18:TRAGEDI

3.5K 102 3
                                    

Bau wangi masakan menusuk ke dalam lubang hidung Haidar. Matanya terpisat-pisat, sekali-sekala menggosok mata untuk menjelaskan penglihatan. Dia mengamati keadaan bilik tidur itu yang sedikit berantakan. tiba-tiba ingatan semalam muncul, automatik dia merengus. 'Stupid Haidar!'

Nasi goreng berlaukkan udang di hidang di atas meja. Bau nasi goreng itu membuatkan Inara tersenyum. Namun dia dikejutkan dengan suara garau milik suaminya

"Kau masak apa?"tanya Haidar, dirinya sudah lengkap dengan berpakaian kemeja berkot

"Er...nasi goreng"

Haidar mengambil tempat mahu merasa. perutnya sudah berkeroncong. dari petang semalam sampai ke pagi ini dia belum menjamah apa-apa selain minuman keras. Inara langsung mencedok dua senduk nasi ke pinggan mereka Haidar. dia mahu beredar dahulu, dia segan mahu makan di hadapan Haidar

"Nak pergi mana? duduk..makan.."kata Haidar sambil tidak henti-henti menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya. Inara akur.
Lahap betul suaminya makan, 'sedap sangat ke nasi goreng aku tu'bisiknya. dia juga turut sama-sama menyantap

"Pasal semalam..."

Terhenti Inara, dia memandang wajah Haidar

"I'm sorry..."sambungnya

Berkerut dahi Inara. kenapa nak minta-maaf?
"Tak faham kenapa nak minta maaf?"

"Sebab aku akan ceraikan kau juga nanti, kalau kau mengandung......"ucapannya terhenti di situ

"Apa yang awak cakap ni? Awak memang tak nak ubah langsung keputusan awak kan..awak tahu yang awak dah langgar syarat awak sendiri tapi awak tak nak tanggungjawab?! awak nak gantikan dengan permintaan maaf?"

"Habistu apa yang aku perlu buat"dia memandang anak mata Inara. pandangan yang sangat dingin

"Jangan ceraikan saya, jadi suami saya sampai bila-bila dan batalkan kontrak"

"No!"mata Haidar terbeliak. "Kau memang licik kan? kau sengaja perangkap aku semalam kan?! supaya nanti aku tak ceraikan kau?!"

Berderai air mata Inara mendengar tuduhan Haidar. "Saya tak perangkap awak lah! Awak yang balik dalam keadaan mabuk Haidar!"

"Kau boleh tolak kan? tapi kau tak...sebab ni memang plan kau!"dia bingkas bangun. "Kau sengaja kan?"
"Jawab aku Inara!"

"Saya tak tolak sebab saya isteri awak! salah ke apa yang saya buat? ke awak lagi suka tidur dengan perempuan lain? awak sanggup cari yang haram daripada saya yang halal untuk awak!?"

"Sakit telinga aku dengar ceramah kau tu! banyak betul alasan kau kan?! aku dah agak dah perempuan macam kau ni banyak muslihat! kau ingat keputusan aku akan berubah lepasni? Never!"dia berlalu pergi dari rumah itu. pintu dihempas sekuat hati

Inara memandang wajah Haidar yang bengis itu. perlahan-lahan dia menapak ke arah lelaki itu. tangan kekar Haidar di gapai. "Awak, berhenti pergi tempat macam tu lagi..."pujuk Inara. dia tidak sanggup melihat lelaki yang dicintainya bersama wanita lain di club. "Stop pergi dekat perempuan lain lepasni, saya kan ada"nampak macam dia terlalu terdesak dengan lelaki itu tapi dia tidak peduli. lelaki ini haknya

Haidar memegang dagu Inara lalu mendekatkan ke wajahnya. "Kau mampu ke beri apa yang aku nak? Halang aku kalau kau boleh.."dia merentap tangannya semula. "Whore!"

Bamm!!

Inara jatuh terduduk. hati Inara sudah remuk redam dengan sikap egois Haidar. dia tertanya-tanya bilalah sikap dia yang dulu akan kembali

'Saya doakan awak berubah Haidar'

----

"Aqeela, kau pergi ke office dinner malam ni?"tanya rakan sekerjanya, Zarina. "Katanya ada something special yang bos kita nak buat"

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum