Bab 33 Anis Umairah ke mana?

141 6 0
                                    

"Astaghfirullah Adib, dah seminggu lebih Anis tinggal bersama kita kau langsung tak pernah terfikir minta nombor handphonenya?" Geram Puan Saleha melihat Adib tak ubah seperti cacing kepanasan.

"Adib selalu terlupa minta ibu, sebab Adib tak pernah terfikir benda ni akan jadi." Sahut Adib mundar mandir di depan Puan Saleha.

"Kau tu sebagai suaminya seharusnya peka pada keperluan isteri, sekiranya ada masalah bincang elok-elok. Ke manalah agaknya Anis pergi Adib? Apa sebenarnya yang terjadi? Ibu tak tahu apa yang berlaku antara korang berdua, tapi ibu tak mahu tahu ... Adib kena cari Anis sekarang juga!" Tegas Puan Saleha tak ingin di bantah.

"Okay ibu, Adib pergi sekarang juga cari Anis." Sahutnya dan bergerak menuju ke arah tempat letak kenderaan.

Fikiran Adib bercelaru tak tahu dia nak mencari Anis bermula dari mana, kerana kawasan bandar amat luas dan payahnya Anis langsung tidak dapat dia hubungi. Adib round bandar dari satu tempat ke tempat yang lain. Hari dah mula petang, namun bayangan Anis pun tak kelihatan. Adib nekad ke rumah Anis untuk memeriksa mana tahu Anis ada singgah di sana. Sekiranya tak jumpa juga, Adib tekad akan melaporkan kepada pihak berwajib.

Adib memandu keretanya dengan kelajuan tinggi menuju ke rumah Anis. Dia berharap Anis dapat di temui dengan segera sebelum hari mulai gelap. Setelah beberapa minit memandu, akhirnya Adib sampai di depan rumah Anis. Adib melihat pintu gerbang rumah Anis terbuka luas dan tanpa berfikir panjang Adib memasukkan keretanya ke pintu gerbang untuk melihat keberadaan Anis.

Adib turun dari kereta menuju ke arah pintu utama rumah dan melihat Anis Umairah tengah duduk memeluk lulutnya sambil menghadapkan wajahnya kebawah tengah menangis tersedu-sedu.

Alhamdulillah! Kenapa aku tak terfikir dari tadi cari dekat sini" Ucapnya menepuk dahi setelah melihat keberadaan Anis. Adib datang mendekati Anis dan duduk membongkok berhadapan dengan Anis.

"Anis!" Seru Adib sambil menyentuh bahu Anis yang masih tersedu-sedu. "Abang minta maaf kalau di sebabkan Abang Anis jadi macam ni, mari kita balik." Ajak Adib dengan lembut.

Anis hanya menggeleng perlahan dan tidak mahu bergerak dari tempatnya.

"Jangan buat abang macam ni, abang minta maaf." Hati Adib terasa perih melihat keadaan isterinya Anis yang menyayat hati. Adib tak sangka perbuatannya semalam telah melukai hati orang yang dia sayang.

"Anis rindu dengan abah dan umie." Sahut Anis yang membuatkan hati Adib terasa pedih mendengarnya.

"Abang tahu Anis, hujung minggu ni mereka dah balik." Sahut Adib menenangkan hati Anis.

Adib mengangkat wajah Anis, dia melihat mata Anis yang bengkak dan wajahnya yang merah kerana terlalu lama menangis.

"Cuba beritahu dengan abang, kenapa Anis tak ke sekolah? Kenapa Anis tak balik rumah? Anis sudah makan ke?"

Anis hanya diam membisu mendengar pertanyaan Adib yang tak henti-henti.

"Anis ada masalah ke?"

"Anis nak tinggal di sini!" Sahut Anis sambil menyambung tangisannya.

Adib menyapu air mata Anis dan menarik Anis masuk ke dalam pelukannya. Dia tak sangka perkara ni akan berlaku dalam hubungan mereka.

"Abang tak benarkan Anis tinggal di sini sorang-sorang, bahaya." Adib mengusap lembut kepala Anis Umairah yang kini berada dalam dakapannya.

"Anis, boleh ke kita mulakan hubungan kita dari awal?" Kata Adib dengan lembut.

Anis keluar dari pelukan Adib, dan menatap mata Adib dengan matanya yang kuyu.

"Maksud abang?" Anis berkerut dahi. Anis tak mengerti apa yang hendak di mulai?

Adib tersenyum singkat.

