63 Khabar Gembira

163 2 0
                                    

Pov Adib Umair

Tidurku terganggu dengan tangisan Anis Umairah. Hairan kenapa dia menangis tersedu-sedu tengah malam ni.

"Abang bangun!!" Badanku terasa tergoncang, seakan-akan terasa ada gempa bumi. Setelah terasa pipiku di tampar-tampar perlahan barulah aku duduk melihat Anis Umairah yang duduk di hadapanku.

"Hah!! Ada apa honey?" Kesedaran ku masih belum penuh, seolah-olah antara tidur dan tidak.

"Anak kita abang!!" Raungku Anis Umairah terdengar memecah kesunyian malam.

"Kenapa dengan anak kita?" Ucapku mulai cemas, aku takut terjadi apa-apa pada mereka. Apa lagi aku dah tak sabar menjadi seorang ayah.

"Anis keluar darah abang, semalam perut Anis sakit sangat...ingatkan sakit di sebabkan masuk angin saja, tapi tadi anis pergi bilik air tengok ada darah menitik kat lantai." Suaraku tersedak di kerongkongan mendengar penjelasan Anis Umairah tadi.

Bukannya orang mengandung tak keluar darah ke?

Apa yang terjadi sebenarnya?

Aku segera mengambil telefon bimbitku dan menelefon ibuku dan umie Anis. Nasiblah mereka jenis yang bangun tengah malam untuk solat tahajud. Mereka berpesan agar segera membawa ke hospital yang terdekat, dan aku segera memberitahu mereka agar ke hospital besar Slim River.

Sesampainya di hospital aku terus ke bahagian kecemasan dan mendaftar Anis. Mujur orang tak terlalu ramai. Jadi awal Anis Umairah di tangani oleh doktor.

"Anis Umairah Binti Muhaimin." Seorang perawat keluar dari bilik doktor memanggil nama Anis. Aku mengikuti Anis Umairah masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Aku ingin tahu lebih lanjut masalah yang Anis hadapi.

Aku melihat Anis Umairah sudah di tangani oleh Dr Syazwan, usianya dalam lingkungan 20an kalau dilihat dari raut wajahnya. Mungkin seusia dengan aku. Aku dah tak peduli soal itu, yang penting Anis dan kandungannya tidak apa-apa.

"Okay mama, baring ke atas katil ya." Aku melihat cuba mengikuti setiap arahan yang Dr Syazwan berikan. Aku hanya diam, lihat apa yang Dr Syazwan cuba lakukan untuk mengendalikan kes Anis.

"Nila, tolong pasien naik atas katil." Arah doktor itu pada jururawatnya.

"Baik Dr Syazwan."

Setelah beberapa minit kemudian, Dr Syazwan meletakkan krim ke atas perut Anis. Sebenarnya aku nak membantah tapi apakan daya, dah tugas doktor tu. Nak cari doktor perempuan tengah-tengah malam macam tak mungkinkan?

Dr Syazwan meletakkan keatas perut Anis kemudian menggerakkan lembut. Aku lihat kat screen yang Dr Syazwan tunjuk.

"Keadaan baby takde masalah mama, dia elok jer tu...!" Ucap Dr Syazwan dengan senyuman tipis.

Hatiku lega apa yang telah Dr Syazwan beritahu, sekurang-kurangnya keadaan janin yang ada kat rahim Anis Umairah tidak berlaku apa-apa yang merisaukan.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor. Tapi macam mana darah yang keluar tu?" Tanya Anis Umairah dengan serius menatap Dr Syazwan yang berada di tepi katil pasein.

"Mungkin itu lebihan darah haid mama yang belum habis keluar."

Begitulah Dr Syazwan yang aku dengar, aku hanya mengangguk lega. Kata doktor, tak perlu risau buat masa ni ... tapi kalau lagi keluar lain hari boleh terus jumpa dengan dia, insya Allah dia akan kendalikan sebaik mungkin.

Aku cuma tersenyum samar.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor." Ucapku dengan perasaan gembira.

"Okay mama, sila bangun ya...nanti saya akan beri ubat untuk kuatkan janin. Dan tolong makan makanan yang berkhasiat."

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now