Bab 52 Rawatan Penyakit Puan

134 3 0
                                    

Setelah beberapa hari Adib balik dari hospital, dia tetap berasa pening dan mual. Itu membuat ibunya Puan Saleha dan ayahnya Encik Amri merasa cemas melihat keadaan Adib Umair yang belum pulih sepenuhnya. Namun Adib Umair percaya, pasti yang dia alami ada kena mengena dengan Anis, apa lagi setelah melihat pola makan Anis yang mengejutkan. Selera makan Anis Umairah bertambah dan tidak memilih seperti biasa.

Sepulangnya dari sekolah, Adib Umair bercadang untuk membawa Anis ke klinik yang terdekat untuk memeriksa Anis, Adib begitu percaya dan yakin Anis hamil.

"Honey, Anis siap-siap ya ikut abang pergi klinik."

"Buat apa abang?"

"Cek kehamilan Anis, abang yakin Anis hamil."

Apa lagi melalui kata-kata Amar, selagi Anis tak cek kehamilan, selagi itulah Adib akan merasakan pening dan mual-mual wanita hamil. Dia dah tak larat menanggung, apa lagi dia kena pergi mengajar di sekolah.

"Baik abang."

Anis Umairah sebenarnya ragu-ragu untuk cek kehamilan, sebab dahulu Anis pernah berubat bahagian rawatan penyakit puan, dan doktor mengatakan bahawa dia sulit untuk hamil apabila sudah berumah tangga kerana period bulanannya tidak teratur seperti remaja lain seusianya.

"Ibu, kami keluar sebentar ya!" Adib dan Anis meminta izin untuk keluar kepada Puan Saleha.

" Adib nak ke mana tu? Takkan baru je balik dari sekolah nak jalan lagi, Adib belum sihat sepenuhnya." Cemas Puan Saleha kedengaran di Indera pendengaran Adib Umair.

"Adib nak jalan-jalan ambil angin dulu ibu, nanti Adib awal balik ya!" Cuba menenangkan hati Puan Saleha.

"Yalah kalau macam tu, korang berdua hati-hati ya."

"Okay ibu, assalamualaikum,!" Ucap Adib dan Anis hampir bersamaan.

"Waalaikumussalam!" Puan Saleha berdiri di koridor rumahnya melihat kereta Adib dan Anis keluar dari gerbang pagar rumahnya.

Setelah beberapa minit mengemudi, kereta Adib Umair tidak ke klinik yang biasa mereka pergi.

"Abang, kita nak ke mana ni?"

"Kita ke tanjung malim ya, kita cek kat klinik swasta di sana."

"Jauhnya abang, kenapa pergi jauh sangat?"

"Supaya takde yang kenal Anis." Sahut Adib sambil tersenyum tipis.

Anis menggangguk faham maksud Adib. Apa lagi perkahwinan mereka di rahsiakan, risau kalau-kalau ada orang yang mengenali mereka berdua.

"Oh, okay." Suasana dalam kereta sunyi hanya kedengaran lagu dari radio FM.

Ha-ah-ah-ah
Ha-ah-ah

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
DariMu, Tuhan, pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar

Asmaramu di hampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now