20: BETTER

3.3K 105 0
                                    

"Lepas! Jangan..jangan apa-apakan aku!"

Teriakan Inara mengejutkan Haidar yang tertidur di sofa hospital itu. Matanya automatik terbuka luas. Haidar meluru ke arah Inara yang meracau-racau seperti dirasuk
"Inara..."dia ingin memegang isterinya itu namun ditepis dengan kasar. "Jangan sentuh aku! jangan! lepaskan aku!"dia memegang kepalanya sendiri

"Inara! ni aku Haidar lah! suami kau"dia merangkul Inara supaya bertenang. memeluknya dengan erat. "Lepas! isk..isk...iskk..Haidar..."dia menangis di pelukan suaminya. "Shh..it's okay i'm here..tak ada siapa boleh kacau kau.."

Setelah beberapa minit dipujuk barulah Inara kembali terlena di dalam pelukannya. dia membaringkan Inara semula. Wajah isterinya dielus, lebam dibibir diusap. 'I'm sorry wife'. dia memejam mata rapat-rapat. patutkah dia menerima Inara di dalam hidupnya?

"Mungkin, aku patut bagi kita peluang"

Dia mengambil tempat di sebelah Inara. katil bilik VIP hospital agak luas membolehkan ruang untuk Haidar tidur di sebelah Inara. Lengannya didepakan, meletakkan kepala Inara di atasnya. dia merapatkan tubuhnya. memeluk tubuh genit isterinya

"Good night, wife"

🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍

Hari ini terasa lebih ringan badannya. lebamnya juga sudah hilang. dia bersyukur kerana Haidar menjaganya dengan baik walaupun perangainya yang kasar. dia tersenyum teringatkan kejadian tadi pagi di mana di bangun dipelukan suaminya itu. bahagia? ya..sangat bahagia

Dia sudah pun dibenarkan untuk pulang. selepas mengemas dan membayar bil, mereka terus pulang. tiba sahaja di rumah, Inara melihat kesan pintu yang sudah dibaiki turut dicat dengan warna yang berbeza dari sebelumnya. "Awak tak cat warna yang sama? Corak pun berbeza"tanya dia. "Aku cuma tak nak kau ingat pasal tu lagi.."balas Haidar

"Duduk rumah jangan keluar, kunci pintu.."pesan tergesa-tergesa. "Awak nak ke mana pulak?"

"Aku ada benda nak buat, kejap lagi aku balik"

Baru sahaja balik dah kena tinggal. Inara mengangguk lalu mengunci pintu. Syukurlah dirinya sudah tenang. rasa traumanya tidaklah seteruk mana. ada Haidar di sampingnya sepanjang berada di hospital cukup membuat dia lebih tenang

Ring..
ring....

'Siapa pula yang telefon?'

Nama Gibran terpampang

"Assalamualaikum abang, ya?"

"Waalaikumussalam, amboi, kau ni sejak dah kahwin tak call langsung abang kau ni, along pun risau"

Inara berfikir sejenak. "Nak risau kenapa? Haidar jaga adik elok"

"Bukan pasal tu, cuma aku tak sedap hati sangat dari semalam lagi, ni aku call kau ni, kau okay tak dik?"

Macam tahu pula masalah yang menimpanya. "Tak adalah abang..adik okay je, perasaan abang tu"dia memberi alasan, biarlah menjadi rahsia. dia tidak mahu mereka risau

"Okay, tapi..betul ni?"

"Iye bang"

"Haidar? mamat tu jaga kau tak? dia bagi kau semua benda cukup ke? dia tak ada pukul kau kan dik baik kau cakap betul-betul.."

"Ish tak adalah, Haidar tak pernah lah buat benda macam tu, dia baik, abang ni banyak betul tanya, malas lah adik penat ni baru balik hos....erm..maksud adik balik dari melawat mertua adik"

"Ha! hos apa hos?"

Inara mengetap bibirnya
"Tak ada apa lah abang, adik letak ek, nak rehat, assalamualaikum"

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now