22: BAJU

3.1K 108 0
                                    

"KAK Ame, Nara minta maaf sebab selama sebulan ni Nara tak jenguk langsung nursery padahal...."

"Tak apa lah Nara, akak dah jadi pengurus dah pun dekat sini"perlinya

"Maaf kak"

"Baiklah Nara, nasib baik pengantin baru"

"Mana ada baru dan sebulan lebih dah"

"Baru lagi lah tu"

"Akak, sorry again tau..by the way kirim salam untuk along dengan angah sekali, cakap dengan diorang yang adik aje dekat sini"

"Ye lah, tak apa..assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Inara memutuskan talian. otaknya mula menerawang. dia terpandang baju seksi pemberian Raisha. dia menyarungkan ke tubuhnya

"Cantik juga, bapak seksi baju..ni bukan setakat menggoda dah ni"walaupun begitu dia mencuba beberapa gaya di hadapan cermin

'Not bad' gumamnya

Memandangkan Haidar belum pulang dia mahu memakai baju itu. sayang pula kalau tak digunakan. hadiah daripada kawan baiknya pula

"Sekarang jom kemas rumah!"dia laju melusuri anak tangga menuju ke ruang tamu

Penyedut hampagas digapai. musik sebagai penyemangat

"Boy I boy I boy I know!"dia mula bernyanyi

"I know you got the feels"

"Yeah!"

"You have stolen my heart oh yeah, never let it go o o, o never let it go o o o......"

"Lighthing straight to my heart oh yeah! I got all the feels for sure and i got all the feels for yaa...."

°°°

"BEB...kau pakai baju ni?"itu perkara pertama yang keluar dari mulut Raisha setelah melangkah masuk ke dalam rumah Inara

"Yes! aku tak berani lah nak pakai depan dia, so aku pakai sekarang lah waktu dia tak ada dekat rumah"

Raisha menggulingkan matanya. "Kau ni.."dia mencubit peha Inara yang terdedah. "Aku bagi baju-baju ni bersebab tau, untuk kau goda Haidar supaya dia jatuh cinta dekat kau, 2 pulak tu aku beli untuk kau"

Inara menggosok pehanya yang dicubit. "Jangan lah cubit..."dia memuncungkan bibirnya

"Ye lah, ye lah..jawab soalan aku ni, dia dah...."dia mengangkat kedua keningnya

Inara faham apa yang mahu di tanyakan sahabatnya itu. "Apa lah kau ni, mana boleh cakap"merah padam mukanya

"Okay, I will take that answer as a yes"

"So?"tanya Inara

"So that's good"kata Raisha

Kalaulah Raisha tahu yang itu berlaku secara tidak sengaja

"Whatever it is..aku tak nak buat kerja gila tu"

"Ah come on, you love him right?"

"Of course.."

"Then?"

"Ye lah, aku cuba"

"Good! I hope the best for you...I just want you to be happy..ingat tau apa pun jadi aku tetap sayang kau"dia memeluk Inara. "Thanks Rai..aku sayang kau jugak"Inara membalas pelukan itu

"Siapa yang datang? kereta siapa yang....."suara garau Haidar serta bunyi dentuman menyedarkan mereka berdua. dia ternganga melihat isterinya itu

Inara dan Raisha sama-sama terkejut. Laju tangannya menggapai bantal di sofa sebagai penutup bahagian tubuhnya yang terdedah

PEMILIK HATI MR. EGO ✔️Where stories live. Discover now