16:FIRST

3.2K 103 0
                                    

Inara berasa lena semalam. dia membuka matanya perlahan, terlihat tubuhnya menempel pada Haidar, dipeluknya erat seperti bantal. Inara pantas ingin melepaskan pelukan malah ditarik semula oleh Haidar
"Diam..."katanya
"Awak..dah bangun.."dia mencuba untuk bangun namun ditegah Haidar. "Stay still, lena kau peluk aku semalam?"
"Ahaha..ye ke? saya peluk ek?"

"Tak sangka kau ni nakal jugak, kau nasib baik aku tak apa-apakan kau"kata Haidar menikam mata Inara. "Siapa suruh kau tidur sebelah aku?"
"Bukan semalam awak ke yang tak kesah? saya tanya awak jawab 'emm', so saya tidur lah"
Sebenarnya Inara ingin menanyakan sesuatu, sejak semalam persoalan itu muncul
"Haidar...."macam mana kalau Haidar mengamuk? tak payah lah
"Tak ada apa lah"dia berura-ura mahu bangkit dari katil

"Awak tak kerja kan harini?"

"Tak"

Inara melangkah pergi ke kamar mandi. hari ini mereka akan berpindah ke rumah Haidar

"MUMMY bercadang untuk jadikan Inara sebagai PA Haidar"kata Datin Zelea dengan tegas. wajah Dato pula tenang seakan setuju sahaja

Inara terlongo. Haidar pula tersedak mendengarnya. sudah lah PAnya tika ini adalah kekasih 'sementaranya'. belum sampai 3 kali pun lagi
"Mummy, apa ni..kan dah ada orang lain untuk jawatan tu...."
"Not anymore, mummy akan pindahkan dia nanti"seakan tahu apa yang anaknya risaukan
Inilah apa yang dirisaukan Inara, alasan dia membuka nurserynya sendiri kerana dia tidak suka bergaul dengan orang lain. lebih suka membuat pekerjaan sendiri. dalam sopan dia berkata. "Mummy...I'm sorry...Nara tak boleh nak buat kerja tu, lagipun Nara belajar setakat mana aje nanti terkial-kial pula"

Sedikit lega Haidar dibuatnya. mujurlah gadis itu membantah. "Nara pun tak nak mummy, tak usah lah paksa". Melihat raut ibunya sedang berfikir dia menyungging senyum. "Bagi daddy boleh aje Inara bekerja di syarikat daddy dengan kemahiran Inara yang ada cuma kalau tuan badan sendiri yang tak nak daddy tak mahu paksa"tambah Dato Waris. sengaja dia berkata begitu melihat wajah Inara sudah pucat lesi

Datin Zelea akhirnya mengangguk. "Iyalah kalau Inara tak nak, mummy pun tak nak lah paksa"
Haidar sudah mengagak, kalau dengan menantu kesayangannya itu, mudah saja berlembut hati. dengannya kemain tegas.
Inara tersenyum
Mujur mertuanya ini memahami. "Thank you mummy.."kata Inara lalu menyuapkan suapan terakhir nasi goreng itu. dia melihat jam di dinding sudah hampir dia mahu membuka kedai. dia pamit dengan mereka. Haidar menawarkan diri mahu menghantar isterinya itu ke tempat kerja

Kereta mewah milik Haidar kemudian meluncur laju keluar dari perkarangan rumah agam itu. Setelah beberapa minit berdiam diri, Haidar membuka bicara. "Kau balik nanti pack barang lusa kita pindah..."
Kening Inara bertaut. "Bukan harini?"
"Tak sempat, aku ada hal"
"Balik nanti aku ambil kau, jadi jangan mengada nak balik dulu, tunggu aku.."
"Tak payah lah awak, saya balik dengan kawan saya je sebab nak keluar dengan dia kejap, boleh kan?"sambil itu dia meminta izin

"Mengadalah kau ni, nanti mummy tanya kau pergi mana aku jugak kena soal. kau dah lah menantu kesayangan dia, aku yang anak pun dia boleh tolak tepi"

Inara tertawa halus. macam cemburu cara suaminya itu. dia memandang wajah Haidar. "Awak cemburu dengan saya ke?"dia tertawa lagi. "No!"
"Nak buat macam mana lagi kalau dah mummy sayang saya lebih dari awak"

"Kau tak payah nak perasanlah, kau tu tak lama lagi akan jadi orang luar jugak!"lancang sahaja Haidar berkata. "Tak payah nak berangan!"entah kenapa gurauan Inara diambil serius olehnya

Wajah Inara pula sudah bertukar keruh. tentu sahaja sedikit sebanyak mengguris hati walaupun kenyataannya itu benar sekali. dia kembali berdiam diri. mahu bergurau tidak boleh, lebih baik dia diam. setelah beberapa minit mereka sampai di nursery milik Inara. 'Besar juga tempatnya..'bisik hati Haidar

"Terima kasih, nanti saya balik sendiri je"Inara tersenyum tipis. Haidar mengangguk acuh tak acuh sahaja. Tiba-tiba Inara menghulurkan tangannya. "Nak apa pula?"kening Haidar bertaut. "Salam.."
Perlahan-lahan dia memberikan tangannya dengan wajah kehairanan. tidak membantah. dia perasan Inara yang terasa dengan kata-katanya itu

"AKAK...katanya harini ada orang nak interview kerja dekat sini, mana orangnya? dah sampai?"tanya Inara. "Dah sampai dah, dalam pejabat"Amelia memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah pintu pejabat

Daun pintu ditolak perlahan-lahan. "Encik Nazril?"
"Maafkan saya, lama ke menunggu?"Inara rasa kekok, semua pekerja dia perempuan. mahu tidak mahu, dia terpaksa biasakan diri
"Tak lama.."

Dia melabuhkan punggung di kerusi empuk miliknya itu, tertera nama pengurus 'Inara Azalea'
"Nama awak...Umur..."Inara membuka helaian demi helaian. "Awak muda lagi, 20?"
"Ya.."
"Masih belajar, jadi awak nak kerja part time lah ni?"
"Ya.."

Setelah menanyakan beberapa lagi soalan yang selayaknya Inara menghembus nafas lega. Lelaki yang bernama Nazril itu tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kerana sudi menerimanya bekerja
"Awak boleh mula harini kalau awak nak, esok pun tak apa, gaji awak dikira per jam"

"Kalau macam tu sekarang jugaklah saya mula.."
Inara mengangguk. "Kalau itu yang awak nak..."
"Terima kasih Bos..."ujar Nazril. berseri-seri sahaja wajahnya. mahu tergelak Inara dengan panggilan 'Bos'. "Tak payahlah panggil saya Bos, semua pekerja dekat sini panggil saya Nara je"

"Kalau saya nak panggil bos juga boleh kan..."

"Suka hati awak lah Nazril"

TBH


PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now