Dia ingat Dee tak boleh pakai ke skirt-skirt pendek ni. Nanti kalau Dee pakai, mahu beratur lelaki nakkan dia.
"Dah sudah ke carikan baju. Jomlah pergi makan sekali," ajak Hud selepas suasana sepi seketika. Tak lepas dia memandang Dee yang memegang lengan Jayden. Isyarat mata diberikan kepada Dee supaya melepaskan tangan lelaki itu.

Dee hanya membuat tidak endah. Biarlah, Hud tadi boleh je pegang-pegang. Ingat Hud sorang saja boleh pegang-pegang? Dee pun bolehlah. Untung saja dia tidak memberi bontotnya kepada Jayden untuk ditampar seperti yang selalu dibuat oleh Hud. Muda-muda dah gatal.

"Boleh juga tu. Kau dah pilih baju ke Dee?" Jayden memandng kearah Dee. Melihat gadis itu mengangkat sepasang baju yang berada di dalam genggaman membuatkan Jayden refleks menarik Dee ke kaunter bayaran.

Tetapi, berlaku perbalahan kecil di kaunter tersebut. "Bagi aku bayar, kan baju aku," Dee berkata tidak mahu kalah. Baju dia yang nak pakai, dia yang pilih, dialah yang seharusnya bayar.

"Tapikan tadi Travis ada bagi duit dekat aku suruh bayar baju kau," Jayden mengeluh. Ini lagi sorang. Dia tahulah si Travis itu risaukan Dee. Tapi, Dee bukanlah seorang budak kecil yang mereka berkawan lagi. Gadis itu sudah menjadi perempuan dewasa dan matang.

"Ish, yalah, yalah," akhirnya Dee mengalah mengingatkan Travis yang berkeras ingin membayar baju yang akan dibeli oleh Dee.

"Dah jom. Hud dah tunggu," Dee menarik tangan Jayden selepas selesai pembayaran. Jayden menggelengkan kepala. Tak sopan betul panggilan Dee kepada Hud.

Selepas memilih restoran untuk makan, mereka mengambil tempat dan memesan makanan. Perempuan yang bernama Isha memandang Hud tidak puas hati. Dia nak date dengan Hud, boleh lelaki itu mengajak dua malaun ini.

"Abang Hud ni, Isha nak date dengan abang Hud. Tapi abang Hud boleh pula ajak dua orang ni. Dahlah Isha tak kenal perempuan ni," Isha bersungut membuatkan Hud tersenyum kelat. Jarinya ditundingkan kepada Dee membuatkan Dee mengetap gigi geram. Aduh, bala dah datang dah.

"Kan abang Hud cuma ajak-ajak ayam. Mana abang Hud tahu Jayden dengan Dee nak ikut," mendengarkan itu membuatkan Dee menepuk kuat meja yang sedang mereka duduki sehingga menarik beberapa mata yang turut berada di dalam restoran itu. Tanpa sepatah kata, Dee menarik tangan Jayden keluar dari restoran itu. Jayden pula hanya sempat meminta maaf kepada Hud.

Dee menarik tangan Jayden menuju ke tempat menjual makanan segera. Beberapa bekas maggi dicapai dan Dee membayar. Tidak lupa juga dia membeli beberapa botol air mineral untuk dia dan Jayden.

Mereka mengisi air panas yang turut disediakan ke dalam cup maggi tersebut. "Date tepi jalan jelah kita. Meluat pula aku," Jayden balik-balik tersenyum. Tiada kata yang keluar dari mulutnya. Dia lebih suka melihat dan mendengar dari bertindak.

Lagipun, sudah lama mereka tidak merasa moment yang seperti ini. Dulu, sewaktu sekolah menengah, ada saja aktiviti mereka berempat. Makan street food, main arcade. Jadi bagi Jayden, dia merindukan moment ini.

"Kau tasu tsk, aku gerwm dengan buwung Uhud tu," Dee bercakap dengan mulut yang penuh membuatkan Jayden ketawa. Ya allah tak senonoh punya perempuan!

"Makan dulu Dee, tak senonoh betul. Patutlah dulu Travis minta putus," Maka dengan itu, Jayden mendapat penampar sulung dari Dee membuat Jayden ketawa sekali lagi.

"Kau ni, ish! Aku ni geram la dengan burung Uhud tu. Dah tahu ajak-ajak ayam, baik tak payah ajak terus. Macam tak ikhlas. Habistu, mengaku pula kalau dia ajak-ajak ayam. Yang minah tu pun, dah tahu tak suka kenapa tak bagitahu dari awal. Aku dah order dah makanan. Mana makanan dia sedap-sedap. Terliur aku," Jayden ketawa lagi. Patutlah marah sangat, rupanya terliur tengok makanan yang disajikan.

2. DERN Where stories live. Discover now