BAB 09

32 14 1
                                    

HARI ini sudah masuk dua minggu sejak aku menjejakkan kakiku kembali di tanah airku. Mataku gosok seraya kaki melangkah ke dapur apabila bau aroma yang harum menyergah rongga. Semalam aku tidak dapat lena. Fikiranku terlampau kusut memikirkan masalah di San Diego sana.

Aku menghentikan langkah seketika. Jam yang tergantung di dinding aku lihat dengan mata yang dikecilkan bagi memfokuskan lagi. Sudah jam 1 petang. Lewat betul aku bangun. Semalam aku tidur pukul berapa?

Kain nipis bercorak flora yang menjadi perantaraan antara ruang tamu dan dapur aku selak. Masih aku cuba untuk pulihkan pandangan yang kekal kabur dek kantuk yang tidak mahu menghilang. Kalau tidak hiraukan lapar yang menyerang, sudah lama katil itu tidak aku tinggalkan.

Figura kecil bertutup kepala menyapa pandangan. Bila masa ayah pakai tudung?

"Ayah?" panggil ku apabila terasa seperti kehadiran ku bagai tidak disedarinya. Ku harapkan ayah yang menjadi santapan namun aku silap.

"Hannah."

"Awak dah bangun? Makanlah. Saya dah masak." Riang sahaja gadis itu bersuara bagai tidak tergugat akan apa-apa. Takkanlah dia dah tak ingat tentang tu?

"Haidar?"

Seketika aku tersentak apabila satu suara seakan menyeru namaku menyapa pendengaran. Kepala diteleng ke kiri sebelum diangkat kerana kedudukannya yang berdiri. Tanpa sedar, keningku bertaut.

"Hannah?"

Hannah kelihatan terkejut apabila aku pantas berdiri di hadapannya. Beza tinggi yang cukup ketara. Puntung rokok sudah ku buang awal-awal. Drastik gadis itu mengangkat wajah memandang aku yang turut memandangnya. Is this really my Hannah? My old Hannah?

Seketika aku tersedar tatkala Hannah mula mengambil beberapa langkah mundur menjauhiku. Tidak lepas walau sedetik tautan mata aku dan dia. Entah mengapa rasa tidak senang mula menyerang hati. Terus kakinya aku pandang dan mataku terbuka luas.

"Argh!"

Drastik aku sambut tubuhnya yang hampir jatuh ke dalam air sungai yang dingin itu. Disangka bahawa aku sempat untuk menarik dirinya ke atas namun tidak malah aku juga turut terjatuh ke dalam air sungai itu.

Dengan pantas aku menarik tubuhnya merapat ke arahku. Dingin air mula terasa di segenap tubuhku dan aku yakin tubuhnya juga.

Dalam air sungai itu hampir membawa kami ke dasar namun pantas aku berenang ke atas. Syukur apabila udara dapat aku hirup kembali. Mataku tidak lepas dari memandang wajahnya yang sudah mulai berubah pucat. Pelukan aku kemaskan. Sedaya upaya iris ku mencari iris nya.

Tangannya naik meraup wajah yang basah. Sesungguhnya kami sudah basah sepenuhnya. Pisat matanya membalas panahan mataku. Dengan jelas dapat aku rasakan. She's scared.

"H-Haidar... S-Saya takut..."

Tangisannya pecah jua apabila butir bicara itu ditutur. Semakin ku rapatkan dirinya denganku sebelum tanganku naik mengelus hijab yang menutupi kepalanya. Fck! I forgot she was traumatized by water!

Penjuru batu yang tajam aku pegang apabila hanya batu itu yang paling hampir denganku manakala tangan kananku memeluk erat tubuhnya sebelum ditarik mendekati batu itu. Dapat aku rasakan perih mula menyengat permukaan tanganku. Bibirku mula mengeluarkan ringisan perlahan apabila air sejuk sungai itu mengenai luka yang baru terhasil. Dengan pantas aku merapati daratan.

Tubuh Hannah ditukar ke tangan kiri sebelum ku gagahkan sebelah tanganku untuk membolehkan tubuh kami dapat naik di atas batu yang agak tinggi. Tubuhnya aku dudukkan di atas ribaku setelah selamat naik dari air itu. Hannah masih kekal bersandar bersama sedu yang masih ada meski sudah perlahan. Hannah, you make me want you again..

Tangan kiri yang terluka aku tilik sekilas. Boleh tahan panjang juga. Aku ukir senyum puas sebelum fokus dituju ke arah gadis yang masih setia di atas ribaku saat ini. Perlahan aku dekatkan bibirku dengan kepalanya sebelum dicium ubun yang berbalut kain yang sudah basah itu. Lama.

