10 : Strangeness

22 3 0
                                    

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

Diperlihatkan seorang lelaki berkot hitam dengan sulaman berlian di kedua-dua bahunya.Dia menghisap sebatang rokok.Semestinya rokok yang berkualiti bahkan mahal seharga sebuah banglo.Lelaki itu duduk di kerusinya dengan tenang.Sepucuk pistol berada di atas mejanya.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian sederhana namun berkot biasa,iaitu Ben Huang.Ben Huang mendekati lelaki tadi.Dia membisikkan sesuatu di telinganya

"Tuan Rafael,saya telah mengikut Steven Hilderson seperti yang diarahkan Tuan dan mendapati akhir-akhir ini Steven Hilderson sering menunggu di hadapan sebuah sekolah.Saya rasa dia sedang mengincar seseorang." Ujar Ben Huang dengan nada bisikan di telinga Rafael.Ya! Lelaki itu Rafael Alexander.

Rafael Alexander merupakan antara Mafia terkuat yang ditakuti dan setara dengan kekuasaan Mafia Steven Hilderson.Rafael Alexander amat memusuhi Steven Hilderson kerana dia ingin menandingi Steven dan menjadi yang terkuat.
Rafael Alexander menghembus asap rokok yang memenuhi mulutnya.

"Ouh? Cari tahu siapa yang sedang dia lindungi segera...Mungkin kita boleh menggunakan dia?AHAHAHAAHAH!" Kata Rafael Alexander diiringi tawa keras.

Rafael Alexander kemudian bangun dari tempat duduknya dan menuju balkoni ruang kerjanya.Tangan kekarnya diletakkan ke dalam poket seluarnya manakala tangannya yang lain memegang rokok di sela-sela jarinya.

"TCH,TCH,Huuuff..." Rafael Alexander menghembuskan asap rokokya.
.
.
.

Selena Rosellea Parker bersiap-siap untuk ke sekolah.Wajahnya sedikit ceria pagi ini.Diambilnya cermin mata besar yang berada di atas meja lalu dipakaikan.Seperti biasanya,wajah jelitanya akan terlindung kecantikan alaminya.
Dia berjalan ke dapur untuk menjamah sedikit sarapan yag disediakan ibunya.

"Ibu,saya pergi dulu, bye!Sayang ibu!" Ucap Selena kepada Puan Serena sambil memasukkan roti ke dalam mulut mungilnya.Dia memakai kasut lusuhnya itu dengan terburu-buru.

Sesampainya di sekolah,dia melihat Gerard Parkinson berada di lorong hadapan menuju kelasnya.Anak matanya membesar sedikit.

'I,itu Gerard!Apa yang dia buat kat sana?Dia nak bully aku lagi ke?Tapi...dia minta maaf kelmarin?Ah,jalan jelah...Abaikan dia..."Selena bermonolog.Sebenarnya dia masih lagi takut akan Gerard Parkinson.Takut lelaki itu membulinya lagi.
Kemudian,Gerard Parkinson menyedari dirinya dari kejauhan.

"Selena !!!" Sapa Gerard Parkinson dengan mesra dari kejauhan sambil tersenyum dan melambaikan tangan ke arahnya.

Selena terkejut kecil dengan tingkah laku Gerard Parkinson yang agak ramah itu.Namun dia bersyukur kerana Gerard Parkinson telah berubah.
Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki melanggar Selena  dari belakang sehingga cermin mata besar Selena jatuh ke lantai.Angin sepoi-sepoi menerbangkan rambut si gadis.
Gerard Parkinson terpaku melihat Selena .

'Cantiknya,...Selama ni aku tak perasan pon... dia cantik rupanya...'Gerard bermonolog di dalam hatinya.Wajah Gerard Parkinson sedikit memerah.

Selena  mengutip cermin mata besarnya lalu memakainya kembali.Dia meneruskan langkah kaki menuju kelas.Gerard Parkinson masih lagi kaku dengan wajah yang tidak percaya akan apa yang dia lihat.

"Er,Ge,Gerard..,kelas..." Ujar Selena apabila berselisihan dengan Gerard Parkinson.Faktanya dia sedikit takut.Yelah,Gerard kan pernah bully dia.

"Ah?Ya,ya...Eheh..." Balas Gerard Parkinson sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mereka pun berjalan bersama menuju kelas.Masing-masing senyap.
Gerard Parkinson sesekali melirik anak matanya untuk melihat Selena Parker yang berada di sampingnya.
Dia menyedari bahawa Selena  memang seorang gadis yang cantik namun cermin mata besar gadis itu menghalangi kecantikanya.
Semasa mereka sampai di kelas,suasana  yang selalu riuh bertukar menjadi suasana terkejut.Mana taknya.Gerard Parkinson dan Selena Rosellea Parker sedang berjalan bersama.Riak wajah masing-masing tidak percaya sama sekali.Yelah,sebelum ini Gerard selalu membuli Selena

"Duduk semua! Kita dah nak mulakan kelas dah ni!"Suasana canggung dan terkejut tadi mulai mereda dengan kehadiran guru untuk memulakan sesi pembelajaran.

