Bab 12 Dating?

168 7 0
                                    

Adib menyandarkan badannya dikerusi sambil memejamkan matanya, dia cukup lelah hari itu. Masanya pada hari itu selepas rehat full, mengajar subjek matematik di kelas tingkatan 5 akaun dan kelas tingkatan 3. Setelah itu Adib Umair berfikir ingin menenangkan fikiran untuk berjalan-jalan di Mall selepas jam loceng pulang berbunyi.

"Cikgu Adib, Cikgu Adib dah punch card?" Soal seseorang mengejutkan Adib.

"Cikgu Farah, sudah pulang ke Cikgu?" Tanya Adib sambil menggosok matanya pelan.

"Cikgu tertidur ke? Maaf ganggu!" Katanya lagi.

"Eh tidak apa Cikgu, saya nak punch card dan pulang dulu Cikgu." Ucap Adib sambil merapikan mejanya.

Cikgu Farah hanya mengangguk pelan melihat Adib bersedia untuk pulang.

Anis duduk di station bus di luar sekolah, dia menunggu bus sekolah atau teksi yang akan lewat. Dia malas di hantar jemput walaupun ayahnya selalu menegur bahawa anak gadis tak boleh jalan sendiri-sendiri. Tapi Anis tetap berkeras dengan pendiriannya.

Adib mengemudi keluar pagar, tak di sangka dia terlihat Anis sedang duduk sendirian di perhentian bas. Adib memberhentikan keretanya di depan Anis, kemudian dia menurunkan cermin keretanya yang gelap.

"Anis, sini masuk!" Teriak Adib dari kereta.

Anis cuma diam terpaku di tempat duduknya. Melihat kiri dan kanan tiada orang di situ selain dirinya.

"Kenapa dengan Cikgu ni?" Batin Anis berbicara.

"Sini cepat Cikgu hantar balik, nak hujan ni!" Ucap Adib dengan tegas.

Anis menunjuk dirinya sendiri, takut salah orang.

"Kamu la Anis, ada Anis lain ke dekat sini?"

Anis cuma tersengih.

"Cepat naik kereta Cikgu, sebelum Cikgu yang tarik kamu." Ugut Adib yang membuatkan Anis tiba-tiba panik.

Anis berdiri dari tempat duduknya kemudian berjalan menuju ke arah kereta Adib, dia ingin duduk bahagian penumpang belakang tapi Adib sudah terlebih dahulu membukakan pintu bahagian depan sebelah pemandu. Anis jadi tak sedap hati, ye la...Cikgu tu...!

Drama antara Adib dan Anis jelas kelihatan dari jauh oleh Cikgu Farah tanpa mereka sedari.

"Apa hubungan Cikgu Adib dengan Anis?" Cikgu Farah berfikir. Dia mesti bertindak terlebih dahulu sebelum Anis mengacau semua yang di rancangnya. Cikgu Farah adalah seorang guru yang cantik dan manis, cuma kelakuannya yang agak kasar dan tomboy. Jadi dia sukar untuk mendapatkan pendamping.

Cikgu Farah bertindak mengikuti kereta Adib yang Anis tumpang dari belakang tanpa Adib sedari. Dia mesti tak boleh terlepas peluang ini. Cikgu Adib adalah test yang diidam-idam oleh Cikgu Farah. Atau esok dia akan bertanya sendiri pada Anis agar tidak tergedik dengan Cikgu sendiri. Betullah fikirnya.

Adib melajukan keretanya setelah Anis sudah duduk nyaman di sebelahnya.

"Lepas ni Anis nak ke mana?" Soal Adib sambil melirik Anis yang berada di sebelahnya.

Anis cuma menggeleng singkat.

"Anis nak terus balik Cikgu." Jawab Anis pelan.

"Anis mau tidak kawan Cikgu jalan-jalan sekejap?" Tanya Adib spontan.

*Amboi dah mula Adib ni, nak dating ke tu?*

Anis melihat Adib yang berada di sebelahnya, terkejut dengan pelawaan Adib yang tiba-tiba.

"Cikgu nak ke mana?" Soal Anis Umairah melihat Adib yang tengah memandu.

"Ada Cikgu nak beli sebentar."

"Baik Cikgu!" Sambil membetulkan cermin matanya yang melorot.

Dah menumpang kena ikut la kan. Lagi pula Anis Umairah merasa tak sedap hati sekiranya menolak pelawaan Adib, jadi dia mengiyakan sahaja. Apa lagi Adib sudah berjanji akan menghantar dia terus pulang ke rumah selepas membeli "barang" yang di perlukan.

