Bab 30 Kemarahan Puan Saleha

146 4 0
                                    

Setelah mereka sampai di rumah, Puan Saleha terus sahaja menghantar Anis ke biliknya untuk berehat.

"Anis duduk dahulu ya, ibu nak bersihkan diri dan masak." Kata Puan Saleha sambil mendudukkan Anis Umairah di katilnya.

"Biar Anis bantu ibu masak, Anis dah sihat walafiat." Sahut Anis dengan lembut melihat Puan Saleha yang berada di depannya.

"Tak payah Anis, ibu tak mahu Anis buat apa-apa di rumah ni.... Cukup Anis belajar dan selesa tinggal dengan ibu." Sahut Puan Saleha dengan senyuman bahagianya.

Anis hanya mampu tersenyum dengan layanan baik Puan Saleha. Dia jadi segan kerana layanan yang di beri terasa berlebihan.

"Anis rehat dulu ya, ibu nak keluar. Jika Anis ada memerlukan sesuatu, Anis bagi tahu saja."

Anis hanya mampu mengangguk faham.

Adib yang di arahkan oleh Puan Saleha mengangkat barang-barang Anis pun segera masuk untuk menyimpannya di bilik Anis.

"Adib, setelah selesai Adib kemas barang-barang Anis, nanti ibu ada nak cakap dengan Adib." Kata Puan Saleha melihat Adib yang baru masuk ke bilik Anis.

"Baik ibu." Sahut Adib pelan.

"Ibu tunggu Adib di bilik ibu." Setelah berkata begitu, Puan Saleha terus keluar dari bilik Anis menuju ke biliknya.

Adib masih lagi bertahan di bilik Anis, mengemas barang-barang Anis yang mereka bawa balik dari hospital. Setelah itu Adib duduk di tepi katil Anis sambil membetulkan selimut Anis.

"Terima kasih abang bantu Anis angkat barang-barang Anis." Ucap Anis Umairah setelah melihat Adib duduk di tepi katilnya.

"Abang sudah cakap, ini semua murni tanggungjawab abang ... Abah dan umie sudah mengamanahkan Anis kepada abang." Sahut Adib dengan senyuman.

Anis cuma tersenyum manis mendengar segala ucapan Adib.

"Anis, abang harap Anis percaya dengan abang!" Ucap Adib sambil menyentuh pipi kanan Anis menggunakan tangan kanannya. "Abang tidak kisah kalau orang lain tidak percaya dengan abang, tapi abang harap sangat Anis tidak ragu dengan abang." Ucap Adib perlahan-lahan cuba menjelaskan pada Anis.

"Insya Allah, Anis percaya dengan abang." Sahut Anis dengan lembut sambil menatap Adib yang masih setia duduk di depannya.

"Abang ikhlas sayang dengan Anis." Kata Adib Umair sambil merapatkan duduknya dengan Anis.

Dug dug dug
Dug dug dug

Jantung Anis bereaksi lagi. Dia cepat-cepat menahan jantungnya dengan kedua tangannya, terasa seperti nak lepas dari tempatnya. Anis menjadi gugup dan tidak keruan dengan keadaan mereka sekarang. Anis menjadi risau dan takut sekiranya perangai Adib Umair mulai agresif pada dirinya. Anis membulatkan matanya terkejut melihat Adib yang menyatukan dahi mereka.

"Apa yang abang nak buat ni?" Ucap Anis gugup tak terkata. Nafasnya tertahan, dia tak tahu nak lakukan apa-apa.

Adib mengambil tangan Anis dengan lembut dan meletakkan tangan Anis untuk menyentuh dadanya. Mata Anis membulat dan terkejut melihat Adib....

Dug dug dug
Dug dug dug

Anis dapat merasakan degupan jantung Adib yang laju sama seperti dirinya.

"Apa yang Anis rasakan, begitu juga yang abang rasakan." Sahut Adib singkat dan menatap mata Anis yang masih terkejut itu.

Adib menyentuh kedua pipi Anis, dia mengelus pipi Anis menggunakan tangan kanannya.

"Abang harap Anis setia dengan abang." Ucap Adib lagi.

Anis memejamkan matanya terbuai dengan perlakuan Adib. Terasa dunia itu milik mereka berdua. Adib melihat wajah Anis Umairah pink kemerah-merahan membuatkan matanya silau. Dia harus tahan hasratnya, dia tidak boleh melanggar janjinya. Itu yang Adib fikir.

