11 : Penculikan

20 3 0
                                    

Jeremy Lee merasa senang hati.Mereka pun bersedia untuk keluar dari bilik muzik itu.
Tiba-tiba ada tembakan yang berlaku di bilik itu.Jeremy Lee dengan pantas menarik Selena ke dakapannya hingga terjatuh ke lantai bilik itu.Mujur peluru-peluru pistol itu tidak mengenai anggota tubuh mereka.
Namun,masalah tidak terhenti di situ.Sekumpuluan lelaki berpakaian kot hitam  masuk melalui tingkap dan pintu bilik itu.Mereka mengelilingi Selena dan Jeremy.
Lelaki-lelaki itu mula menyerang Jeremy Lee.Jeremy sekuat tenaga berlawan dengan mereka.
Andainya Jeremy Lee membawa pistol.
Jeremy Lee menyedari bahawa mereka tidak mengasari Selena .Ya,mereka inginkan Selena !
Seorang lelaki menyerang hendap Jeremy Lee dari belakang.Jeremy Lee memegang kepalanya dan mendapati ada darah.Jeremy Jatuh ke lantai.

"Jeremy !!!" Jerit Selena apabila Jeremy dipukul oleh lelaki itu.Dia menekup mulutnya.

Dua lelaki merentap tangan mulus Selena .Selena meronta-ronta dalam pegangan dua lelaki itu.

"Buukk !!!" Selena dipukul di bahagian tengkuk oleh dua lelaki bersenjata itu.Selena pengsan dalam dakapan lelaki itu.

"Urgh...Sel, Selena !!!" Jerit Jeremy Lee.Matanya menjadi samar-samar.Dia cuba untuk bangun namun gagal.Dia pun pengsan kerana kehilangan darah.

"Boss Ben? Macam mana dengan budak lelaki ni?" Tanya salah seorang lelaki yang menyerang mereka.Ternyata yang memukul Selena ialah Ben Huang,konco Rafael Alexander.

"Biarkan dia.Kita hanya nak perempuan ni saja..." Balas Ben Huang.Tangannya merangkul Selena di pangkuannya.

Mereka meninggalkan Jeremy Lee yang terlantar pengsan.Selena dibawa pergi dari tempat itu.
.
.
.

"Tuan Muda Steven ! Ada masalah... Ini berkenaan Cik Selena !" Kata Encik Parkinson dengan riak cemas.Wajah dan tangannya berpeluh.Mana taknya,Cik Selena Rosellea Parker itu ialah wanita kesayangan Tuan Muda Steven Hilderson.

Steven Hilderson terkejut.

"A,Apa?! Apa yang berlaku? Tanya Steven Hilderson  bertubi-tubi dengan geram.

"Cik Selena telah diculik,Tuan Muda...! Kami masih mengenalpasti siapa dalangnya..."

"Deg-" Steven Hilderson terkejut apabila mengetahui wanitanya diculik.Dadanya terasa sesak.

"Namun,ada satu hal lagi...Tuan Muda Jeremy juga terlibat dalam pergelutan itu..."sambung Encik Parkinson

"Jeremy? Jeremy Lee? Sepupu aku?" Tanya Steven Hilderson.Kening kanannya sedikit terjungkit apabila mendengar nama sepupunya.

"Ye,dia cuba menyelamatkan Cik Selena tapi gagal sebaliknya dia pengsan dipukul dan alami pendarahan di kepala..." Balas Encik Parkinson dengan detail-nya

"Um? Cari dalangnya secepat mungkin.Berani dia menjemput mautnya sendiri.Menculik wanitaku...AHAHA! Cari nahas!"

"Kerahkan nak buah kita lagi.Cari Sampai dapat !" Ujar Steven Hilderson.Dia merasa sesak di dada.Wanita kesayangnnya diculik.
.
.
.

Psst, comments and vote are free!!!

Bulan Menyinari MawarWhere stories live. Discover now