatkan aku sedar tentang tanggungjawab aku sebagai seorang anak kepada ibu bapanya.

Dapat aku lihat bahawa ruang tamu itu bersepah walaupun keadaan rumah itu gelap bagai tiada penghuninya. Tadi, aku perasan yang selipar yang selalu ayah guna masih ada terletak di tangga. Mungkin ayah tidur... dengan keadaan rumah macam ni? Mana ibu? Sepatutnya, tanggungjawab ibu juga untuk mengemas rumah jika bukan aku. Ayah juga sepatutnya membantu mengemas rumah kerana aku sudah tiada untuk membersihkan semua ini. Sumpah! Mereka benar-benar mengharapkan aku semata!

Tanpa membuang kasut, aku melangkah masuk ke rumah. Jika mahu marahkan aku kerana hal itu, aku ada jawapan. Aku tidak mahu terluka kerana terpijak apa-apa yang tajam. Habuk juga tebal dan hal itu boleh mengotorkan kaki aku. Bila semuanya sudah aku bersihkan, aku akan bawa kasut ini ke luar semula.

Aku memerhati segenap ruangan tamu yang sentiasa menyaksikan darah aku menitis. Entah mengapa, rasa sakit semakin menjalar di lubuk hati. Sakit!

"Haidar..."

Aku memusingkan badan apabila suara seakan ayah menyapa pendengaranku. Bagai mahu rebah, aku dapatkan tubuh kurus ayah. Seketika bau yang tidak menyenangkan menyengat indra bau ku. Yang aku pasti, bau itu datang dari tubuh ayah.

"Haidar... Ni... Haidar ke? Anak... ayah?" soal ayah bagai tidak percaya dengan kemunculan ku. Seperti dihentam beribu batu, aku teringat tuhan. Ya Allah, betapa besarnya tanggungjawab yang telah aku biarkan tanpa ada rasa kasihan. Kau ampunkanlah hamba-Mu yang penuh dosa ini, Ya Allah.

"Y-Ya, ayah... Ni, Haidar... A-Anak ayah..." jawabku, menahan sebak didada. Benarlah kata Fawwaz. Sebenci-benci aku kepada mereka, kasih dan sayang masih aku tanam di dalam hati untuk mereka. Kerana aku sedar, sesungguhnya merekalah yang telah membesarkan aku sehingga aku dapat melihat dunia yang sementara ini.

"Ayah... minta maaf, Haidar... Maafkan ayah, nak..." Aku menggeleng. Tubuhnya aku pimpin sehingga ke sofa yang sudah kotor keadaannya. Tak apalah, setakat untuk duduk buat sementara waktu, tiada masalah untukku mahupun ayah.

"Ibu mana, yah?" soalku apabila dirasakan suasana sudah mulai membaik. Dapat aku lihat, reaksi ayah berubah sebelum menjawab jua soalanku.

"Ibu dah tinggalkan ayah..."

Seketika aku tersentak. Ibu tinggalkan ayah? Sejak bila? Maksudnya... Selama ini, ayah seorang diri di rumah ini tanpa peneman walau seorang? Ya Allah, aku bersalah!

[ON HOLD] INFERNO HEARTSDonde viven las historias. Descúbrelo ahora