9 : Apologize

22 4 0
                                    

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

"Apa yang telah kau lakukan,Gerard?!Kau telah menimbulkan masalah bagi kita sekeluarga,tahu?!"ujar Encik Parkinson dengan lantang sekali kepada anaknya,Gerard.

"Apa yang telah aku lakukan,Papa?"tanya Gerard pula.Dia bingung dan juga cemas apabila bapanya berkata seperti itu.

"Kau telah membuli Selena Rosellea Parker?"tanya Encik Parkinson pula dengan geram.Gerard mengangguk.

"Apa yang hendak dirisaukan Papa...Gadis itu hanyalah gadis miskin sahaja...Tidak penting..!"ujar Gerard acuh tak acuh.

"Tidak penting kau kata?!Gadis itu ialah wanita Mafia Steven Hilderson,Gerard!Wanita Mafia Steven Hilderson!"balas Encik Parkinson sambil menekan kan kalimat Mafia Steven Hilderson berkali-kali.
Mata Gerard terbuka luas.Dia sungguh terkejut kerana gadis yang dibuli olehnya adalah wanita mafia terkuat di negara ini.Lututnya terasa bagaikan ingin mencair.Dia jatuh berlutut dan dahinya mengeluarkan peluh dingin ketakutan.

"Wa,wanita Mafia Steven Hilderson...?A,apa yang harus aku lakukan sekarang..?"Gerard sungguh takut.

"Tuan Muda Steven menyuruh kamu untuk meminta maaf kepada Selena dan tidak mengganggunya lagi..."balas Encik Parkinson pula.

"Kalau tidak...Ayahmu sendiri tidak dapat menyelamatkanmu lagi..."sambung Encik Parkinson lagi.Gerard terdiam dan matanya terbelalak kerana terkejut.
.
.
.
Selena berjalan memasuki pagar sekolah seperti biasanya dan tanpa dia ketahui Steven telah memerhatikan dirinya dari jauh.Jeremy yang baru sampai ke sekolah dengan menaiki kereta mewah yang dihantar pemandu melihat kereta mewah milik sepupunya,Steven Hilderson.Jeremy merupakan anak saudara ibu Steven yang bermarga Lee.
Jeremy tertanya-tanya sebab sepupunya ada di sekolah itu.Itu bermakna ada seseorang yang amat dititikberatkan berada di sekolah ini.
.
.
.
Steven duduk di kerusi di dalam ruang pejabat dengan maskulin.

"Panggil Encik Parkinson ke mari...!"arah Steven kepada setiausahanya.Suara wanita di hujung talian mengiyakan arahan yang diberikan.

Kemudian,Encik Parkinson masuk dengan terburu-buru.

"Bagaimana urusan anakmu...?"tanya Steven dingin.

"Ah,itu...Aku telah memberikan pelajaran kepadanya..."balas Encik Parkinson gugup.

"Hurm...Kerahkan beberapa orang untuk aku...Aku ingin mereka lakukan sesuatu..."ujar Steven.
.
.
.
Di lorong-lorong, Selena berjalan seperti biasa hanya menunduk memandang lantai sahaja.Tiba-tiba seseorang telah memblokir jalannya.Selena terkejut dan takut melihat gerangan orang itu,Gerard.
Gerard memandang Selena.

"A,aku minta maaf, Selena...!Sila maafkan aku, Selena...!Kalau tidak aku akan mati...!"ujar Gerard.Wajah lelaki itu penuh ketakutan.

"Ge,Gerard...?Saya ma,maafkan..."balas Selena dengan sedikit bingung.Selena tersenyum ke arah Gerard seperti tiada apa yang berlaku sebelumnya antara mereka.

Gerard terkejut dengan jawapan Selena itu.Dia memandang Selena tepat ke mata sang gadis itu.Dia tidak sangka Selena akan memaafkan dirinya secepat itu walaupun dia pernah membuli Selena berkali-kali serta menghina gadis itu.Dia tersentuh kerana kebaikan hati Selena.

"Kkringgggggg!!!"bunyi loceng untuk memulakan pembelajaran pun bermula.

"Ah,itu...Aku masuk kelas dahulu,Gerard...Loceng sudah berbunyi...Se,selamat tinggal..."ujar Selena sambil melambaikan tangannya lalu pergi dari situ meninggalkan Gerard yang masih tersentuh dengan perlakuan Selena itu.
"Selena....."
.
.
.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡

Bulan Menyinari MawarWhere stories live. Discover now