BAB 41 | DENDAM CINTA 2

Start from the beginning
                                    

"Then, you cakap dengan I, apa lagi yang I boleh buat supaya I dapat ajar dia ni? Tell me!" Jegilan mata Harraz terus memaku pada roman Damian. Sungguhlah, dia benar-benar menyirap dengan raut selamba itu. Tidakkah Damian mempunyai sekelumit rasa bersalah?

"I... I..." Sungguh, Dee pun tidak tahu apa yang patut dia katakan tika ini. Sesekali, dia mengerling Damian. Dia sayangkan lelaki itu. Dee mahu hidup bersama Damian. Dan kerana itu, kakinya terpasak di kondo ini.

"You datang sini sebab you nak suruh I bertanggungjawab, kan? Hell no!" Kata putus diberi. Mati hidup semula pun, Damian tak akan bertanggungjawab. Pandai-pandailah Dee mahu hidup bersama janinnya itu. Dia taknak masuk campur meskipun bayi yang sedang membesar dalam kandungan Dee adalah darah dagingnya sendiri. Damian mengaku itu.

Dee nampak terkedu. Bening matanya sudah mula basah. Sampainya hati Damian berkata begitu. Spontan, tangan melekap pada perut yang masih kempis. Ya Tuhan, dalam ini ada zuriat lelaki itu.

Memang tujuan asalnya ke sini untuk berbincang bersama Damian tentang kandungan ini. Bukan itu saja, tetapi mengenai hubungan mereka juga. Sampai bila Damian mahu membiarkan hubungan mereka yang tiada hala tuju ini? Bagaimana dengan masa depan dia? Masa depan bayi mereka?

"Tapi... Ini anak you. Mahu atau tak, you kena bertanggungjawab, Damian. Takkan you nak biarkan I besarkan dia sorang-sorang?" Sedih, marah. Namun rasa kecewanya lebih lagi.

"I dah suruh you gugurkan kandungan tu. But, you yang degil! From now on, you dengan budak tu tak ada kena mengena dengan I lagi. You and I... we are over, Dee." Barisan akhir ayatnya Damian tekankan. Bersungguh-sungguh mahu memutuskan hubungan dengan Dee.

Dee mengetap bibir menahan pedih yang menjalar. Mudah benar Damian membuat keputusan. Tanpa langsung memikirkan hati dan perasaannya. Setelah bertahun dia setia dengan lelaki itu, rasa sakit ini yang dia dapat?

"Senangnya you bercakap, Damian..." Berkecamuk betul hati Dee sekarang. Terkepal-kepal penumbuknya dek mengumpul kekuatan yang masih bersisa. Kalau tadi dia menghalang Harraz agar tidak menumbuk si kekasih hati, sekarang ni dia pula rasa mahu memecahkan muka tampan Damian.

Harraz nampaknya lebih selesa diam dan memerhati. Dari tadi dia cuma memasang telinga mendengar dua orang manusia itu saling bertelagah. Ada kalanya Harraz menyirap juga mendengar kata-kata tanpa perasaan Damian itu. Namun, siapalah dia untuk menyibuk hal Damian dan Dee?

"I tak kira, apa pun yang jadi, you kena bertanggungjawab! Kalau tak, I akan buat kecoh. I akan bagitahu satu dunia siapa Harraz Damian yang sebenar. You, manusia bertopengkan syaitan! I hate you, Damian!" Menggigil-gigil jasad Dee. Dia terlalu marah! Jelas di bias kornea, bara api mula menggila dek kelancangan bicara Damian.

"You nak buat apa? You nak buat apa?  Hei, you ingat orang akan percaya dengan cerita dongeng you tu? Kalau you berani malukan I, I sejuta kali berani untuk malukan you semula. Ni... Dalam ni. Semua rahsia you ada dalam tangan I. You nak Marissa tahu yang you tu pernah tikam belakang dia? You ni tak ubah macam api dalam sekamlah, Dee! I warned you, you jangan nak berani-berani buat tindakan bodoh tanpa pengetahuan I. Kalau aku tahu, siap kau!"

"Damian!"

Pang!

Harraz terkedu.

Damian terkaku.

Pedih ditampar mula terasa di kulit pipi. Damian pandang Dee tanpa kedip. Wanita itu sudah mula berani naik tangan. Jelas di mata Damian, Dee sedang menahan amarahnya.

"How dare you..."

Pang!

"Penampar I tu tak sesakit dengan apa yang you dah buat pada I, Damian. Dalam ni... Dalam ni you dah berjaya lumatkan semuanya. I tak sangka selama ni I bercinta dengan lelaki yang tak ada hati perut macam you ni! You kejam, Damian! You kejam!" Dee tepuk dadanya kuat, menzahirkan sekeping hatinya sedang remuk dimamah dengan omongan Damian.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now