Bab 42 Mesyuarat Sekolah

168 2 0
                                    

Adib mengemudi keretanya menuju ke Sekolah Menengah Uthman untuk menghadiri mesyuarat yang pertama kali buat dirinya. Dia sampai di sekolah tepat jam 8 pagi, mesyuarat tersebut akan bermula pada jam 8.15 pagi mengikut surat rasmi yang di kirim ke dalam group Whatsapp untuk semua guru-guru di Sekolah Menengah Uthman.

"Assalamualaikum dan selamat pagi!" Ucap Adib setelah sampai di ruangan mesyuarat.

"Waalaikumussalam!"

"Selamat pagi!"

Sahut para guru yang sudah sampai.

"Baiklah, kita tunggu lagi beberapa guru yang belum sampai." Sahut Cikgu Burhan selaku pengetua sekolah, Sekolah Menengah Uthman.

Hari itu mereka ingin mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang ujian setiap murid. Ujian ini merupakan satu cara untuk menguji pencapaian,prestasi dan keupayaan murid.

"Assalamualaikum dan selamat pagi, maaf terlambat." Ucap Cikgu Azie dan Cikgu Farah yang baru sahaja masuk ke ruangan mesyuarat tersebut.

"Waalaikumussalam!"

"Selamat pagi!"

Sahut para guru hampir bersamaan.

"Baiklah, saya lihat semua guru sudah hadirkan?" Ucap Cikgu Burhan.

"Saya ingin mengatakan bahawa sekolah kita akan mengadakan Ujian Pencapaian bagi setiap pelajar agar dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji. Ujian ini adalah untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai sesuatu kursus yang telah diajar meliputi pengetahuan,kefahaman dan aplikasi. Terdapat dua jenis Ujian pencapaian iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria." Jelas Cikgu Burhan dengan terperinci.

Adib mengangguk faham setiap penerangan Cikgu Burhan tentang Ujian Penilaian yang akan dilakukan nanti.

"Ujian Rujukan Norma macam mana ye Cikgu?" Tanya Adib sambil mengangkat tangan kanannya ingin tahu.

"Ujian rujukan Norma pada pendapat saya lebih bersifat sumatif dan relatif. Ujian ini lebih luas dan biasanya digubal di peringkat kebangsaan oleh badan tertentu seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM). Dalam erti kata lain Ujian Rujukan Norma ini adalah selaras untuk seluruh pelajar di Malaysia dan secara tidak langsung melalui Ujian Rujukan Norma, kerajaan dapat membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain dalam Malaysia. Melalui ujian ini pelajar selalunya menentukan nasib mereka untuk masuk ke sekolah berasrama penuh,university, dan sebagainya. Contoh ujian rujukan Norma ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)." Terang Cikgu Burhan lagi.

"Terima kasih Cikgu dengan penjelasannya."

"Sama-sama cikgu Adib." Sahut Cikgu Burhan seadanya.

"Ohya Cikgu, macam mana pula dengan Ujian Rujukan Kriteria?" Tanya Cikgu Azie pula setelah mengangkat tangan kanannya.

"Ujian Rujukan Kriteria pula ialah untuk menguji pencapaian pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, seperti kemahiran dalam sesuatu tajuk dalam bidang matapelajaran yang dipelajari. Contohnya dalam subjek matematik kemahiran seorang pelajar menyelesaikan masalah pecahan. Ujian ini tidak sama seperti Ujian Rujukan Norma. Ujian ini diuji selepas beberapa tajuk diajarkan kepada pelajar. Contohnya Ujian Bulanan yang diadakan sendiri oleh guru. Ini kerana Ujian Rujukan Kriteria digubal sendiri oleh guru matapelajaran tanpa pengawasan dari guru panitia sebaliknya terpulang kepada guru untuk menguji criteria kemahiran pelajarnya. Ujian Rujukan Kriteria juga memberi kelebihan kepada guru untuk mengesan kelemahan pelajar dan memperbaiki kemahiran pengajaran semasa proses P&P dijalankan." Jelas Cikgu Burhan dengan detail.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now