BAB 09

2.2K 117 13
                                    

| THE BAD BOY'S WIFE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."


" Sara kenapa ni? " soal Syafiq berbisik. Wajah Harris dihadapannya dikerling. Wajah lelaki itu jelas terpancar riak terkejut. Dah kenapa pulak ni?

" Erk... Ma--maaf." senyuman hambar diberi. Lengan Syafiq di sebelahnya ditarik, laju kakinya melangkah menuju kearah dapur.

Syafiq menurut dengan muka bingung.

Harris memandang belakang badan Sara dengan pandangan.. terkejut? Jantungnya sudah berdegup kencang.

Sebaik sahaja sampai di dapur, lengan Alongnya dilepaskan. Wajah Syafiq dipandang. Sara menarik nafas sebelum berbicara.

" Along lelaki tu-"

Belum sempat Sara menghabiskan ayatnya ada satu suara mencelah.

" Sara, Syafiq..."

Panggilan suara dari belakang membuatkan mereka berdua menoleh serentak. Wajah Tengku Hasni memenuhi ruang mata.

" Kenapa berdiri kat sini? Jom makan. Semua dah tunggu kat meja makan tu." Tengku Hasni berlalu pergi meninggalkan kedua anaknya.

Syafiq dan Sara memandang satu sama lain. Kaki diatur menuju ruang makan.

Sara meraup mukanya perlahan. Dia menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum mengikut jejak Tengku Hasni dan Syafiq ke ruang makan.

Sampai di meja makan , semua mata terarah kepada Sara. Perlahan-lahan dia mengusap tangannya yang mengigil. Dia tersenyum kecil bagi menghilangkan debaran di dada.

Sara melabuhkan duduk di hadapan Harris. Dia menunduk sahaja. Tidak berani mahu memandang kerana Harris masih memerhatikannya. Aduh! Janganlah pandang aku macam tu!

" Jemputlah makan." pelawa Tengku Hasni sambil tersenyum. Hidangan sudah tersedia diatas meja, tinggal makan sahaja.

Tengku Hassan dan Tengku Amanda tersenyum. Masing-masing diam membisu semasa makan, mungkin sedang menikmati makanan. Mereka menjamu selera sambil sesekali berbual-bual.

Sara dan Harris pula lebih banyak mendiamkan diri. Sara mengangkat muka bila terasa ada mata memerhati segala gerak-gerinya. Jantungnya seakan berhenti berdegup saat mata hazel miliknya bertembung dengan sepasang mata kelabu itu.

|...|...|...|...|...|

Sara yang leka mengacau air teh tersentak sebaik saja satu suara menegurnya.

" Kakak..."

Dia menoleh, bibirnya mengoyak senyum manis.

" Uncle panggil akak." beritahu Hana. Cawan kaca yang berada diatas meja disusun ke dalam dulang sebelum dibawa keluar.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now