"Baik, tuan!" Serentak mereka bertiga melaung.

"Ryan, lepas ni kau nak pergi mana?" soal Fathi selepas mereka keluar dari bilik Mejar Jeneral Adnan. Mereka berjalan menuju parking kereta.

"Aku nak balik rumah family aku dulu. Dah lama aku tak jumpa diorang. Rindu aku dekat diorang" kata Aryan lalu tersenyum segaris. Fathi mengangguk faham.

"Malam ni jadi tak jumpa dekat tempat biasa- akh!" Fathi mengerang kesakitan apabila kepalanya dipete Haniff.

"Kau tak berubah-berubah lagi kan? Sampai bila korang berdua nak pergi tempat macam tu? Jangan sampai aku sendiri yang humban korang masuk dalam lubang kubur." Tegas Haniff. Berkerut dahi Haniff. Aryan sudah menundukkan kepala. Boleh tahan pedas ayat Haniff.

"Relaks lah, Niff! Aku gurau je pun. Lagipun ada masa lagi nak bertaubat. Kalau kitorang mati masa berperang, kan dah dikira mati syahid. Masuk syurga free lagi. Betul tak Ryan?" Sengaja Fathi memancing nama Aryan. Aryan berpura-pura tidak dengar.

"Itupun kalau kau mati masa berperang. Kalau kau mati luar misi, kau ingat malaikat izrail nak tunggu kau bertaubat? Silap-silap malaikat tendang kau masuk dalam neraka terus. Kau nak?" Fathi dan Aryan menggaru kepala yang tidak gatal sambil memandang ke arah lain. Memang tiada siapa berani melawan kalau Haniff dah sentuh soal agama.

"Aduh, pak ustaz ni- akh!" Sekali lagi kepala Fathi dipete Haniff. Aryan cuba menahan ketawanya atau dia juga akan dipete Haniff.

"Jumpa kau minggu depan, Ryan" kata Haniff sebelum pergi menyambung latihannya di lapang sasar. Haniff dan Fathi hanya pergi mengambil Aryan di lapangan terbang.

Fathi masih lagi statik di situ. Dia masih tidak berpuas hati dengan Haniff.

"Dia ingat aku takut sangat dengan dia? Kalau aku tumbuk muka dia sampai ke langit ketujuh" kata Fathi setelah memastikan Haniff telah pergi jauh daripada mereka.

Aryan menepuk bahu Fathi beberapa kali sebelum dia juga pergi. Berani lah sangat nak tumbuk muka Haniff. Baru kena pete dah terdiam inikan nak bertumbuk.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Kereta range rover evoque milik Haniff meluncur ke dalam rumah agam Dato Mustafar. Aryan meminjam kereta Haniff memandangkan sudah lama dia tidak balik ke Malaysia.

"Abang! Anak kita dah balik!" jerit Datin Katrina sebaik ternampak kelibat Aryan keluar dari kereta itu.

Aryan berjalan mendekati Datin Katrina lalu disalam penuh hormat. Tubuh tua itu dipeluk erat.

"Rindunya mummy dekat kamu" kata Datin Katrina di dalam pelukan itu.

"Aryan pun rindu mummy." Dato Mustafar sedari tadi berdiri di sebelah Datin Katrina hanya mengeleng perlahan. Lama betul Datin Katrina memeluk tubuh Aryan sampai tak nak lepas.

"Sudahlah tu Katrina. Saya pun nak peluk anak saya juga" kata Dato Mustafar. Datin Katrina akhirnya melepaskan pelukan itu. Ibu mana tidak rindukan anaknya.

"Daddy, apa khabar?" soal Aryan lalu salam tangan Dato Mustafar penuh hormat.

"Alhamdulilah. Daddy sihat." Mereka berpelukan seketika.

"Jom, masuk dalam. Mummy kamu dah masak banyak untuk kamu" ajak Dato Mustafar. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

Aryan sangat merindui masakan melayu terutamanya masakan Datin Katrina. Masakan Datin Katrina antara yang paling sedap sekali. Sedap hingga menjilat jari.

"Sedapnyaa mummy" kata Aryan meleret sehingga mata terpejam. Datin Katrina tersengih.

"Kalau sedap tambah lagi.. Mummy masak semua ni untuk Aryan" kata Datin Katrina teruja. Tangan mencedok kari kepala ikan itu kepinggan Aryan. Aryan juga tidak segan menadah pinggannya. Sudah lama dia tidak merasa masakan melayu. Akhirnya dapat juga lepaskan rindu.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now