Bab 59 Cek Kandungan

134 3 0
                                    

"Good morning honey, baru bangun ke sayang?" Adib muncul dengan segelas susu suam dan roti berintikan jem strawberry untuk Anis Umairah yang baru sahaja bangun dari tidurnya.

"Dah jam berapa abang?" Anis membetulkan rambutnya yang tergerai indah dan mengikatnya seperti ekor kuda.

"Dah jam 7.15 pagi honey, pergi cuci muka dan gosok gigi dulu, abang ada bawakan honey sarapan pagi yang istimewa." Adib Umair meletakkan susu suam dan roti tersebut di atas meja yang berada di tepi katil mereka.

"Abang dah sarapan ke? Kenapa bawakan untuk Anis saja? Untuk abang mana?" Soal Anis Umairah bertalu-talu.

"Abang dah sarapan tadi kat bawah, awal pula abang lapar." Ucap Adib tersenyum melihat Anis Umairah yang bergerak menuju ke bilik air.

Anis Umairah terus sahaja memberus gigi dan mencuci mukanya sehingga dia merasa segar. Setelah itu, dia keluar menuju ke meja mini yang berada di tepi katilnya.

"Honey habiskan ya, sarapan ni khusus untuk sayang. Abang buatkan special sebagai tanda kasih dan cinta abang."

Anis Umairah tergelak perlahan melihat perangai Adib tak seperti selalu, siap ada buah strawberry di hias seperti bentuk hati.

"Abang ni romantiklah, thanks abang." Ucap Anis Umairah sambil mengedip-ngedipkan matanya.

"Sama-sama honey, abang sayangkan honey sangat-sangat." Sambil mengusap lembut kepala Anis Umairah."Lepas ni kita pergi klinik ya." Ucap Adib sambil tersenyum.

"Buat apa abang? Siapa Yang sakit?" Dahinya berkerut.

"Kita pergi klinik bukan di sebabkan sakit saja, tapi kita pergi cek kandungan honey tu. Sepatutnya kita awal-awal pergi cek hari tu, tapi ada saja halangan."

"Jam berapa kita gerak abang? Anis belum mandi, belum kemas rumah."

"Honey tak payah kemas rumah, itu nanti abang yang lakukan. Kita gerak jam 10 pagi, abang tak nak kalau ramai sangat orang, takut ada yang kenal kita ." Sahut Adib Umair sambil melihat jam yang berada di pergelangan tangannya.

Anis Umairah memakan sarapan paginya yang di perhati oleh Adib, Adib tersenyum senang melihat Anis yang berselera pada pagi itu. Tidak di nafikan, semenjak Anis Umairah hamil muda selera makannya meningkat tidak seperti selalu, dan lebih menggembirakan Adib setiap yang di sediakan olehnya pada Anis Umairah tidak pernah di bazirkan, sentiasa habis tak bersisa.

Tepat jam 10 pagi, Adib membawa Anis Umairah ke klinik kesihatan swasta ibu dan anak untuk memeriksa kesihatan Anis Umairah serta kandungannya.

"Honey sudah siap ke? Kita kena pergi awal takut ramai orang."

"Sudah abang, jomlah kita gerak." Ajak Anis Umairah dengan begitu semangat.

Inilah pertama kali dia akan memeriksa kandungannya ke klinik kesihatan bersama dengan suaminya Adib Umair.

Adib Umair melihat penampilan sederhana Anis Umairah, namun sangat cantik dan unik di matanya. Dengan dress longgar corak bunga-bungaan dipadankan dengan tudung segi 3 labuh polos, indah pada pandangan mata Adib.

"Comelnya isteri abang ni!" Ucapnya sambil mencuit dagu Anis Umairah dengan lembut. "Honey perlahan-lahan ya turun tangga." Ucap Adib Umair dengan nada khuatir.

Anis Umairah terkekeh kecil dengan perbuatan spontan Adib Umair pada dirinya, Anis Umairah merasakan tingkah suaminya itu amat romantik dan merasa bahagia dilayan sedemikian rupa oleh Adib Umair.

"Abang, klinik kat mana kita pergi nanti?"

"Kita pergi klinik Syifa kat tanjung malim tu."

Dahi Anis Umairah berkerut.

"Itu bukannya klinik swasta ke abang?"

Adib Umair menggangguk membenarkan ucapan Anis Umairah.

