Selesai menulis di atas kertas Thea terus pergi semula kearah Asya.
"Jom kita perlu pergi...kau perlukan rehat...kita akan kembali..."
"Baik."
Sekelip mata mereka berdua hilang.
.
.
.
.
Di bumi....
Amato sedang sibuk mencari lokasi Dianbot tetapi hampa tiada langsung isyarat dari power sphera tersebut.
"Kau dah dapat maklumat tentang lohong putih tuh?",matanya melirik kearah Maskmana yang sedang sibuk melihat skrin komputer.
"Sudah.."
Dengan cepat Amato terus menarik kerusi kearah Maskmana.
Matanya juga melihat kearah skrin komputer.
"Jadi apa yang aku dapat adalah...lohong putih nih hanya muncul setiap 30 tahun...ada yang kata lohong putih ini adalah lorong masa antara masa lalu dan masa depan... berkemungkinan Boboiboy telah dihantar ke lorong masa...",jelas Maskmana.
"Jadi dia mungkin dekat masa lepas?",soal Amato inginkan kepastian.
"Tak pasti sama ada masa lepas atau masa depan...",jawab Maskmana.
Jarinya sibuk menekan keyboard.
Bermacam maklumat muncul di skrin komputer nya.
"Ada yang pernah termasuk ke dalam lohong putih tuh?"
"Ada...dan dia sudah hilang selama 90 tahun...tak pasti adakah dia masih hidup atau sudah mati ...."
Jawapan Maskmana membuatkan Amato terdiam.
Dia buntu mencari cara untuk selamatkan anaknya.
Rasa takut mula muncul dalam dirinya. Takut kehilangan anak yang tersayang.
"A-aku..."
Maskmana terus memandang kearah Amato yang sudah menunduk memandang lantai.
"Aku menyesal...3 tahun aku tinggalkan dia dan sekarang dia dah tinggalkan aku...dan tiada siapa tahu adakah dia akan kembali? Aku takut...apa jadi kalau anak aku hilang buat selamanya...hisk...hisk...aku tak boleh nak terima semua nih..."
Air mata mengalir laju di pipi.
Hmm...
Kedua-dua belah bahu Amato dipegang erat.
"Dengar...kau tak boleh berputus asa secepat nih...kita akan cari cara untuk selamatkan Boboiboy...dan kau perlu kuat demi anak kau.."
Anggukan diberi dan Amato terus menyambung buat kerjanya semula.
.
.
.
.
...
Selepas 3 jam berada di dalam stor Amato kembali semula ke dalam biliknya.
Sedang dia mengemas sikit barang di atas meja,matanya beralih kearah sekeping kertas.
Hm?
Kertas diambil dan terus dibaca.
"Demam?"
Dengan kelam kabut Amato berlari kearah Boboiboy yang masih tidak sedarkan diri.
Tangannya diletakkan pada dahi Boboiboy dan ternyata budak tuh demam panas.
"Halamak! Aku perlukan ubat!"
Mechabot yang baru masuk ke dalam bilik terus dilanggar oleh Amato yang sudah berlari ke tingkat bawah.
"Woi!! Mata kau letak dekat mana tak guna!"
"Maaf!! Tengokkan Boboiboy jap!"
Mechabot menggaru kepalanya pelik.
"Siapa pulak Boboiboy?"
Dengan malas dia masuk semula ke dalam bilik dan dia terus mengambil kertas yang dibaca oleh Amato tadi.
"Jadi nama dia Boboiboy...tapi mana kakak dia nih!? Memang tak reti nak ambil adik dia ke apa...",dengan geram Mechabot berkata.
Dia terus pergi kearah Boboiboy.
"Aik aku rasa rambut dia warna lain tadi..",bisik Mechabot lalu dia membelai rambut Boboiboy.
Nasib baik Thea sempat gunakan magic untuk tutupkan warna putih pada rambut Boboiboy.
Pintu bilik diterjah masuk dan Amato datang bersama ubat demam.
"Ketepi aku nak bagi dia ubat..."
"Cane kau nak bagi? Dia kan masih pengsan..."
"Adalah cara aku.."
Ubat dituangkan di atas sudu dan Amato mengangkat perlahan kepala Boboiboy.
"Kau buka mulut dia...lembut je jangan kasar-kasar..",arah Amato.
Mechabot terus membuka mulut Boboiboy perlahan.
Ubat terus diberi dan nasib baik Boboiboy terus telan ubat tuh.
"Fuh setel...dah jom ummi dah masak", ajak Amato dan mereka berdua terus turun ke tingkat bawah.
....
Malam menjelma masing-masing sudah tertidur. Amato tidur di tingkat atas katilnya bersama Mechabot.
Ting!
Jam tangan berbunyi menandakan sudah tepat pukul 12 malam.
Dan waktu tuh juga Boboiboy mula berpeluh teruk.
Matanya masih pejam tetapi dia kelihatan dalam kesakitan.
Ergh..
"A-ayah...ayah...argh!!!!"
"Oh mak kau hitam!",terus terbangun Amato dibuatnya.
Dia terus turun dari katil dan pergi kearah Boboiboy.
"Eh kau ok tak nih?"
Tiada jawapan tetapi Boboiboy masih memanggil ayahnya berkali-kali.
"Ayah..ayah...ayah..Boi takut..."
"Erk...wehh kau ok tak nih?"
Amato terus memegang tangan Boboiboy erat.
"Shushh...semuanya baik sahaja...tenang Boboiboy..."
Air mata mula mengalir di pipi Boboiboy.
Tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat.
Argh!!!!
Boboiboy!
Bersambung~
.
.
.
.
.
ENJOY STORY, VOTE, DAN KOMEN TQ.
JUMPA NEXT CHAPTER
EHE~
YOU ARE READING
TIME REVERSE *COLLAB*
FanfictionCOLLAB BOOK : LUNA X RIES Suatu hari, Amato yang sudah lama tidak berjumpa anak kesayangannya membuat rancangan untuk datang surprise kan Boboiboy di bumi sempena hari kelahirannya. Akan tetapi Boboiboy dan kawan-kawannya terpaksa pergi melakukan mi...
Chapter 5
Start from the beginning
