BAB 34

834 73 20
                                    

| THE BAD BOY'S WIFE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."

Jam besar yang berada di dalam bilik seni Straw Highschool di kerling sekilas. Ada lagi lima minit sebelum masuk waktu rehat.

Cikgu tiada, mesyuarat. Nak duduk dalam kelas macam bosan lah pula. Lagi-lagi apabila Yana tidak hadir ke sekolah. Jadi Sara mengambil keputusan untuk menghabiskan masanya di bilik seni.

Kertas lukisan yang sudah penuh dengan hasil karyanya di masukkan ke dalam fail putih jernih. Alatan lukisan turut di masuk kan ke dalam bekas lukisan miliknya sebelum di masukkan ke dalam beg sekolah.

Beg digalas. Botol air mineral di atas meja diambil. Tanpa menunggu lama, kaki mengorak langkah menuju kearah pintu keluar bilik seni itu.

Sempat juga Sara berbalas senyum dengan beberapa pelajar yang baru masuk ke dalam bilik seni. Tombol pintu utama bilik seni Straw Highschool di pulas sebelum dia menapak keluar dari situ.

" Bahh!"

Baru sahaja dia mahu menoleh kebelakang, bahunya sudah ditepuk dengan sebotol air mineral. Bukan sahaja ditepuk malah disergah juga dari belakang.

" Oh mak kau syok kat mak aku! " latah Tengku Sara Irdina. Mulut segera ditekup apabila perasan dirinya diketawa kan oleh beberapa pelajar.

Huarghhhh malu!!

Pecah tawa mereka bertiga apabila mendengar apa yang di katakan oleh Sara.

Gila apa mak diaorang nak syok dekat mama Sara? Ghisau.

Terduduk Danish memegang perutnya yang senak ketawa. Wajah terkejut milik Sara masih segar di ingatannya.

Ini kalau viralkan kat tiktok mesti ramai orang like.

Sebab hodoh sangat.

Sara pejam anak matanya rapat. Rambut yang cantik tidak terikat di sebakkan kasar ke belakang. Natang beruk betul lah diaorang ni.

Tajam anak mata hazel itu memandang kearah ahli-ahli Unix yang sakan ketawa. Pantas botol air di tangan di ketuk kuat pada mereka bertiga.

" Ini makan dia! Hah rasakan! Amik kau! " Tidak di hiraukan jeritan para-para jejaka itu. Makin galak botol air mineral di tangan dipukul pada mereka bertiga.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now