"Betul, abang sengaja bawa honey ke klinik swasta untuk cek kandungan sayang, takut ada orang yang kenal dengan kitakan payah." Jelas Adib Umair dengan perlahan-lahan agar Anis Umairah dapat memahami maksudnya.

"Oh, betul juga abang!" Sahut Anis Umairah sambil berfikir.

Setelah mereka bergerak menuju ke klinik kesihatan ibu dan anak, tanjung malim... mereka pun pergi mendaftar bahagian kaunter perdaftaran. Beberapa minit menunggu, akhirnya nama Anis Umairah di panggil dan di periksa oleh seorang doktor wanita muslim yang bernama doktor Aisyah.

Prosedur klinik swasta agak mudah berbanding klinik kesihatan kerajaan. Hanya perlu buka buku kehamilan, ujian air kencing, timbang, tekanan darah dan scan baby. Anis Umairah di arah berbaring agar dapat di scan oleh doktor tersebut. Adib dan Anis dapat tahu dengan jelas perkembangan baby, kedudukan baby mereka berdua.

"Tahniah Encik Adib Umair Puan Anis Umairah, anda akan mendapat anak kembar." Ucap doktor Aisyah sambil tersenyum tipis.

"Apa doktor? Anak kembar?" Airmata kegembiraan Adib Umair tidak dapat di tahan, dengan penuh kesyukuran Adib mengucapkan terima kasih pada Anis. Dia mengucup seluruh wajah Anis Umairah tanpa malu di hadapan doktor Aisyah.

"Bagaimana keadaan anak kami doktor?" Tanya Adib penuh semangat.

"Perkembangan anak kembar anda berdua semuanya dalam keadaan yang baik, pastikan ibu memakan makanan yang sihat dan jangan lupa makan vitamin, asid folic dan ubat tambah darah yang akan di bekalkan nanti."

"Baik doktor, terima kasih banyak-banyak."

"Sama-sama Encik Adib."

Suasana hati Adib Umair amat gembira setelah mengetahui Anis Umairah mengandung anak kembar. Setelah melakukan pemeriksaan, Adib Umair pun melakukan pembayaran dan mengambil beberapa jenis ubat yang di bekalkan oleh pihak klinik swasta tersebut.

"Mari kita ke kereta, lepas ni honey nak apa-apa ke?"

Anis mengikuti langkah Adib dari belakang, anis mengusap lembut perutnya sambil tersenyum gembira setelah mengetahui dia mengandungkan anak kembar.

"Honey, terima kasih kerana mengandungkan anak abang." Ucap Adib Umair dengan senyuman lebar sambil mengusap lembut wajah Anis setelah mereka sudah berada di dalam kereta.

"Sama-sama abang." Sahut Anis Umairah dengan gembira, matanya berkaca-kaca tak menyangka dia telah mengandung anak kembar. Tidak pernah terlintas di dalam fikirannya, dia amat bersyukur dengan nikmat pemberian Allah pada keluarga kecilnya.

"Honey ada nak makan apa-apa ke?"

"Anis nak KFC, tiba-tiba teringin nak makan." Ucapnya sambil menelan air liur.

"Kalau macam tu, mari kita ke stesen minyak PETRONAS, kat sana ada restaurant KFC pandu lalu."

Setelah beberapa minit mengemudi, akhirnya mereka sampai di stesen minyak PETRONAS. Adib terus sahaja menuju ke bahagian kaunter pandu lalu KFC, mujur tak ramai orang pada masa tu.

"Honey nak apa?" Setelah Adib ingin membuat order.

"Anis nak burger zinger spicy BBQ 1 set." Satu senyuman tipis terukir di bibir Anis Umairah, senyuman tak pudar dari tadi.

"Okay honey." Ucap Adib sambil mengernyitkan mata.

Apabila selesai membeli makanan, akhirnya mereka pun bercadang pulang ke rumah untuk mengkhabarkan kepada keluarganya tentang berita gembira tersebut.

Sebulan kemudian... peperiksaan SPM telah pun menampakkan tirainya, semua murid tingkatan 5 Sekolah Menengah Uthman telah pun di beri bekal ilmu yang cukup oleh guru-guru dan class tuition untuk semua murid termasuklah Anis Umairah.

Adib Umair bersyukur kerana selama Anis Umairah hamil muda, tidak ada tanda-tanda mual atau pening seperti kebiasaan ibu mengandung, jadi tidak ada kecurigaan yang timbul dikalangan para guru dan pelajar di sekolahnya.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now