12 : Enemy

17 3 0
                                    

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

Steven berulang-alik di ruang tamu di rumah agamnya.Wajah menunjukkan riak risau dan cemas.Jantungnya berdetak seakan tiada lagi hari esok.
Ibunya melihatnya dengan perasaan risau apabila melihat anak tunggalnya begitu cemas.Bahkan dirinya turut cemas setelah mendapat berita tentang penculikan Selena.
Mana tidaknya, Selena bagaikan jantung buat keluarga ini.Gadis itu telah memberi cahaya kehidupan dan keceriaan ke dalam keluarganya.Anaknya yang telah lama menyendiri dalam kegelapan akhirnya merasa hadirnya cahaya kebahagian.

"Steven,...kamu kena rasional,sayang...Jangan paksa diri tu..."Kata puan Helen Hilderson memberikan nasihat kepada anak tunggalnya itu walaupun dia tahu si anak tidak berganjak dengan pendiriannya.

"Tidak,Mama!Steven tak boleh rasional setakat ni! Steven rasa risau gila! Macam mana kalau si keparat tu buat apa-apa dekat Selena? Steven tak boleh jadi setenang itu,Mama!"Balas Steven Hilderson dengan tegas.

Puan Hilderson diam seribu bahasa.Dia tak mampu lagi membantah anaknya itu.Dia yang lebih memahani anaknya.Puan Helen Hilderson tahu Steven tidak akan mengalah dengan mudah.Disebabkan sikap inilah keluarga mereka menjadi begitu berpengaruh seperti keluarga kerajaan.

"Kreakk-..."Bunyi pintu dibuka seseorang.

"Tuan Muda,kami dah jumpa dalangnya..."Ujar Encik Parkinson.

Langkah kaki Steven terhenti. Kening kiri Steven terjungkit.Aura di ruang tamu itu bertukar menjadi dingin dengan serta-merta.Hawa pembunuhan menyelubungi mereka.

"Teruskan,"Balas Steven Hilderson.

"Orang itu adalah...Rafael Alexander,ketua Mafia Black Cobra,Tuan Muda,"

"Bbangg!!!"Seusai Encik Parkinson menyampaikan maklumat tersebut,bunyi tembakan diiringi Steven yang memegang pistol emasnya menembak satu das tembakan ke dinding.Peluru pistol emas itu jelas menampakkan kesan tembakan di dinding.

"Rafael Alexander,huh?Tak guna! Aku akan bunuh kau!" Pistol emas di tangannya di genggam erat.Tangannya yang kekar itu semakin menampakkan urat-urat.

"Sediakan anak buah kita! kita lakukan serangan sekarang!"Arah Steven Hilderson.

"Heh,pistol aku dah haus darah kau,Rafael!Tunggu maut kau,tak guna,HAHAHAHAHAHA!" Ucap Steven sambil memandang pistol emas yang ada di tangannya diiringi tawa.

"Steven,"Panggil Puan  Helen Hilderson sambil memegang bahu anaknya dengan lembut.Steven menoleh ke arah ibunya itu.

"Bawa bakal menantu Mama balik..."Sambung Puan Hilderson dengan wajah yang bersyukur.

Steven memandang ibunya dengan dalam.

"I will take her back,Mama.So,don't worry!"Balas Steven dengan tenang sambil meyentuh pipi Puan Helen Hilderson dengan lembut.

Puan Hilderson mengangguk perlahan.
.
.
.

"Bukk!!!"Selena dipukul dibahagian tengkuk oleh dua lelaki bersenjata itu.Selena jatuh pengsan.

"Huh, Selena!!!"Jerit Jeremy Lee apabila dia bermimpikan Selena .Dia terduduk di katil hospital.Kepalanya berbalut dengan pembalut luka.

"Sstt..."Jeremy Lee memegang kepalanya yang berbalut itu.Kepalanya masih terasa sakit dan pening.

"Kreakk-"Bunyi pintu dibuka.Jeremy Lee menoleh ke arah sosok lelaki yang membuka pintu itu.Ternyata itu adalah pembantunya,Charles Zhu.

"Tuan Muda Lee? Tuan dah sedar?" Tanya Charles Zhu.

"Mana Selena,Charles? Aku nak jumpa dia!"Pertanyaan pertama yang keluar dari mulut apabila sedar dari koma sementara selama satu hari setelah kejadian tembak-menemabak tempoh hari.

"Selena? Selena Rosellea Parker?Gadis yang ada dengan Tuan Muda tu ke?"

"Yelah! Sape lagi ada dengan aku!"Balas Jeremy Lee dengan geram.

"Di,dia..."

"Kenapa?! Cakaplah cepat!Lembab betul lah kau ni!"

"Di,dia diculik,Tuan Muda..."Balas Charles Zhu dengan teragak-agak.Tambahan pula ini pertama kali Tuan Mudanya bertanyakan tentang seorang gadis

"Deg-"Jantung Jeremy Lee seakan berhenti berdetak.

Kejadian tembakan yang berlaku di sekolah mula terlintas dipikirannya.
Darahnya mula menyirat dan membuak-buak marah sehingga wajahnya memerah menahan marah.
Jeremy Lee menggenggam erat cadar katil itu.Aura di bilik itu berubah dengan drastik.Charles Zhu menjadi panik kerana Tuan Mudanya sedang merasa murka.Bahkan saat ini mungkin nyawanya akan melayang.

"Charles!Sediakan kereta!Aku nak keluar!"Kata Jeremy Lee dengan tegas sambil menyibak cadar katil sehingga jatuh ke lantai hospital.Dia mencabut semua tiub-tiub yang dipasangkan di tangan kekarnya.
.
.
.
Steven memakai baju kalis peluru dan mengisi ulang peluru pistol emasnya.

"Encik Parkinson,sediakan kereta!Kita akan bergerak sekarang! Pastikan rancangan kita berjaya!"Arah Steven Hilderson dengan aura karisma yang tinggi.

"Ba,baik,Tuan Muda Steven!"Balas Encik Parkinson.Encik Parkinson mengarahkan bawahan tuannya untuk bersedia.
.
.
.
~Gerard's Flashback~

Gerard Parkinson membuka peti ais untuk mengambil air sejuk.Tiba-tiba sahaja tekaknya merasa dahaga malam ni.
Dia melihat jam di dapur yang menunjukkan lewat malam.Ayahnya masih belum balik.
Bunyi pintu utama rumahnya dibuka seseorang.Rupa-rupanya itu adalah ayahnya.Wajah ayahnya sungguh letih.Nampaknya ayahnya bekerja overtime hari ni.

"Kerja overtime ke,Papa?"Tanya Gerard apabila ayahnya melaluinya sambil tangannya menuangkan air ke dalam gelas.

"Ha'ah...Kamu ingat kejadian tembakan yang berlaku dekat sekolah kamu hari tu?"

Gerard mengangguk sambil meminum air sejuk.

"Wanita boss, Selena Rosellea Parker kena culik...-"Ujar Encik Parkinson.

"Ppang-"Gelas yang ada di tangan Gerard jatuh berderai apabila mendengar nama yang amat ia kenali di culik.

"Kenapa dengan kau ni,Gerard?"Encik Perkinson berlalu ke biliknya meninggalkan anaknya untuk berehat setelah lama bekerja overtime.Tubuhnya merasa lenguh kerana lama mencari maklumat.
.
.
.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡

Bulan Menyinari MawarWhere stories live. Discover now