2 : Hilderson'son,Steven!

25 8 2
                                    

⚠️ Before you read this story, please follow my account  ⚠️

Menampakkan seorang lelaki yang duduk di atas kerusi di suatu ruangan khusus sedang memegang sepucuk pistol Emas di tangan kanannya.Sesekali lelaki itu mengelap pistol itu menggunakan sapu tangan hitam. Beberapa lelaki bersut hitam turut ada di sekelilingnya seolah-olah sedang melindungi lelaki tadi.

"Ampunkan saya,Tuan Muda Steven!!!Saya tidak akan melakukannya lagi!!!Ampunkan saya,Tuan Muda Steven!!!"rayu seorang lelaki yang wajahnya hampir lunyai itu sambil tangannya dihulur meminta ampun dari lelaki tadi.Lelaki tadi hanya memerhatikan pistol Emas yang ada di tangannya.

"Kau tahu apa yang telah kau lakukan?"tanya lelaki yang memegang pistol Emas itu.

"Saya telah memberikan maklumat pada mu,musuh ki,kita..."jawab lelaki berwajah lunyai itu dengan gugup dan takut.

"Hurm,kau tahu itu musuh kita,tapi kau berikan maklumat tu juga.."ujar lelaki tadi yang masih memandang pistol emasnya.

"Bagaimana aku patut bunuh kau,ya?"ujar lelaki itu lalu bangun dari kerusi yang ia duduki tadi.Lelaki yang berwajah lunyai itu mula takut apabila lelaki itu mula berdiri dan menuju ke arahnya.

"Tembak di jantung?atau..."ujar lelaki tadi lalu pistol emasnya di letakkan di kepala lelaki berwajah lunyai itu.
Kemudian,dia mengangkat pistolnya lalu berdiri di suatu sudut lain di ruangan itu.
"Keluar!!!"kata lelaki yang memegang pistol emas.Lelaki yang merasa dirinya sudah terlepas maut itu bangun untuk melarikan diri dan...

"Bbangg!!!"bunyi tembakan dilepaskan dan otak lelaki tadi berkecai memenuhi dinding ruangan itu sehingga terpercik ke wajah si penembak.Lelaki yang cuba melarikan diri itu mati.

"Bersihkan ruangan ini.."arah lelaki berpistol tadi.

"Baik,Tuan Muda Steven!"balas salah satu lelaki bersut hitam.
.
.
.
Keluarga Mafia Hilderson merupakan keluarga yang digeruni ramai di Negara A yang kekuasaannya meluas di beberapa negara luar kerana mereka seorang yang kejam dan posesif dalam pelbagai hal.Keluarga Mafia Hilderson mempunyai seorang anak tunggal yang telah menerajui empayar perniagaan keluarga yang gah pada umur 18 tahun,iaitu Steven Hilderson.Dia telah membunuh ramai orang yang cuba berkhianat dan membelot keluarganya di usia yang begitu muda.
.
.
.
Steven mengelap wajah tampannya yang dipenuhi darah menggunakan sapu tangan hitam yang ada di tangannya.

"Ingat,ya?Sesiapa yang cuba membelot Keluarga Hilderson akan berakhir seperti ini...Tidak kiralah siapa pun orangnya,ya..."ujar Steven dengan dinginnya.
.
.
.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡

Bulan Menyinari MawarWhere stories live. Discover now