Bab 49 Adib Umair Sakit

135 2 0
                                    

Sebulan kemudian....

Sedang Adib merapikan sejadahnya setelah mereka habis solat subuh berjemaah, tiba-tiba dia terasa perutnya bagaikan tergoncang, tekaknya terasa pahit teramat sangat. Adib berlari ke arah bilik mandi...

Huwekkk huwekkk!!!

Adib mengeluarkan semua isi perutnya. Anis Umairah berlari ke arah bilik mandi, melihat keadaan Adib yang tiba-tiba sahaja kelihatan kurang sihat, wajahnya pucat lesi.

"Abang okay ke?" Anis mengurut perlahan tengkuk suaminya, dia risau melihat keadaan Adib yang melemah.

"Insya Allah, abang okay!" Sahutnya. Adib terasa seakan-akan dunia yang dia pijak berpusing.

"Abang, hati-hati!!" Tegur Anis, melihat Adib sikit lagi tersungkur di bilik mandi.

"Ya Allah, kenapa dengan aku ni?" Keluhnya dalam hati.

"Kita ke hospital ya abang!"

No, abang tak nak ke hospital.

"Hari ni abang cuti ya, takut makin teruk penyakit abang." Ucap Anis dengan nada cemas.

Anis segera memimpin Adib menuju ke katil, kemudian dia segera membaringkan Adib untuk berehat. Keringat dingin mula berkeluaran di dahi Adib. Anis menjadi cemas, inilah kali pertama dia melihat Adib kurang sihat dan tak berdaya. Adib duduk menyandar di katil, memicit-micit perlahan keningnya.

"Please, Honey jangan guna minyak wangi... Kepala abang makin sakit."

Mata Anis membulat terkejut dengan ucapan Adib Umair tadi.

"Tapi ini minyak wangi yang abang hadiahkan Anis?" Sahut Anis hairan.

"Buang saja Anis, abang pening tercium perfume tu."

Anis menganga seakan tak percaya.

"Tapi....!"

Huwekkk huwekkk!!

Adib berlari semula menuju ke bilik air, pagi ini Adib betul-betul tak kuat. Dia berselimut menutupi semua badannya.

"Jauh-jauh sikit honey, please Anis mandi semula dan tak usah guna perfume itu lagi."

"Astaghfirullah, Aniskan sudah mandi?" Ucap Anis tak habis fikir.

"Buat je apa yang abang suruh."

"Okay abang, Anis pergi mandi kejap. Abang rehat dulu ya!"

Hari itu Anis terpaksa tidak ke sekolah kerana merisaukan keadaan suaminya Adib, dia bercadang untuk memberitahu pada familynya tentang keadaan Adib yang lemah tak bermaya.

30 minit kemudian....

Puan Zulaikha dan Puan Saleha serentak datang ke rumah Adib dan Anis pagi itu sambil membawa sedikit makanan untuk di makan pagi itu.

"Anis, kat mana Adib?" Puan Saleha tercari-cari kelibat Adib bahagian ruang tamu dan dapur.

"Abang Adib kat bilik ibu, tengah berehat." Sahut Anis dengan sopan.

Mereka bertiga pun menuju ke bilik utama untuk melihat keadaan Adib.

"Kamu okay ke sayang?" Puan Saleha duduk di tepi katil sebelah Adib berbaring yang tengah tertidur.

"Kita bawa Adib ke hospitallah Sal, risau pula saya tengok." Ucap Puan Zulaikha setelah melihat keadaan Adib yang pucat seperti mayat.

"Kita tunggu Adib bangun dari tidurnya." Katanya sambil mengusap lembut kepala anaknya.

"Bila lagi Adib begini Anis?" Tanya Puan Zulaikha pada anaknya Anis.

"Baru saja umie, lepas solat subuh tadi... Ada lebih 2 kali juga abang Adib muntah-muntah, tapi air saja yang keluar." Jelas Anis lambat-lambat.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now