49 - "Boleh Talia cuci mata"

Start from the beginning
                                    


BAU wangi yang menusuk kehidungnya itu membuatkan dia toleh kebelakang dengan segera. Megat Raed sedang berjalan mendekati dia dengan wajah yang penat. Tapi masih ada senyuman yang terhias dibibir lelaki itu.

Kerjanya memotong sayur sawi tadi terhenti. Bila melihat tubuh Megat Raed, automatik dia memeluk tubuh itu kuat. Melepaskan rasa rindu yang menyesak dadanya.

Pelukan itu dibalas. Lengan Megat Raed melingkar memeluk isterinya rapat. Lantas ciuman demi ciuman melekat didahi isterinya.

"Sorry abang minta Muiz hantarkan. Abang ada emer..."

"Tak apa. Talia faham kerja abang. Talia tak marah pun. Talia boleh je drive sendiri, tapi kalau dah buka pintu, Muiz dah tercongak depan pintu, Talia okay je." Potongnya sambil mendongak melihat wajah mengat Raed. Lelaki itu tersenyum suram.

"Abang... Talia okay je. Talia tak ambil hati pun. Talia dah biasa. Dulu waktu ibu sibuk di hospital pun, Talia sorang-sorang kat rumah. Talia tak kisah. I'm used to it." Pujuknya. Wajah disembamkan pada dada suaminya.

Tangan Megat Raed mengusap belakang isterinya sebelum meleraikan pelukan mereka. Bauan masakan membuatkan perutnya berkeroncong. Dia menelan liur bila melihat kuali itu dipenuhi dengan mee goreng.

"Sayang masak mee goreng?"

"Haah. Ibu minta untuk masakkan. Nak jamu Muiz makan sebelum dia balik." Beritahunya.

Tangannya kembali menyambung memotong sayur sawi. Dibilas sekali lalu dibawah air kemudian dicampak masuk ke dalam kuali.

"Abang lapar?"

"Lapar gila. Abang tak sempat lunch tadi. Harini ramai sungguh pesakit sampai abang tak sempat nak keluar makan." Jawabnya sambil menarik kerusi untuk duduk. Matanya melihat tubuh si isteri yang sibuk dengan masakannya.

Talia mencapai mangkuk besar untuk dipindahkan mee goreng itu dari kuali. Berhati-hati dia mencedok masuk ke dalam mangkuk itu. Lalu, dia bawa mangkuk itu ke meja makan.

"Aloo, kesian suami kita. Abang dah mandi?" dia pandang Megat Raed sekilas sebelum berpusing mengambil pinggan dan sudu.

"Dah. Abang balik singgah rumah kejap, mandi dan solat terus abang datang sini. Rindu sayang punya pasal, abang pecut datang sini terus." Jawabnya.

Dia pulang ke rumah mereka hanya sekejap untuk membersihkan badan dan juga bersolat. Dalam 20 minit saja, selepas itu terus dia memandu datang ke sini. Sempat dia baca WhatsApp dari Muiz yang memberitahunya tentang ketibaan mereka di rumah ibu mentuanya.

Megat Raed bangun, berjalan mendekati peti sejuk dan membukanya. Seperti yang dia jangka, sudah tersedia air oren sunquick yang sudah dibancuh isterinya. Kiub ais kemudiaanya dimasukkan ke dalam jug itu lalu dibawa dan diletakkan diatas meja.

Gelas-gelas disusun kemas bersama-sama pinggan, sudu dan garfu.

"Abang panggil diorang kejap. Sayang duduk sini."



SELEPAS kepulangan Muiz tadi selepas maghrib, mereka teruskan dengan solat isyak berjemaah. Tiada makan malam sebab masing-masing masih lagi kenyang dengan makanan petang tadi.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 11.00 malam. Puan Yuhaina sudah pun masuk tidur manakala Encik Razak katanya ada kerja yang perlu disiapkan di bilik kerjanya. Talia dan Raed pula hanya melepak di luar rumah di taman mini Puan Yuhaina.

"Sejuk." Kata Talia sambil memeluk tubuh apabila terasa angin malam bertiup perlahan. Terasa sejuk hingga ke tulang hitam.

Megat Raed mengesot mendekati isterinya. Lantas tubuh itu dipeluk dari belakang. Kepala didongak melihat langit. Gelap tanpa bintang. Ditutup oleh awan tebal. Nampak seperti akan hujan pada malam ini.

"Memang lah sejuk. Dah pukul sebelas lebih dah ni. Abang ajak lepak dalam bilik tadi taknak. Nak juga duduk dekat luar." Bebel Megat Raed sambil mengemaskan pelukannya. Dagu disangkut pada bahu isterinya.