Setelah sampai di pusat membeli belah, Adib Umair membawa Anis di sebuah butik.

"Anis, pilih pakaian untuk kamu guna kemudian boleh bersihkan badan nanti dekat bilik air butik ni. Ini perlengkapan mandi untuk kamu guna."

Anis terkejut, barang-barang yang Adib beli tadi semua tu untuk Anis guna. Anis cuma menyambut huluran tangan Adib.

"Lepas ni baru kamu selesa nak kawan Cikgu jalan-jalan!" Ucap Adib tersenyum penuh makna.

"Sebenarnya Cikgu nak ke mana? Nak beli apa? Kenapa beli barang untuk Anis? Anis cuma nak balik rumah lepas Cikgu beli barang yang dikehendaki." Ucap Anis Umairah bertubi-tubi.

Cerewet juga perempuan ya, sudah la dibelikan pakaian, sempat protes lagi. Itu apa yang ada difikiran Adib sekarang. Adib cuma menggeleng singkat.

"Anis ikut Cikgu saja dulu, jangan membantah. Cikgu paling tak suka kena bantah." Sahut Adib dengan tegas. Dia tersenyum samar melihat tingkah Anis yang terkulat-kulat.

Mulut Anis terkatup rapat, tak sangka dalam atau luar sekolah perangai Adib tetap sama. "Tak nak ada bantahan".

Anis memilih sepasang baju yang sederhana, kemudian mengikuti apa yang Adib arahkan tadi. Sedangkan Adib cuma menunggu Anis di ruangan menunggu yang telah di sediakan.

"Adib, kamu buat apa di sini?" Seseorang menepuk pelan pundak Adib.

Adib spontan mendongak melihat orang yang mendekatinya.

"Amar, kau dengan siapa di sini?" Soal Adib tanpa menjawab pertanyaan Amar tadi.

"Aku beli kasut tadi." Sambil menunjukkan sebuah plastik pada Adib. " Tapi tak sangka tengok kau di sini!" Ucap Amar ramah.

"Ohh, aku dengan.....!"
Belum sempat Adib menghabiskan kata-katanya.

"Cikgu, Anis dah siap!" Ucap anis Umairah sambil membetulkan cermin matanya melihat Adib dan Amar bersamaan.

"Okay, Anis tunggu sekejap ya."

Anis cuma mengangguk pelan dan duduk di tempat yang di tunjuk Adib.

Amar menarik tangan Adib keluar butik tersebut.

"Adib, itu ke wife mu?"

Adib cuma menggangguk pelan dan tersenyum singkat.

"Dia dah tau?"

Adib cuma menggeleng dan beri isyarat pada Amar supaya senyap menggunakan jari telunjuknya yang di letak dibibirnya.

"Oh!" Sahut Amar singkat bererti dia dah mula faham.

"Aku masuk dulu ya, nak bayar belian Anis tadi." Kata Adib sambil memasuki butik tersebut.

"Okay, nanti kita what'sup personal. Aku masih ada nak tanya." Kata Amar tersengih-sengih.

"Okay." Sahut Adib sambil memberi isyarat jari okay pada Amar.

Setelah selesai membeli pakaian di butik, Adib Umair membawa Anis Umairah ke sebuah restaurant private untuk makan. Anis cuma mengikuti langkah Adib ke mana Adib pergi. Adib Umair memberitahu Anis, dia memilih yang private untuk keselesaan Anis.

"Anis, kita makan dulu ya!" Ucap Adib lembut sambil menatap Anis Umairah seketika.

"Anis nak makan apa?" Soal Adib setelah melihat buku menu yang di sediakan atas meja makan.

"Nasi goreng saja Cikgu." Sahut Anis pelan.

"Minum?"

"Orange juice saja Cikgu!"

"Okay." Sahut Adib singkat sambil tersenyum.

Setelah mengoder makanan, mereka pun makan dalam diam. Adib melirik Anis senyap-senyap, Adib kasihan melihat Anis yang tidak tahu menahu akan kenyataan yang mereka alami, mungkin betul kata abah belum saatnya Anis tahu dan buat masa ni Anis tak perlu tahu. Biar la keadaan yang menentukan segalanya. Mungkin dengan perkenalan singkat mereka, Adib boleh rasa nyaman bila berdekatan dengan Anis.

My Lovely Secret WifeWhere stories live. Discover now