"Saya tak nak, Haidar... Saya tak..."

"Shh. I'm with you," cantasku apabila terdengar getaran di dalam suara itu. Aku tahu dia ingat kisah hitam tu balik. Aku tahu tapi aku tak nak dia menangis lagi. Aku tahu, dia trauma. And I know everything about her because I loved her once.

Bibir ku jauhkan lalu tangan kanan naik menggosok belakang tubuhnya. Tangan yang terluka aku lekapkan di kepalanya sebelum ditarik agar masuk ke ceruk leherku. Biarlah dia tenang dahulu.

Sedikit pun aku tak beralih dari memandang figuranya yang bagai tidak boleh duduk. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Aku yang lihat pula berasa penat.

"Duduk," arahku buat sekian kalinya. Hannah seperti tidak terganggu, menyambung setiap kerja-kerjanya.

"Kejaplah. Saya nak susun pinggan sikit," jawabnya tanpa memandang ke arahku walau sekejap. Pantang betul aku kalau orang tak pandang aku masa aku pandang dia. Nak aku mengamuklah tu?

Geram menunggu, aku bangkit lantas dirinya aku dekati. Lengannya yang berlapis baju itu aku dapatkan. Serta merta gadis itu kaku. Laju Hannah memandang aku yang memang tidak putus memandangnya.

"What did I say?" soalku dengan mata memanah tajam ke dalam iris perang terang miliknya. Hannah bagai kelu. Bibir merah delimanya bagai mahu mengutarakan sesuatu namun disekat.

"And what do you reply?" Aku kemaskan pegangan seusai soalan itu diputar. Dahi gadis itu sedikit berkerut, cukup memberitahuku bahawa tindakan ku sudah membuatkan sakit menyerang diri. Tanpa terkesan sedikit pun, aku kekalkan pegangan malah dikemaskan lagi.

"H-Haidar... Sakit..." ujarnya bersama ringisan di hujung ayat.

Aku putar bola mata ke atas apabila gadis itu mula memutuskan tautan kami sebelum lengannya yang masih berada di dalam genggaman ku membolehkan aku menarik dirinya mendekat denganku. Terbuntang luas matanya memandang aku.

Wajah aku rapatkan dengannya. Aku berhenti setelah tinggal beberapa inci sahaja yang tersisa antara bibir kami. Hannah sudah menutup rapat matanya. Senyum sinis terukir di bibirku sebelum aku dekatkan bibirku dengan telinganya.

"I don't like when people don't look into my eyes when I'm into theirs," bisikku tepat di tepi telinga. Aku terus menjauhkan wajah daripadanya sebelum dilepaskan juga pegangan sebentar tadi. Meja dapur yang terhidang makanan aku tuju. Sinis ku ukir sebelum kerusi ku duduk. Kelihatan Hannah masih kaku di situ. Did I surprise you, mia luna?

"Come. Accompany me," arahku. Hannah terus mendapatkan aku setelah tersedar dari lamunan... mungkin?

Aku tahan senyum apabila kelam kabut sahaja dia menyodok nasi lantas diletakkan di atas pinggan sebelum diberi kepadaku. Aku tundukkan kepala seraya tangan naik menggosok leher apabila senyuman yang ditahan semakin melebar. Terasa juga kesat kain kasa apabila menyentuh permukaan leher. Oh, Hannah yang rawat luka aku!

"Hurm... Awak nak apa-apa lagi?" soal Hannah perlahan, segan kedengaran juga. Oh, I see! Hannah malu tentang tadi! Pelbagai idea nakal datang sebelum pandangan ku sambung dengannya intim.

"I want you, can I?" Hannah terkaku sekian kali. Aku ukir senyum sinis.

+++

LUGGAGE besar itu aku angkat lantas diletakkan ke dalam bonet kereta. Ayah yang berada di pangkin aku dekati. Sudah berubah raut tua itu apabila aku mengata hasrat ku untuknya.

"Ayah, janji dengan Haidar, okey? Ayah jaga diri ayah. Jangan buat kerja yang berat-berat. Ayah kena dengar kata Haidar. Faham?" pesanku sebelum dibalas anggukan lemah daripada ayah. Tubuh ayah aku bawa ke dakapan, melepaskan rindu yang bakal bersarang di lubuk hati nanti.

"Haidar sayang ayah," ucapku jujur, dari hati.

[ON HOLD] INFERNO HEARTSWhere stories live. Discover now