Bab 31 Makan Bersama

137 5 0
                                    

Setelah Puan Saleha selesai memasak, dia segera merapikan lauk pauk yang diletaknya ke atas meja makan. Kemudian dia memanggil seluruh keluarganya untuk makan bersama.

"Adib, panggil Anis makan nasi!" Teriak Puan Saleha pada Adib yang setia menonton tv di ruang tamu.

"Baik ibu!" Teriak Adib dari ruang tamu dan terus bergerak ke lantai atas rumahnya untuk memanggil Anis, isteri rahsianya.

Adib tersenyum samar mengingatkan semula akan kelakuannya yang tidak beradab fikirnya. Walau pun Anis memang sah untuk dia sentuh sesuka hatinya, tapi ia masih menjadi secret wifenya hingga kini kerana Anis sendiri belum tahu status pernikahan mereka yang sesungguhnya.

Tok tok tok

"Anis, ibu panggil makan!" Laung Adib Umair dari luar bilik Anis.

Tidak berapa minit kemudian, Anis Umairah membuka daun pintunya dan berdiri di depan Adib. Seperti sudah mandi dan ganti pakaian. Adib tersenyum samar melihat tingkah Anis Umairah yang gugup bila berhadapan dengannya.

"Maaf Anis lambat!" Sahut Anis sambil meringis pelan.

"It's okay, jom kita ke dapur." Ucap Adib Umair.

Anis mengikuti langkah Adib dari belakang, dia menjadi salah tingkah setelah berlaku perkara yang tak sepatutnya Anis fikir. Anis takut Adib hanya memberi dia harapan palsu. Sepadan ke dia dengan Adib bersanding? Dia hanya seorang pelajar sekolah yang belum lulus sementara Adib mempunyai segalanya, kehidupan dan pekerjaan yang stabil. Jika di bandingkan antara dia dan Cikgu Farah jauh antara langit dan bumi.

Anis harus memastikan dengan Adib, siapa Anis dihatinya? Fikirnya.

"Anis duduk, kenapa bengong dari tadi?" Tanya Adib tergelak melihat gelagat Anis dari tadi.

"Eh...tiada apa-apa!" Jawab Anis serba tak kena.

"Kamu kenapa Anis?" Tanya Puan Saleha hairan sambil melirik Adib yang duduk di sebelah Anis.

Encik Amri cuma tersenyum melihat Anis yang masih belum mengetahui kenyataan yang sebenarnya, Encik Amri tahu Adib sudah terlebih dahulu menjalankan aksinya walaupun mereka sempat berpesan agar jangan dulu mengganggu Anis...agar pelajaran Anis tidak berciciran.

"Tiada apa ibu, boleh Anis nak ke Library Awam dekat bandar tu?"

"Anis nak cari apa dekat sana?" Tanya Puan Saleha berkerut dahi.

"Anis suka cari buku-buku untuk di baca, dekat library sekolah majority Anis dah baca."

"Adib tertegun mendengar setiap yang Anis kata, biar betul? Boleh di katakan semua buku di sekolah sudah Anis pinjam?" Adib terpekik pelan terkejut sampai begitu sekali Anis belajar.

Puan Saleha dan Encik Amri tergelak takjub dengan kelebihan Anis.

"Boleh, nanti abang temankan Anis." Adib telah membuat satu janji untuk Anis yang perlu ia tunaikan.

"Janji?" Sahut Anis Umairah bersemangat.

Adib cuma mengangguk membenarkan.

"Jom makan, nanti makanan sejuk tak sedap." Kata Puan Saleha dengan senyuman bahagianya.

Setelah membaca doa makan, mereka pun menyantap makanan dalam senyap hingga habis tak bersisa.

"Anis bantu ibu ya basuh pinggan." Kata Anis menawarkan dirinya setelah mereka selesai makan pada siang itu.

"Tak payah Anis, kamu baru sihat jadi ibu nak Anis masuk bilik rehat atau apa-apa saja Anis nak buat kalau bosan." Sahut Puan Saleha dengan panjang lebar.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now