Terasa bahu isterinya bergerak-gerak. Ketawa kecil dengar dia membebel. Sekejap, dia labuhkan ciuman pada pipi gebu itu.

"Saja Talia nak duduk sini. You know, Talia kan suka tengok langit malam. Tapi sayang, sekarang tak ada bintang pula." balasnya.

Memang dia sengaja mengajak Megat Raed untuk ke luar rumah malam ini. Dia mahu lihat bintang di langit. Bintang yang bertaburan cantik. Tapi nampaknya seperti hari ini bukan hari yang sesuai. Dada langit yang gelap ditutupi oleh kepulan awan gelap.

"Jom masuk, sayang. Abang rasa kejap lagi hujan ni." Kilat menyambar disusuli guruh yang tak berapa kuat.

Dia lepaskan pelukan, menarik isterinya untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Sudah lewat. Mereka sepatutnya merehatkan diri sekarang.

Masuk ke dalam bilik, Talia membersihkan wajahnya terlebih dahulu sebelum berbaring diatas katil suasana bilik sudah pun gelap, tapi Megat Raed masih memandang telefon dengan cahaya lampu meja yang sedikit suram.

"Esok malam... kawan-kawan abang ajak main futsal. Abang nak pergi, boleh?" Dia bersoal sebaik saja telefon dipadamkan. Matanya terus memandang ke dalam mata si isteri.

Talia mengerutkan dahi. Pelik.

"Dengan siapa?"

"Taufiq, Ziyad, Muiz, Raes dan beberapa orang lagi."

"Okay. Pergi je lah. Kenapa tanya Talia?"

"Mana lah tahu sayang nak ajak abang pergi mana-mana. Lagipun abang selalu dengar doktor-doktor lain, yang dah kahwin selalu merungut bila isteri tak lepas diorang keluar rumah main futsal dengan kawan-kawan. Kenapa Talia tak macam isteri diorang?" dia bersoal pelik.

Bukan sekali dua dia dengar rungutan kawan-kawannya itu. Banyak kali. Sebelum dia berkahwin, ramai yang cemburu dengan kehidupannya yang masih bebas untuk bersuka ria dengan kawan-kawan.

Tapi sekarang, bila dia dah masuk ke alam perkahwinan, kenapa pengalamannya tak sama dengan kawan-kawannya yang lain tu?

"Abang... Abang nak enjoy dengan kawan-kawan abang, Talia tak kisah. Macam Talia juga, sometimes perlu jumpa kawan-kawan juga. Yang abang kena tahu, kalau dah keluar malam tu jangan lah sampai lupa anak bini dekat rumah. Itu sebab utama kenapa isteri-isteri tak bagi suami diorang keluar malam. Kita orang yang isteri ni, boleh je keluar siang, kenapa korang nak keluar malam? Itu yang selalu diorang fikir."

"Lagi pula, lelaki kalau dah bersembang dengan kawan-kawan, mana nak tengok jam dah. Masing-masing rasa bujang. Balik pukul 3 ke 4 pagi. Tinggal isteri sorang-sorang dekat rumah waktu malam. Tak takut ke jadi apa-apa kat isteri tu?" jelas Talia panjang lebar.

Megat Raed angguk kepala perlahan. Baru faham kenapa. Dia senyum senang.

"Sayang nak ikut abang nanti? Tengok abang main futsal. Boleh abang ada alasan nak balik awal nanti."

"Boleh juga. Boleh Talia cuci mata." Usik Talia.

Megat Raed tarik muka. Dijeling isterinya sekilas sebelum lampu meja ditutup.

"Duduk rumah je la. Tak payah ikut abang." Balasnya, sambil membaringkan tubuh. Apabila Talia lakukan perkara yang sama, dia lantas menarik selimut menutup tubuh si isteri hingga bahu sebelum dia mendakap tubuh itu erat.

Telinganya mendengar tawa halus Talia. Tawa mengejek.

Apa dia ni tak cukup kacak ke untuk isteri dia cuci mata setiap hari?

"Talia gurau je lah. Abang pergi lah. Talia malas lah nak keluar malam-malam. Lagipun suami Talia ni dah cukup menyedapkan mata untuk Talia pandang tiap-tiap hari. Tak perlu pandang yang lain dah."

Dia benamkan wajah pada dada suaminya. Membalas pelukan itu dengan telinga menangkap degupan jantung suaminya yang berdegup tenang. Sketika, terasa ubun-ubunnya dicium berkali-kali sebelum bahunya ditepuk perlahan sehingga akhirnya dia masuk ke alam mimpi.



161022

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now