"Kita mulai hubungan kita dari awal, agar Anis boleh memahami abang dan begitu juga sebaliknya." Ucap Adib lembut.

"Abang sayang Anis ke?"

Adib mengangguk sambil mengusap lembut pipi Anis.

"Abang sayang Anis sepenuh hati abang, Anis hanya milik abang sorang!" Kata Adib Umair perlahan-lahan.

"Macam mana abang dengan Cikgu Farah?"

Adib menggeleng singkat.

"Antara abang dengan Cikgu Farah tak ada hubungan special pun, yang ada cuma antara kita berdua... antara abang dengan Anis." Sahut Adib sambil memegang kedua-dua bahu Anis.

Anis mengangguk pelan sambil tersenyum.

"Hal semalam....?" Ucapan Anis tergantung... Anis ingin tahu apa kesalahan yang dia lakukan hingga dia terasa mendapat layanan buruk dari Adib.

"Ohh hal semalam tu.....!" Adib menundukkan kepalanya. " Abang minta maaf, abang tak boleh lihat Anis rapat dengan lelaki lain ... !" Jawab Adib lambat-lambat dan menatap mata Anis yang membengkak.

"Dia? Harris?"

Adib mengangguk perlahan.

"Harris cuma teman sekolah Anis di kampung, tidak lebih!" Sahut Anis sambil menatap mata Adib.

"Abang tahu!" Ucapnya sambil menggangguk. Adib menarik lembut dagu Anis, kemudian mengucupnya singkat.

Mata Anis membulat terkejut dengan perlakuan Adib. Dia menjadi gugup.

"Mari kita balik rumah, ibu risau fikirkan Anis." Kata Adib sambil menarik lembut tangan Anis dan mereka berdiri hampir bersamaan.

"Anis minta maaf buat abang, ayah dan ibu risau."

Adib hanya tersenyum dan menggangguk perlahan.

"Yang penting Anis selamat dan sudah ada di depan mata abang." Katanya lagi.

Mereka pun segera balik ke rumah Adib dan dia mengemudi keretanya dalam kelajuan sedang. Perasaan Adib dah mula terasa tenang, dia berjanji pada dirinya sendiri akan selalu memberi perhatian yang cukup pada Anis. Anis belum boleh terima masalah yang berat-berat kerana fikirannya masih belum matang untuk membeza baik buruk sesuatu yang dia lakukan.

Ini juga satu pengajaran pada Adib agar bijak menghadapi sesuatu masalah.

"Anis, kamu dari mana saja sayang seharian ni?" Ucap Puan Saleha setelah mereka sampai di rumah.

"Anis ke rumah abah!"

"Buat apa dekat sana tak ada orang?" Hairan Puan Saleha. "Lain kali kalau Anis ada masalah, cerita dengan ibu ya!"

Anis menggangguk perlahan.

"Adib ...lain kali, kalau ada masalah bincang baik-baik." Sahut Encik Amri yang turut duduk di sofa ruang tamu.

"Baik ayah!" Jawab Adib turut mendudukkan dirinya di sofa.

"Adib, bawa Anis ke biliknya untuk membersihkan diri kemudian kita makan bersama." Ucap Puan Saleha sambil mengusap lembut kepala Anis.

Adib mengikuti setiap arahan yang Puan Saleha arahkan. Setelah Anis sudah membersihkan dirinya, mereka pun makan bersama-sama pada malam itu.

Adib termenung di luar rumah setelah menghantar Anis ke biliknya. Encik Amri mendekati Adib dan menepuk lembut pundak anaknya itu.

"Apa yang Adib fikirkan? Cuba Adib cerita dengan ayah!" Soal Encik Amri yang dapat merasakan anaknya menghadapi suatu masalah.

"Entahlah ayah, Adib pun tak tahu macam mana! Susah Adib nak jelaskan." Sahut Adib melihat ayahnya yang berada berdiri di tepinya.

"Adib... dalam rumah tangga itu kena ada tolak ansur, saling mempercayai pasangan, bincang jika ada masalah, dan jangan terburu-buru bila buat suatu keputusan. Ayah tidak tahu, apa sebenarnya masalah korang berdua... Tapi sebagai seorang ayah, ayah tak mahu dengar lagi perkara ni berulang . Adib kena bijak menyelesaikan masalah dan Adib kena sabar hadapi karenah Anis, dia masih terlalu muda untuk memahaminya." Kata Encik Amri bijak sambil menepuk lembut bahu Adib.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now