"Tiap kali abang dekat dengan Anis, abang tidak dapat mengontrol diri abang ... abang minta maaf buat Anis takut." Kata Adib Umair dengan lembut.

Anis membuka matanya dan melihat Adib yang masih menatapnya.

"Anis takut abang, kita bukan muhrim." Sahut Anis Umairah tiba-tiba. "Abang tak fikir ke dosa pahala?" Kata Anis lagi.

Adib cuma tersenyum mendengar ucapan Anis.

"Dengan Anis abang tak kisah, tapi abang akan jaga diri abang hingga tiba masanya." Ucap Adib dengan hati-hati.

Anis tersenyum mendengar ucapan yang keluar dari mulut Adib Umair. Anis tak tahu kenapa dirinya tak memberontak.

Adib menyapu lembut bibir Anis Umairah seketika menggunakan bibirnya, Anis terasa bibirnya basah dengan sentuhan bibir Adib. Adib tersenyum melihat Anis yang membeku di tempatnya.

Setelah itu, Adib menyuruh Anis merehatkan dirinya sementara ia keluar untuk menemui Puan Saleha.

"Anis rehat dulu ya, ibu tunggu abang di biliknya." Ucap Adib kemudian berdiri dari tempatnya dan keluar dari bilik Anis.

Anis Umairah terkejut dengan tindakan Adib yang lancang baginya, dia menyentuh bibirnya menggunakan tangan kanannya. Dia tak dapat berkata apa-apa. Dia melihat Adib yang keluar dari biliknya dan menutup pintunya semula. Anis bagaikan patung yang membeku melihat keadaan tersebut.

Apa yang abang Adib lakukan?

Kenapa Anis tak sanggup memberontak atau menghalang?

Anis memukul pelan mulutnya, dia tak sangka bibirnya bukan perawan lagi. Sudah di sentuh oleh Adib. Orang yang membuat hati dan fikirannya tidak keruan beberapa hari ini.

Adib mengetuk pintu bilik Puan Saleha.

Tok tok tok

"Boleh Adib masuk?"

"Masuk Adib, dari tadi ibu tunggu." Kata Puan Saleha kedengaran tegas yang sedang duduk di kerusi meja soleknya.

"Kenapa ibu nak jumpa Adib ni, macam penting saja!" Kata Adib Umair ingin tahu.

"Ibu nak tahu, apa hubungan Adib dengan Cikgu Farah?" Wajah Puan Saleha kelihatan tegas tanpa senyuman.

Adib menggeleng singkat.

"Kami tiada hubungan apa-apa ibu!" Sahut Adib sambil duduk di sofa yang ada di bilik Puan Saleha.

"Adib jangan bagi harapan pada orang lain, ibu tak mahu menantu kecuali Anis Umairah." Kata Puan Saleha dengan tegas.

"Cikgu Farah itu cuma rakan sekerjanya Adib, Adib tidak pernah beri harapan pada dia. Tadi tu semua adalah di luar jangkaan Adib." Sahut Adib mempertahankan dirinya.

"Ibu tengok dari semalam Cikgu Farah tu macam ada menyimpan perasaan dengan Adib. Jangan tebar pesona, kamu sudah menikah jadi tolong jaga tingkah laku Adib." Ucap Puan Saleha sambil menatap Adib yang berada di depannya.

"Ibu tak perlu risau soal itu, Adib sedar dengan status Adib sekarang."sahut Adib sopan berusaha bercakap senormal mungkin dengan ibunya. Cukuplah ibunya yang emosi berdepan dengan situasi tadi, dia kena bijak mengontrol.

"Itu saja ibu nak cakap, ibu harap Adib pegang kata-kata Adib." Ucap Puan Saleha lagi.

"Adib tahu ibu, kalau macam tu Adib keluar sekejap dan bersihkan badan.

Puan Saleha hanya mengangguk pelan kemudian keluar dari biliknya. Dia bercadang ingin masak untuk keluarganya sebelum suaminya Encik Amri balik dari pejabat.

Hati Puan Saleha tenang setelah mendengar pengakuan dari mulut Adib sendiri. Dia harus tegas dan sentiasa mengingatkan Adib tentang statusnya yang sudah menjadi suami orang hampir sebulan. Dia tak mahu cuai dalam mendidik anaknya.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now