"Mana calon suami Hana tu? Tak nak kenalkan kat papa ke?" Tuan Khalif memancing Qisya dengan soalan agar anaknya itu tertarik untuk berbual dengannya.

"Hm.." Qisya buntu seketika untuk menjelaskan.

"Assalamualaikum Tuan Khalif." Serentak mereka menoleh ke arah Ariq yang kebetulan baru keluar dari restoran itu. Dia turut menyalami tangan tua itu dengan sopannya.

"Waalaikumsalam.. Alaa panggil uncle je. Lepas ni panggil papa pun boleh." Ramah Tuan Khalif berbicara sambil tersenyum mengusik. Ariq turut membalas senyuman.

"Saya tak tahu pula uncle ni ayah Qisya sebab dulu waktu sekolah uncle tak pernah datang kan?" Ariq berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu tadi.

"Iya sebab uncle busy kerja. Ni pun uncle baru balik dari Europe. Balik sini sekejap je sebab nak uruskan company uncle kat sana lagi."

"Ohh patutlah.." Ariq mengangguk laju.

"Chef sibuk tak malam ni?" Tuan Khalif bertanya dengan senyuman penuh makna.

"Tak. Kenapa, uncle?"

"Nanti malam jemputlah datang ke rumah. Chef Ariq sudi tak?" Ajakan Tuan Khalif itu membuat Ariq dan Qisya sedikit terkejut. Apa motif ayahnya ni?

"Eh boleh je, uncle. Tapi tak perlulah panggil saya chef, segan pula." Ariq tersengih seketika, acah malu-malu anjing.

"Uncle panggil bakal menantu jelah ek." Cadang Tuan Khalif lalu menepuk lembut bahu Ariq.

"Hehe boleh-boleh."

"Uncle nak balik dulu dengan bakal isteri kamu ni. Jumpa nanti malam ye, bakal menantu!" Sempat lagi Tuan Khalif menyakat. Ariq jadi tersipu malu. Dapat green light kot!

"Jom, Hana." Qisya hanya mengangguk dan mengikuti langkah Tuan Khalif.

"Baik, uncle. Hati-hati balik!" Ariq menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Tuan Khalif hanya mengangguk lalu beredar dari tempat itu.

"Bye bakal suami!" Qisya turut menyakat sambil melambaikan tangannya sebelum dia berlari laju.

"Cehh bakal suami ek?" Ariq menekup kedua belah pipinya yang sedikit memerah. Malu!

"Chef Ariq Farhan!" Panggilan Tiara itu membuat Ariq terus berubah serius. Dia hanya mengangkat sebelah kening tanda bertanya.

"Betul ke apa yang perempuan tu cakap tadi?" Tiara bertanya sambil bercekak pinggang. Dia berdiri tepat di hadapan Ariq.

"Perempuan mana?"

"Qisya Rihana."

"Kan cantik je nama bakal isteri aku tu." Selamba Ariq berkata, sengaja nak menyakitkan hati Tiara.

"Seriously? You akan kahwin dengan dia?" Tiara mula bengang. Dia tidak mahu percaya kenyataan ini.

"Why not? Kami dah lama kenal kot."

"Dia tak tipu?"

"Mestilah tak. So Chef Tiara, lepas ni mind your mouth. Jangan sesuka hati nak hina masakan bakal isteri aku." Amaran keras dari Ariq itu membuat Tiara terdiam seketika.

"Kau tu juri, seharusnya bersikap adil dan profesional. Bukannya bersikap pilih kasih dan hina peserta macam diorang tu takda perasaan."

"But.." Tiara mengetap rahang menahan amarah. Dia tersentap.

"Aku tahu kau suka aku, Tiara. Tapi kau kena bersikap profesional sewaktu bekerja. Jangan emosi. Tak perlu nak hina Qisya dengan teruk. Nampak sangat kau tak matang kat situ." Sempat Ariq memberi sedikit nasihat agar wanita itu sedar diri.

C | Love, Ariq FarhanWhere stories live. Discover now