36: AKHIR

2.9K 97 5
                                    

Bang!!

"Aqeela!!"

Darah memercik sehingga ke wajah Inara. dia tidak mampu bergerak. tubuhnya bagaikan dipaku di tempatnya. hanya mampu melihat jasad yang rebah menyembam tanah.

"Inara!"panggil Haidar lalu dipeluknya Inara. tubuh gadis itu dibawa menjauh dari jasad yang sudah tidak bernyawa.

Namun Inara melepaskan genggaman tangan Haidar secara perlahan lalu melangkah ke arah jasad tersebut. dia jatuh terduduk. mayat Aqeela dibawa ke pangkuannya.

Semua yang berada di situ termasuk beberapa anggota polis tertumpu ke arah Inara. mereka kelihatan aneh dengan Inara yang begitu menangisi penculiknya sendiri.

Raisha menghampiri Inara.
"Nara, jom..biar polis yang selesaikan..."pujuknya.

"Tapi, aku tak nak dia mati macam ni Rai..."kata Inara seolah-olah tidak redha dengan takdir. "Aku tak nak dia mati macam ni Rai!"katanya lagi sambil menangis teresak-esak. dia pasti ramai polis disitu bingung kerana menangisi orang yang sudah menculiknya.

"Rai!"jerit Inara memanggil Raisha sahabatnya seperti meminta bantuan. jasad gadis itu dipeluk.

"Inara, dia dah tak ada... aku pun sama sedih, dia kawan kita tapi kau tak boleh cakap macam tu Nara, tak baik kau salahkan takdir..kita pergi ye Nara..."

Melihat Inara yang tidak berganjak akhirnya Raisha mengalah. dia memandang Haidar untuk mengambil Inara menjauh daripada jasad Aqeela.

"Sayang, kita kena pergi..Aqeela dah tak sayang...jom"baru sahaja tangan Haidar mahu memegang Inara, Inara terlebih dahulu pengsan tidak sedarkan diri di dada Haidar.

"Inara?!"

"Sayang! sayang?! Rai! kau bawa kereta, cepat!"lalu tubuh isterinya digendong untuk dibawa ke rumah sakit.

__________

Inara mengecilkan matanya. cahaya di hadapannya membuatnya sukar untuk melihat sosok yang berdiri dihadapannya. semakin lama semakin mendekat sosok tersebut.

Dia tidak dapat memgecam wajah orang itu namun tiba-tiba namanya diseru olehnya.

"Inara?"

"Inara?"

"Inara?"

"Aqeela...kau ke tu?"

"Maafkan aku Inara"katanya. saat wajah sosok itu terlihat jelas, tidak semena-mena mata Inara mengalirkan cecair jernih. wajah sahabatnya yang terlihat sangat sedih. luka di kepala akibat tembakannya sendiri pun masih segar mengeluarkan darah.

"Aqeela..."sebak Inara rasakan saat ini. dia tidak dapat menyelamatkan sahabatnya sendiri di saat-saat akhir.

"Jangan nangis sebab aku Nara, ini bukan salah kau tapi aku sendiri yang pilih jalan ni"

"Tapi..."tangisan Inara semakin menjadi-jadi.

"Aku minta maaf Inara"

Inara mengangguk sebelum sosok Aqeela hilang daripada pandangannya. memang benar dia sudah pun memaafkan sahabatnya. rasa sayangnya kepada gadis itu membuatkan dia tidak menyimpan dendam walau sedikit pun.

'Aku maafkan kau Aqeela....'setelah itu perlahan-lahan cahaya di sekelilingnya menghilang. semuanya menjadi hitam.

"Tsk..tsk...tsk..Aqeela..."panggilnya.

Haidar yang melihat isterinya itu sedang menangis di dalam tidurnya segera mencuba membangunkannya.

"Nara sayang...bangun..."

Perlahan-lahan mata Inara terbuka namun tangisan tidak juga reda. pantas dia bangun memeluk Haidar. dia menghamburkan tangisannya. tubuh Haidar semakin dipeluk erat.

"Sabar sayang, jangan risau abang ada dengan sayang.."

"Sayang kena redha, yang penting sekarang sayang kena banyak doakan dia dekat sana.."

"Saya takut.."kata Inara.

"It's okay, sekarang sayang dah selamat"

___________

"Adik? Ya Allah, adik okay ke? ada luka mana-mana?"masuk sahaja Amelia ke dalam bilik rawatannya, Inara terus diterjah kerisauan Amelia, Daniel dan juga Gibran.

"Macam mana pula dengan keadaan adik tak ada apa-apa masalah kan?"tanya Gibran.

Inara tersenyum nipis lalu mengangguk. dia memandang wajah suaminya di sebelah. Haidar turut tersenyum lalu tangan isterinya dipegang. mencuba memberi kekuatan.

"Doktor cakap Inara hanya ada luka ringan sahaja akibat terseret benda tajam, selain daripada itu semuanya okay, baby pun sihat"

Mendengar itu mereka menarik nafas lega.

"Abang dah dengar yang Aqeela dah tak ada sebab bunuh diri.."

Wajah Inara automatuk bertukar teduh. tangan suaminya digenggam kemas.

"Abang minta maaf, abang tak patut cakap pasal benda ni"

"Tak apa abang, adik okay...Nara minta maaf sebab dah buat korang risau"

"Adik..adik tu adik abang, tak perlu minta maaf atas perkara yang adik tak rancang pun untuk terjadi"kata Daniel lalu memeluk Inara.
"Abang bersyukur adik selamat..."sambungnya lagi.

"Terima kasih abang..."Inara turut membalas pelukan Daniel.

__________

"Sayang nak apa-apa tak? abang boleh belikan.."tawar Haidar melihat Inara diam sahaja sejak tadi.

Inara menggeleng.

"Sayang...sayang cakap je apa yang sayang rasa nak atau rasa nak mengeluh pasal sakit ke just tell me, abang tak nak sayang simpan sakit.."

Isterinya tetap sahaja diam. Inara memandang ke dalam mata Haidar lalu tersenyum nipis. dia mengalihkan tubuhnya supaya tersisa ruang namun dia tidak mengatakan apa-apa. Haidar yang faham mengambil tempat berbaring di sebelah Inara. Lantas Inara melabuhkan kepalanya di dada dan tangannya melingkar di pinggang Haidar.
Hati Inara sedikit tenang berada dekat dengan Haidar. menjadikan suaminya sebagai sandaran.

Haidar menarik selimut sehingga menutupi dada. tangannya memeluk erat tubuh genit isterinya. dia akhirnya tertidur setelah beberapa minit berada di posisi tersebut.
Hati Inara sedikit lega berada dekat dengan suaminya. menjadikan suaminya sebagai sandaran. dia bersyukur kerana ada Haidar yang selalu berada di sisinya. dia bertekad, dia tidak akan pernah meninggalkan Haidar. cintanya kepada Haidar juga semakin hari semakin tumbuh. suatu hari nanti jika Haidar memerlukan sandarannya, dia tidak akan teragak-agak untuk memberikannya.













MAAF KALI NI PENDEK SEDIKIT...LINE PUN NAMPAK RUSH KAN? SEBAB BERMASALAH SIKIT NAK TAIP NI..TAPI NANTI UPDATE 3 IN A ROW...SEBELUM BULAN 1 NI CERITA NI AKAN HABIS..




PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now