Bab 50 Kerisauan Cikgu Farah

129 4 0
                                    

Anis duduk termenung di kerusi sebelah katil Adib sambil menggenggam tangan Adib yang masih tertidur kerana pengaruh ubat yang di makannya. Dia tidak mengerti mengapa Adib tiba-tiba boleh jatuh sakit, pada hal beberapa hari ini Adib aktif seperti biasa, cuma kadang-kadang Adib mengeluh sakit kepala.

"Anis fikir apa tu?" Tanya Puan Saleha sambil mengelus kepala Anis Umairah.

"Anis cuma fikirkan abang Adib ibu!" Sahut Anis dengan wajah keruh.

"Anis tak perlu risau ya, Anis sudah dengar jugakan doktor kata suami kamu tidak apa-apa... cuma kekurangan air dan vitamin c." Terang Puan Saleha dengan lembut.

"Anis tak tahu apa yang abang Adib makan hingga kerap muntah-muntah, kadang-kadang abang Adib mengeluh pening kepala." Terang Anis lagi.

Puan Saleha mengangguk faham dengan Keterangan Anis.

"Nanti pastikan Adib makan vitamin C dan banyakkan minum air, pastikan Adib rehat dengan secukupnya." Jelas Puan Saleha pada Anis.

"Baik ibu!" Sahut Anis sambil tersenyum.

"Untuk sementara waktu ni, Adib dengan Anis tinggal dulu di rumah ibu ya, risau Anis tak dapat tumpukan pada pelajaran kalau Adib sakit."

"Yalah ibu, Anis ikut saja mana yang baik untuk abang Adib."

"Kalau macam tu, syukurlah... taklah ibu risau sangat fikirkan korang berdua." Lega Puan Saleha mendengar kata-kata menantunya.

"Anis, mari kita balik rumah kamu dulu ambil pakaian suami kamu dan keperluan lain sebelum Adib sedar." Ajak Puan Zulaikha pada Anis.

"Tapi abang Adib macam mana?" Tanya Anis kelihatan risau.

"Tak apa Anis, biar ibu jaga Adib sementara Anis mengambil barang keperluan Adib kat rumah." Tawar Puan Saleha.

"Kalau macam tu baiklah ibu, umie."

"Kami balik dulu sekejap ya Sal."

"Yalah Ikha, hati-hati memandu."

"Okay, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam!"

Tiga puluh minit kemudian.

Tok tok tok!!

"Assalamualaikum, boleh kami masuk?" Cikgu Bakhtiar membuka sedikit pintu bilik rawatan Adib.

"Waalaikumussalam, siapa ye?" Ucap Puan Saleha mendiri cuba melihat siapa yang datang menjenguk.

"Kami wakil dari Sekolah Menengah Uthman datang nak menjenguk Cikgu Adib." Cikgu Bakhtiar cuba menjelaskan pada Puan Saleha.

"Oh, sila masuk cikgu-cikgu semua." Ajak Puan Saleha.

"Terima kasih Puan." Ucap Cikgu Bakhtiar dengan sopan.

Cikgu Bakhtiar, Cikgu Adrian dan Cikgu Azie masuk melihat keadaan Adib yang masih tidak sedarkan diri kerana di berikan ubat tidur.

"Sakit apa Cikgu Adib ya Puan?" Sapa Cikgu Adrian pada Puan Saleha.

"Mengikut Keterangan doktor, Adib kekurang air dalam badan dan vitamin c, tu yang kena tambah air."Jelas Puan Saleha lambat-lambat.

Mereka mengangguk perlahan.

"Ini buah tangan dari pihak sekolah untuk Cikgu Adib." Cikgu Azie menghulurkan sebuah bakul buah-buahan segar kepada Puan Saleha.

"Terima kasih ya Cikgu, susah-susah saja!" Sahut Puan Saleha dengan senyuman.

"Tidak ada yang menyusahkan makcik, semoga Cikgu Adib lekas sembuh seperti sedia kala insya Allah." Doa Cikgu Azie.

"Aamiin, terima kasih ya Cikgu."

"Sama-sama makcik!" Sahutnya lagi dengan senyuman.

Setelah beberapa minit bersembang dengan Puan Saleha, mereka pun mengundurkan diri untuk balik.

"Kalau macam tu, kami balik ya makcik, Cikgu Adib pun belum sedar." Ucap Cikgu Azie sambil bersalaman dengan Puan Saleha.

"Terima kasih ye cikgu-cikgu semua, sudi datang lawat Adib." Ucap Puan Saleha dengan ramah.

"Sama-sama Puan, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, hati-hati balik."

"Baik!" Sahut Cikgu Adrian sambil menggangguk perlahan.

Puan Saleha duduk semula di kerusi sebelah katil Adib.

________________________________

Bilik guru Sekolah Menengah Uthman.

"Assalamualaikum Cikgu Azie, baru balik dari jenguk Cikgu Adib ke?" Soal Cikgu Farah mendekati Cikgu Azie yang tengah duduk di meja kerjanya.

"Waalaikumussalam, ha'ah Cikgu... saya baru balik dari hospital, ada apa ya Cikgu?" Tanya Cikgu Azie melihat Cikgu Farah yang berdiri di hadapan mejanya.

"Macam mana dengan keadaan Cikgu Adib?" Soalnya pada Cikgu Azie.

"Masa kami pergi tadi, Cikgu Adib belum sedarkan diri." Jelas Cikgu Azie menimbulkan kerutan didahi Cikgu Farah.

"Dia sakit apa Cikgu? Teruk sangat ke?" Kelihatan kerisauan di wajah Cikgu Farah.

"Ikut Keterangan dari ibu Cikgu Adib, cikgu Adib kekurangan air dalam badan, tadi pagi dia kerap muntah-muntah. Itulah yang saya tahu."

Cikgu Farah terangguk-angguk mendengar penjelasan cikgu Azie.

"Cikgu Farah nak jenguk Cikgu Adib ke?" Usul Cikgu Azie sambil tersenyum. Mengerti dengan kerisauan teman kerjanya itu.

"Ehhh, taklah Cikgu... saya cuma nak tahu keadaan Cikgu Adib." Terang Cikgu Farah sedikit merasa segan.

"Kalau cikgu Farah nak jenguk, apa salahnya? Lagipun kat sana ada Puan Saleha yang menjaga Cikgu Adib."

"Anis takde ke Cikgu?"

"Apa kena mengena dengan Anis? Anis takde kat sana!" Dahi Cikgu Azie berkerut.

"Oh, takde apa Cikgu. Saja tanya, ingatkan Anis ada... hari ni Anis pun tak hadir ke sekolah." Jelas Cikgu Farah sedikit ragu.

"Kebetulan saja tu Cikgu!" Sahut Cikgu Azie sambil tersenyum.

"Kalau macam tu, saya pergi ke meja saya dulu ya Cikgu." Undur Cikgu Farah sopan.

"Yalah Cikgu, saya pun nak masuk kelas mengajar." Ucapnya sambil merapikan buku-buku yang hendak di bawa ke kelas.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now