Mereka tidak mengetahui bahawa Jeremy Lee sedang memerhatikan mereka di balik tingkap kelas.Sepertinya dia cemburu.Mungkin...
.
.
.

Akhirnya waktu rehat telah pun tiba,Semua pelajar bersusun menuju kantin sekolah untuk makan.
Gerard Parkinson berjalan menuju Selena Parker yang sedang membersihkan tulisan di whiteboard.

"Sel, Selena? Jom rehat sekali?" Ajak Gerard Parkinson.Tangan kanannya dimasukkan kedalam poket seluar.Ingat macho lah tu.

Selena  menghentikan aksinya.

"Ha?...Er...Sa,saya...-" Sebelum Selena menghabiskan kata-kata,dia ditarik keras oleh seseorang yang dia kenali,iaitu Jeremy Lee.

Gerard Parkinson terkesima dengan tindakan yang tiba-tiba itu.Dengan laju dia mencapai  kolar baju seragam Jeremy Lee.

"Apesal dengan kau ni?Main tarik-tarik pulak!" Kata Gerard dengan nada yang geram.Mata mereka berdua bertemu.Bukan geram sebab tak dapat rehat dengan Selena tetapi dengan tindakan Jeremy Lee yang kasar menarik pergelangan tangan Selena.

Dengan tangkas Jeremy Lee merebahkan Gerard Parkinson dengan sekali gerakan.Maklumlah dia sudah terbiasa dengan aksi-aksi bela diri kerana dia juga merupakan salah satu saudara Mafia Hilderson.

"Berhenti !!!" Jerit Selena dengan kuat.

"A,ah...Hissss-" Selena meringis kerana pergelangan tangannya terasa sakit.Jeremy Lee pun melepaskan Gerard Parkinson laluh membawa Selena pergi.

Mereka berdua sampai di bilik muzik yang selalu Selena duduk semasa rehat.

"Duduk sini diam-diam,kalau tak tengok lah apa aku buat nanti!" Kata Jeremy Lee kepada Selena .Selena dengan patuh menuruti arahan Jeremy Lee.Dia duduk layaknya gadis sopan di bangku yang di tuding Jeremy Lee tadi.

Jeremy Lee lalu pergi keluar dari bilik itu menuju ke suatu tempat.
Beberapa minit kemudian,Jeremy Lee kembali dengan membawa ubat di tangan.Dia berjalan ke arah Selena .Dia merundukkan badannyan untuk menyeimbangkan ketinggian dirinya dengan si gadis itu.
Dia mencapai tangan mulus Selena lalu mengusapkan ubat yang tadi dia ambil ke tangan Selena.
Selena  terpaku memandang Jeremy Lee.

'Dia...pergi ambil ubat untuk aku...?' Selena Bermonolog sendiri.

Jeremy Lee mendongakkan wajahnya memandang Selena.

"Aku tahu,aku hensem.Tapi tak payahlah pandang aku sampai macam tu sekali, Selena." Ujar Jeremy Lee apabila dia menyedari Selena memandang dirinya.

"A,ah..Ta,takkk...Sa,saya..." Balas Selena ,Dia cuba mencari alasan yang munasabah.Wajahnya menjadi merah apabila dengan tiba-tiba tertangkap basah memandang lelaki itu.

"AHHAAHAHAHHHAHAHHAHAH! Comel je kau ni!" Gelak Jeremy Lee apabila  Selena tergagap untuk membalas kata-katanya tadi.

Jeremy selesai mengubati tangan Selena.
Jeremy Lee menyeluk poketnya lalu menghulurkan sebungkus roti kepada Selna.

"Nah,makan roti ni. Nanti perut kau masuk angin pulak." Kata Jeremy sambil menghulurkan sebungkus roti kepada Selena

"Huh?O,okay..." Selena mengambil roti itu.Dia membuka bungkusan roti itu lalu membelah roti menjadi dua.Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Jeremy Lee.

"Ambik roti ni...Je,Jeremy..." Ucap Selena  sambil tangannya menghulurkan separuh roti kepada Jeremy Lee.Lelaki itu tersenyum miring.

"Suap aku!" Kata-kata itu membuatkan Selena  terkejut besar.Jeremy Lee pula sudah membuka mulutnya minta disuap.

Selena pun menyuapi Jeremy Lee dengan teragak-agak.Wajah Jeremy Lee menunjukkan riak puas.
.
.
.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡

Bulan Menyinari MawarWhere stories live. Discover now