4 : Bilik Muzik

24 6 0
                                    

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️


Selena berjalan menuju ke bilik muzik yang berada di hujung koridor sekolahnya.Ia merupakan tempat yang paling disukai di sekolah kerana ia berada di tempat yang terpencil dan tiada gangguan.Setiap kali dirinya ke sana,suasana hatinga sedikit tenang.
Selena membuka pintu bilik itu dan masuk lalu dia mengambil tempat untuk duduk dan memainkan piano yang ada di hadapannya.Tanpa diketahui Jeremy sedang memperhatikannya dari dalam bilik itu.

[Flashback]

Jeremy sedang tidur di dalam bilik muzik dengan tenang.Tiba-tiba dirinya terbangun kerana bunyi langkah kaki dari dalam bilik itu.Dia bangun lalu melihat gerangan yang memasuki bilik itu.Rupa-rupanya Selena.Kemudian, Selena duduk dan memainkan piano di hadapannya.Selena tidak menyedari bahawa ada seseorang di dalam bilik itu.Selena memainkan piano dengan kusyuk sekali manakala Jeremy mendengarkan alunan yang indah itu.Dia hanya melihat sang gadis itu.Jantungnya berdegup setiap kali dia melihat Selena.

[Flashback End]

"Pak,pak,pak,pak,pak,pak,pak,pak!!!"bunyi tepukan dari dalam bilik yang ia huni itu.
Selena pun memberhentikan jarinya dengan mendadak sehingga bunyi piano perih di telinga.

"Kenapa kau berhenti?Teruskan,ternyata kau sungguh berbakat orangnya..."ujar Jeremy selepas menepuk tangan.Selena lekas berdiri apabila mendapati Jeremy turut ada di sana.Dia takut kalau Jeremy akan membulinya.Jeremy berjalan mendekati Selena yang telah berdiri itu.

"Jangan dekat!"kata Selena dengan takut.Jeremy cuba mendekati Selena.

"Jangan dekat!!"kata Selena lagi.Jeremy tetap datang mendekat walaupun di teriaki oleh Selena.

'Gadis yang menarik sekali...'ujar Jeremy di dalam hatinya.Dia ingin mengusik Selena.
Jeremy menarik tangan Selena lalu menempelkan sang gadis ke dinding bilik itu.Tangannya menghalangi Selena daripada lari.Jeremy pertama kali melihat wajah Selena dari dekat.Menggunakan tangan kanannya lalu membuang kaca mata sang gadis.Dia dapat melihat wajah cantik Selena dari dekat.Ternyata kaca mata itu menjadi penghalang wajah cantik Selena.

"Gulp..."Jeremy menelan ludah.Bibir merah nan seksi Selena kelihatan mengghairahkan.

"Apa yang ingin kau lakukan,hah?!"tanya Selena cemas setelah kaca matanya dibuang dari tempat asalnya.Jeremy cuba untuk mencium Selena namun gadis itu menyedari perlakuan yang akan bakal dilakukan oleh Jeremy dan sempat melarikan diri ke kelas.

"Dasar lelaki bodoh!Uhuks!"ujar Selena sebelum meninggalkan bilik itu diselangi tangis dan hilang dari pandangan Jeremy.Jeremy tersenyum nakal.

"Benar-benar gadis yang menarik sekali.Mengapa aku tidak pernah menyedarinya sebelum ini,haishh!"ujar Jeremy nakal lalu membetulkan baju seragamnya.
.
.
.
Dalam perjalanan ke kelas, Selena mengelap air mata yang mengalir di pipi mulusnya.Kemudian,dia bertemu dengan Gerard di lorong menuju kelas.Gerard mengjulurkan sedikit kaki panjangnya untuk menyekat kaki Selena yang sedang menghala ke arahnya.Wajah Gerard penuh kebencian apabila memandang Selena kerana Selena merupakan anak orang miskin yang bersekolah di sini.Bagi Gerard, Selena tidak layak bersekolah bersama orang kaya seperti mereka.
Selena melihat geng Gerard yang berada di lorong.Dia sudah mengetahui apa yang bakal berlaku selepas ini.Selena semakin mendekat.Tiba-tiba...
"Bukk!"Selena terjatuh kerana tersadung kaki panjang Gerard si pembulinya itu.
"Hahahahaahahahhahah!Padan muka!Hahahahahhah!"Gerard ketawa dengan kuat.Selena pula terduduk di atas lantai sambil menunduk.Dia tidak berani mengangkat kepalanya.Kemudian sampah di taburkan ke atasnya.Kawasan itu menjadi kotor kerana ulah Gerard.Lelaki itu kemudiannya beredar dari situ bersama anak buahnya sambil ketawa gembira.Selena pun menangis teresak-esak.
.
.
.
Setelah tamat waktu persekolah, Selena berjalan pulang.Sebelum itu,dia menuju ke tandas awam untuk membersihkan seragamnya yang kotor sambil membawa buku sekolah dan satu buku berwarna biru yang merupakan tempat luahan perasaannya.
Selena menangis teresak-esak disudut tandas awam itu sambil tangannya sibuk menulis sesuatu di dalam buku biru tadi yang merupakan diari miliknya.
.
.
.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡

Bulan Menyinari MawarWhere stories live. Discover now