17 : Cemas

6 2 1
                                    

Lamborghini Aventador berwarna silver menelusuri jalan raya di bandar itu dengan laju.Pemandu kereta mewah itu tidak peduli tentang sekitarnya.Jantungnya berdegup kencang bagaikan tiada hari esok.
Mata-mata awam kagum dengan kemewahan lelaki itu.

"Aku kena cepat jumpa Steven!"ujar Jeremy dengan cemas.Wajahnya saat ini tidak dapat menutup kecemasan wajah tampan itu.Sesekali lelaki itu memegang kepalanya yang berbalut kerana kesan luka akibat dipukul tempoh hari.

Akhirnya Jeremy Lee sampai di kediaman Hilderson yang megah bagaikan istana itu.Pintu kediaman itu dibuka secara automatik.Jeremy Lee masuk dengan tergesa-gesa dan memarkir kereta dan tiba -tiba sebuah motorsikal Ducati berwarna kuning berada disebelah Lamborghini Aventador milik Jeremy Lee.Pemilik Ducati itu tidak lain dan tidak bukan ialah Gerard Parkinson.Masing-masing turun dari kenderaan dan saling berpandangan antara satu sama lain.Wajah mereka menunjukkan riak tidak berpuas hati antara satu sama lain disebabkan hal tempoh hari.

"Kau buat apa kat sini,hah?"tanya Jeremy Lee.
"Suka hati aku lah,sial.Aku nak jumpa Tuan Steven.Kau pahal!"balas Gerard dengan geram lalu memberikan  pandangan muak kepada Jeremy Lee.Saat ini dia sungguh benci dan geram melihat wajah lelaki itu.

"Hoi,hoi,hoi!Apesal bising-bising depan rumah aku ni,hah?!"Steven Hilderson muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka.Riak wajahnya sungguh murka dengan dua orang dihadapannya yang sedang membising.

Jeremy Lee dan Gerard Parkinson diam seribu bahasa saat itu.Masing-masing tidak berani bersuara saat itu.Mana tidaknya,lelaki yang berdiri dihadapan mereka merupakan orang paling berkuasa dan terpengaruh dalam sisi gelap negara itu.Bahkan polis negara itu turut tunduk dan patuh kepada Steven Hilderson kerana kekuasaannya yang paling gah.Ini kerana Mafia Hilderson atau Mafia Golden Dragon antara salah satu terkuat antara Mafia Black Cobra dan Mafia Blue Moon.

Ketiga-tiganya menjadi yang terkuat dan terpengaruhi dalam industri gelap.Namun,Mafia Blue Moon tidak pernah terlalu mencolok dan misteri.Bahkan anggota mereka kurang sering menonjolkan diri namun kemegahan mereka amat di luar jangkaan dan ditakuti.Mafia ini bagaikan harimau yang sedang menunggu mangsanya.Ketua mereka yang dipanggil Esme atau Dark Moon tidak pernah menunjukkan wajah sebenarnya.Dia sering memakai topeng untuk menutup wajah sebenarnya.Khabar angin mengatakan dia seorang wanita cantik dan sekali gus seorang yang kejam.
Namun begitu,ramai gengster berurusan  dengannya.Back to the story okay.

"Steven,aku nak minta tolong dengan kau!"ujar Jeremy Lee tanpa aba-aba.Gerard Parkinson yang berada disebelahnya menoleh ke arah Jeremy Lee.

"Kau nak apa, Remy?"tanya Steven sambil menyesap rokok lalu menghembuskannya semula.Asap bertebaran di kawasan itu.

"Aku nak kau selamatkan,Selena Rosellea Parker,pelajar perempuan sekolah aku!Dia kena culik!"

Setelah mendengar jawapan dari sepupunya itu,Steven mengangkat kening kirinya dan menghentikan hisapan rokoknya lalu menghembuskan asap rokok dengan perlahan-lahan lalu dia berjalan ke arah sofa empuk berwarna abu-abu. Dia tahu perkara yang dibicarakan Jeremy Lee adalah tentang wanitanya.

"Kau berdua duduk,"arah Steven Hilderson yang sedang duduk dengan maskulin di tempatnya.

Jeremy Lee dan Gerard Parkinson dengan patuh mengambil tempat mereka dan duduk di sofa empuk berwarna abu-abu itu.

"Dia dah selamat,"ujar Steven Hilderson.

"Huh?Se,selamat?Si,siapa?"Jeremy Lee tergamam seketika.Dia tidak faham dengan situasi saat ini.Bagaimana sepupunya itu tahu gerangan Selena Parker yang terang-terangan tidak pernah ditemui oleh lelaki itu.

"Selena  Rosellea Parker,"

"Dia ada kat bilik aku sekarang,"sambung Steven Hilderson.

Jeremy Lee dan Gerard Parkinson terkejut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bulan Menyinari MawarWhere stories live. Discover now